ISO or ASA adalah unit yang digunakan untuk mengukur sensitif filem atau sensor kamera digital kepada cahaya. Kamera digital boleh dilaras pada sebarang ISO yang telah ditetapkan. ISO atau ASA mewakili perkara yang sama. ASA digunakan pada era kamera menggunakan filem, manakala di dalam era digital ini dipanggil ISO.
ISO diwakili dengan nombor seperti ISO80, ISO 100, ISO 200 dan seterusnya. Tambahkan ISO jika anda menggunakan aperture kecil dan shutter speed yang lebih pantas. Ini kerana ISO akan membantu mencerahkan imej yang kita rakam. Lebih tinggi ISo yang kita gunakan, gambar akan menjadi lebih cerah dan kurang kualitinya untuk cetakan bersaiz besar
Untuk film atau ‘point and shoot’ camera, biasanya tersedia dengan ISO 50 atau 100 paling rendah. ISO yang lebih pantas adalah seperti ISO 800 atau 1600 atau 12,000. Digital SLR adalah lebih sensitif kepada cahaya daripada kamera filem atau kamera digital yang berlensa tetap (fixed-lens).
Penggunaan ISO yang rendah adalah untuk mengurangkan ‘noise’ atau ‘grain’. Penggunaan ISO yang tinggi biasanya akan menjadikan imej lebih ‘grain’ berbanding dengan ISO rendah.
Diharap informasi ini membantu kita semua










Tak paham apa tu ISO kat kamera..
Yg tau ISO stand for International Standardization of Organization..
ha haha
Aslamualeykum bro,,… aku 26hb..ni ade peperiksaan temuduga ahli fotografi..engko tolonglah aku bro…bagi arr skit tip2 jawapan asas2 teknik fotografi nih…plz bro…soalan borang nii camni,,1. teknik fotografi 2.komposisi 3.mesej ….engko tolong aku bro…bagi tips@ skit..
hello…biase die org bg soalan ape arr…engko tau ke bro?
Salam,
rudi, send email apa yg nak tahu kat saya noorizamsabran@yahoo.com. InsyaAllah sy akan jwb apa yg boleh.
Encik Tuan Tanah! Dalam situasi yg bagaimana fungsi ISO perlu diselaraskan? Biasanya mcm kamera digital biasa spt yg saya miliki Canon IXUS berapakah penyelarasan default ISO yg tlh ditetapkan?
ISO membantu untuk mendapatkan gambar yang lebih cerah dalam situasi yang kurang cahaya. Untuk default ISO, cuba guna Auto setting.
Harap membantu ya:)
bagaimana nak mengetahui iso yang paling sesuai(tepat) untuk sesuatu suasana..
Sesuatu suasana tu terlalu umum. Jika dalam suasana yang kurang cahaya, tambahkan iso. Suasana terang pula turunkan iso.
[...] lupa ya, perkara asas dalam fotografi seperti aperture, shutter dan ISO memang wajib kita tahu dan fahami terlebih [...]
kalau pakai slr pun sama juga ke?
saya pakai minolta x700. takmampu dslr. haha
@fatah saye pakai minolta 404si…tuan punya lagi classic…=))