Kepada rakan-rakan yang sempat membaca entry ini semalam mungkin perasan ayat dan susunan gambar entry ini sudah berlainan. Saya telah menulis semula kerana entry sebelum ini tiba-tiba hilang disebabkan masalah teknikal. Ini adalah entry yang telah ditulis semula. Enjoi!

Minggu lepas saya balik ke kampung sambil-sambil melawat atuk dan nenek. Mata atuk dah tak berapa nampak. Maklumlah dah lama melihat dunia. Operation dah dibuat, cermin mata dah ditempah, berubat cara traditional pun sudah, tapi semuanya tak jalan. Dah tua, mata dah tak berapa ok dan tak mahu ok dah.

Walaupun atuk dah tak nampak, tapi atuk masih boleh kenal dengan suara cucu yang datang :) . Kalau cucu datang, atuk akan turun dari katil dengan meraba-raba dinding untuk mencari arah pintu. Maklumlah dah tak nampak. Dindinglah yang dijadikan pandu arah. Masa atuk sihat dulu, dia memang aktif berkebun. Bukan setakat kuat berkebun, sesiapa yang kacau anak perempuan atuk pun atuk kejar dengan parang panjang! Hehehe…Walaupun dah uzur, atuk tak ada darah tinggi, kencing manis. Power!

Atuk dah tak ada gigi, tapi guna gigi palsu sponsor dari Kementerian Kesihatan. Sebab tu atuk berani makan karipap ni. Mula-mula dulu atuk makan dodol dengan gigi tu, tapi lepas ada masalah gigi palsu asik tercabut melekat dengan dodol, atuk akan cabut dulu gigi baru la boleh makan dodol dengan aman.

Yang ini pulak nenek saya. Masih aktif menghisap ‘candu’. Masih gembira walaupun dah berpuluh-puluh kali kerajaan menaikkan harga rokok. Nenek penyumbang tetap kepada pendapatan negara dengan cukai rokok yang amat mahal. Setakat satu kotak rokok satu hari selamba angin je nenek sapu! Power!

25 tahun yang lalu, sayalah cucu yang selalu pergi ke kedai membelikan candu untuk nenek. Atuk selalu membebel sebab nenek kuat merokok. Kalau nenek suruh beli rokok, basikal tua atuklah yang jadi mangsa untuk saya guna ke kedai. Ingat lagi masa tu naik basikal ‘jaguar’. Kaki tak sampai, seluk dari tepi sebab basikal tu tinggi ada palang kat tengah. Orang-orang lama mesti tau basikal ni.

Yang seronok saya dapat upah 10 sen kalau tolong nenek belikan rokok. Besar 10 sen masa tu. Rokok pun masa tu RM1.10 sekotak. Yang paling popular dikalangan orang tua masa tu ialah rokok cap ‘Signal’.

Nenek suka simpan duit dalam kotak rokok. Inilah yang saya paling suka. Kalau rokok nenek dah habis, nenek akan buang kotak rokok tu kat tanah. Sayalah orang pertama akan kutip kotak rokok tu. Kenapa??? Sebabnya kadang-kadang, nenek lupa ambil duit yang disimpan dalam kotak rokok tu. Kalau nenek lupa, sayalah yang untung. Kalau lagi nasib baik saya dapat duit kertas yang nenek buang dengan kotak rokok tu. Hehehe…:) …masa tu darjah satu, dua,tiga…dapat duit kertas memang rasa dah kaya sangat dah. Rasa ‘heaven’ sangat.

kalau tengok pada IC, atuk dah berumur 87 tahun. Tapi itu ikut IC, yang sebenarnya dah lebih. Zaman dulu lahir-lahir mana ada surat beranak.

Ok, itulah sedikit gambar atuk dan nenek yang saya rakam minggu lepas. Kalau rakan-rakan perasan, saya merakam gambar-gambar di atas dari pelbagai sudut. Ini bagi mendapatkan gambar yang sebaik mungkin dari segi sudut dan ‘framing’. Saya tidak mengalihkan atau mengarahkan subjek kerana atuk saya bukan la sesuai untuk diarahkan ber’posing’. Maklumlah atuk saya bukannya sihat sangat untuk bergerak. Ada waktunya kita mesti menghormati subjek kita.

Untuk gambar di atas, saya menggunakan kamera yang sama saya gunakan sebelum ini seperti anda semua sudah maklum. Lensa yang saya gunakan ialah 5omm. Exposure time 1/60. F number 2 dan mode yang saya gunakan adalah manual. Semua gambar diambil tanpa menggunakan flash atau reflector. Hanya menggunakan cahaya pagi yang masuk melalui pintu.

Njoi semua. Selamat berhujung minggu…GO!!! :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Cheap Camera