Semalam saya terlibat dalam menjayakan bengkel fotografi khas anjuran Majlis Tindakan Pelancongan Putrajaya dengan kerjasama fototeacher.com, sempena Pesta Perkahwinan Putrajaya.

BENGKEL FOTOGRAFI – ASAS POTRET PERKAHWINAN (APP) ini telah berlangsung di PICC Putrajaya.

Dalam bengkel ini semua peserta didedahkan dengan kepentingan dan objektif potret perkahwinan, peralatan penting untuk fotografi potret, pencahayaan potret, memahami kualiti dan piawaian gambar potret dan banyak lagi. Wah! banyak tu :)

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Hasnuddin Abu Samah (penceramah utama) kerana memberi peluang untuk turut serta dalam menjayakan program ini :) . Sememangnya pengalaman yang amat berharga untuk saya.

Kepada semua rakan-rakan baru terima kasih atas sokongan. Kepada yang bertanya tentang asas fotografi, anda boleh memuat turun e-book saya secara percuma.

Di sini ada sedikit gambar yang saya rakamkan sepanjang bengkel dijalankan. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...