Ini adalah Jom Outing Malaysia (J.O.M) siri ke-7.

Tidak kiralah anda guna kamera digital kecil atau kamera digital besar(DSLR) semuanya boleh join sama. Apa yang penting minat untuk sama belajar merakam gambar menarik bermula dari asas. Asas amat penting untuk kita pergi lebih jauh.

Tarikh          : 30 Oktober 2010 (hari Sabtu)

Masa             : 8pagi- tengah hari (kita shoot sama-sama sampai penat)

Lokasi : Berkumpul di bangunan kaca Sri Subramaniar (management office) masuk pintu gerbang, sebelah kiri :)

Bayaran       : RM25 untuk T-shirt putih, nota, makanan dan minuman.

Cara Pembayaran:

1. Bank in ke akaun Maybank  UFO Ent. nombor akaun 5071-3424-0756.

2. Selepas bayaran dibuat, emailkan saya di ijamp@yahoo.com:

- Nama penuh anda:

- Saiz baju:

- Reference number transaksi pembayaran, (anda yang bayar menggunakan ATM sila bawa slip pada hari Sabtu 30 Oktober 2010).

*Design t-shirt adalah seperti di atas.

Matlamatnya:

Saya akan berkongsi ‘asas untuk merakam gambar menarik’ kepada anda semua yang banyak memberi sokongan selama ini, terutamanya pada blog noorizamsabran.com. Kawan-kawan yang pernah sertai di J.O.M sebelum ini pun dialu-alukan untuk datang. Kali ini lokasinya mungkin lebih menarik untuk di eksperimen :)

Kawan-kawan yang sudah menyertai J.O.M yang lepas (KL ,PenangIpoh dan Johor) sudah tahu apa yang mereka dapat dalam program J.O.M ini.

Ya! Ini adalah J.O.M siri yang ke-7 dalam tahun 2010 :) . Terima kasih di atas sokongan anda semua selama ini!

Sesi perkongsian ini tidak terlalu teknikal dan lebih santai.

Seperti sebelumnya, dalam outing kali ini kita akan aplikasikan elemen-elemen asas seni dalam fotografi dalam merakam gambar. Apa yang penting:

‘Tak perlu malu untuk belajar’!

Ingat ya, untuk belajar merakam gambar menarik, kita tak perlu risau tentang kamera murah atau mahal. Yang penting kefahaman kita bagaimana melihat sesuatu subjek yang hendak dirakam. Kamera yang canggih dan mahal hanya membantu memudahkan kerja kita.

Anda akan diberikan 1 helai baju t-shirt ‘i learn basic’, nota, makanan dan minuman dengan hanya RM25.

*Gambar-gambar aktiviti Jom Outing Malaysia sebelum ini boleh di lihat di sini.

J.O.M KL.

J.O.M Penang.

J.O.M Johor.

J.O.M Ipoh.

J.O.M Putrajaya.

J.O.M edisi  U.F.O

*Sila kongsikan dengan kawan-kawan anda di Facebook dengan menekan button ‘Share’ di atas. Terima kasih semua :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Cheap Camera