“Kamera apa yang bagus?”

Ini adalah soalan yang biasa ditanya oleh peminat fotografi yang baru ingin membeli kamera.

Bagi saya, apa yang penting adalah keserasian kita dengan kamera itu sendiri. Cuba dan ‘pandu uji’ kamera itu sebelum kita membelinya.

…dan lihat pada keperluan kita serta budget yang kita ada :)

Jika kita beli kamera yang mahal, tetapi tidak tahu tentang asas fotografi, saya jamin gambar yang dirakam akan sama sahaja dengan kamera yang murah :)

d40

Saya sendiri menggunakan kamera yang asas untuk merakam gambar. Kamera saya cuma 6.1 megapixel sahaja :)

Cukup untuk saya membuat printing bersaiz 24 inci x 28 inci tanpa masalah.

Tip kali ni mengenai soalan yang kerap ditanya dari penggemar fotografi yang baru menceburi bidang ini tentang apa kamera yang sesuai, kamera apa yang bagus, kamera cap apa…semua itu di jawab oleh Hasnuddin dalam video di bawah  ini :)

Diharap dengan tip dari sifu Hasnuddin, akan dapat membantu kepada yang memerlukan nasihat membeli dan memilih kamera.

Terima kasih kepada Hasnuddin Abu Samah kerana sudi memberikan sedikit panduan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...