Hujung minggu atau hari minggu selalunya hari yang sibuk dengan fotografi. Kalau tak ada kerja, biasanya saya menyiapkan kerja editing untuk album-album yang belum siap. Maknanya, sesiapa sahaja yang membuat kerja ‘menangkap gambar’ yang mendatangkan pendapatan, kerjanya tidak habis dilokasi sahaja. Malah akan berlarutan hingga ke masa penghantaran ‘final product’.

Memilih gambar, mengedit gambar, menyusun gambar untuk ‘layout’, menghantar file gambar untuk dicetak dan sebagainya.

Untuk gambar 4R, sebenarnya kita perlu memotong (crop) terlebih dahulu sebelum dihantar ke kilang untuk dicetak. Memang boleh jika rakan-rakan tidak mahu crop sendiri, tetapi pekedai atau pencetak akan memotong mengikut sesedap rasa mereka. Tak sama dengan cropping yang kita mahukan. Jadi, ada baiknya kita crop sendiri mengikut size yang kita kehendaki.

Ok bercakap tentang ‘crop’ gambar, saiz yang paling popular adalah 4R (4inci x 6 inci). Mari saya kongsikan cara saya ‘crop’ gambar menggunakan perisian Photoshop. Ya, saya menggunakan Photoshop untuk tips ini.

1. Pertama sekali, buka gambar yang hendak di ‘crop’ di dalam Photoshop.

2. Pilih ‘Crop Tool’ seperti yang anda dapat lihat di sebelah kiri dalam bulatan merah. Click pada tanda “Crop Tool’.

3. Di bahagian atas, masukkan saiz yang anda mahukan di dalam kotak ini. Untuk 4R saiznya adalah 4 inci X 6 inci. Sila lihat di dalam bulatan merah dalam gambar di bawah ini.

4. Selepas itu, anda pilih bahagian mana yang hendak di ‘crop’ mengikut keperluan.

5. Click pada butang ‘crop’ seperti yang di tunjukkan di bawah ini, dalam bulatan merah.

6. Ok siap. Tahniah, anda berjaya sudah.

Boleh faham tak? Saya harap rakan-rakan yang belum tahu cara ini, boleh faham dengan melihat gambar yang saya tunjukkan.

Ok, saya perlu menyambung kerja saya. Selamat berehat.

GO!!! :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Cheap Camera