Semalam saya sempat merakam gambar potret bersama kapal terbang yang sedang terbang. Bunyinya agak mudah tetapi sukar bagi saya untuk mendapatkan ‘shot’ yang sesuai. Perlu tunggu masa dan tempat kapal terbang mendarat atau berlepas yang sesuai. 

Hanya 2 gambar ‘Bersama Kapal Terbang Yang Sedang Terbang’ yang berjaya saya rakam dalam masa 2 jam. 

*Tip fotografi hari ini – untuk merakam gambar ‘Bersama Kapal Terbang Yang Sedang Terbang’ kita perlu sentiasa bersedia dengan kedatangan kapal terbang. Ini kerana kapal terbang terlalu laju bergerak. Sangat mudah untuk kita terlepas jika tidak bersedia.

*Sementara menunggu subjek yang kita mahu, jangan buang masa kita tanpa melakukan apa-apa ‘shot’. Cuba rakamkan gambar-gambar yang anda rasakan menarik di sekeliling anda :)

f

f21

Sementara menunggu kapal terbang tiba,  saya merakam beberapa keping gambar potret di tepi lapangan terbang.

Saya menggunakan satu ‘flash’ untuk merakam gambar-gambar ini.

f1

f3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Cheap Camera