Kamera kecil atau kompak mudah dibawa dan ringan jika dibandingkan dengan kamera besar seperti DSLR. Seronok sebenarnya menggunakan kamera kecil ni.

Walaupun saiznya yang kecil, jangan pula kita lupa telah banyak kamera kecil yang berupaya menghasilkan kualiti gambar yang setaraf dengan DSLR. Ini kerana penggunaan ‘sensor’ yang sama saiz dengan kamera-kamera besar. Itulah teknologi.

Bagi saya, kamera kecil mempunyai kelebihan yang tersendiri seperti ringan, mudah dibawa, terutamanya kepada yang selalu ‘travel’, tidak mendapat perhatian umum (orang lebih tertarik dengan kamera bersaiz besar).

Manakala kekurangannya pula seperti bateri yang tidak setahan DSLR, autofokus yang perlahan dan anda dipandang rendah oleh rakan-rakan yang menggunakan kamera besar :) (ini biasa terjadi dan anda tidak perlu risau pun).

Mari kita layan sedikit gambar-gambar biasa yang baru saya rakam mengggunakan kamera digital kecil/kompak. Lokasi di Bandar Baru Bangi.

Selamat pengantin baru kepada Ejan+Farah. Selamat berbahagia selalu… :)

…GO!!! :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Cheap Camera