Saya ada kamera. Inilah kamera kegemaran saya. Lihat cap dan modelnya anda sendiri tahu ia buatan mana. Gambar-gambar yang saya rakam dan boleh kongsi untuk kita belajar, saya akan kongsikan di noorizamsabran.com seperti mana yang telah rakan-rakan lihat dalam entry-entry yang lepas.
Gambar-gambar yang cantik dan yang tak cantik tu adalah hasil dari pembelajaran saya menggunakan kamera ini.

Kalau boleh, saya nak gunakan kamera DSLR yang kecil-kecil je. Senang nak di bawa ke mana- mana. Setakat ni, kamera D Empat Puluh adalah yang sesuai bagi saya. Ringan, kecil, murah dan paling penting kualiti gambarnya amat bagus sekali. Saya tak mahu promote cap kamera apa yang bagus, cuma apa yang saya gunakan adalah Nikon D Empat Puluh. Megapixelnya 6.1…Untuk update blog lebih dari cukup. Untuk printing saiz dua kaki kali tiga kaki pun tiada masalah.
Oleh kerana saya telah banyak merakam gambar untuk fotografi perkahwinan menggunakan kamera ini, ‘shutter count’ kamera ni dah mencecah 70,+++ click. Maknanya saya dah tekan shutter kamera ni lebih 70,000 kali. Mungkin tinggal lagi 30,000 kali tekan saja lagi, lepas tu dah ‘mati’. Kira tekan-tekan dah tak keluar gambar dah
Masa mula-mula dulu sedikit gegar juga guna D Empat Puluh ni ambil gambar orang kahwin. Mana tak gegar, pengantin pun guna D300, 5D…tapi lama-lama pekakkan saja telinga. Dalam situasi macam ni, rakan-rakan tak perlulah risau untuk terus tukar kamera yang lebih hebat.
Apa yang perlu rakan-rakan lakukan adalah memperbaiki kualiti gambar yang dirakam untuk pelanggan. Saja-saja berkongsi pengalaman saya dulu-dulu
. Kepada rakan-rakan yang menggunakan kamera yang lebih baik, itu adalah satu bonus. Tahniah!
Gambar Pengantin di atas guna D Empat Puluh. Cukup la kan?
Apa peralatan ‘tangkap gambar’ yang selalu saya bawa untuk suka-suka?
Saya suka yang simple. Kalau untuk suka-suka, saya akan bawa kamera D Empat Puluh saya bersama lensa 50mm. Senang. Cukup ringan dan kecil bagi kategori DSLR. Mudah di bawa dalam beg. Rasa-rasa ada subjek yang sesuai saya keluarkan kamera dan shot untuk dikongsikan di dalam blog ini. Kalau saya terlebih rajin, saya akan bawa satu unit flash. Manalah tahu perlu untuk digunakan.
Untuk jalan-jalan biasa, saya suka bawa beg galas tepi atau lebih popular dengan ‘massenger bag’. Senang nak bergerak. Asalkan boleh muat satu kamera, satu lensa dan satu flash dah cukup.
Saya memang suka beg galas tepi yang tak nampak macam beg kamera. Takut juga guna beg popular yang cap mahal-mahal dan terkenal ni. Nanti ada saja mata yang ‘marking’ kita kalau bawa beg yang terkenal dengan jenama beg kamera. Nasihat saya, kalau rakan-rakan suka berjalan seorang atau dua untuk ‘street shooting’, jangan gunakan beg yang menarik perhatian orang yang suka mencuri,ok
.
Inilah beg jalanan saya. Mudah dibawa,boleh sandang tepi, depan,belakang dan yang paling saya suka ada banyak poket. Senang untuk saya letakkan talipon tangan, memori kad, bateri, kacang gajus (saya suka makan gajus
). Aaa lagi satu, saya suka bawa satu buku bila jalan-jalan. Kalau boring masa tunggu makan, tunggu kawan, saya akan baca buku tu. Kalau masa tu saya bawa buku sifir, saya akan baca sifir tu
(acah je).
Ok, rasanya dah banyak membebel ni. Kepada rakan-rakan yang memiliki kamera sekecil D Empat Puluh, tak perlu la risau tentang kualiti gambar atau rakan di sebelah menggunakan kamera besar-besar dari anda. Yang paling penting kita faham macam mana nak ‘tangkap gambar’. Jangan terpedaya dengan kecanggihan teknologi.
Pengajaran dari cerita di atas :
1. Tak perlu anggap satu kelemahan jika kita gunakan kamera murah dari orang sekeliling kita.
2. Elakkan dari membawa kamera berjalan-jalan dengan beg kamera yang amat popular jenamanya.
3. Jangan mudah terpedaya dengan iklan-iklan kamera. Memang tugas tukang iklan untuk melakukan produk mereka.
”Gambar yang cantik adalah hasil dari hati kita yang melihat!”
1,2,3…GO!!!














Peszal, saya suka 50mm 1.4 sebab ringan. Sesuai untuk potret. Harganya rm900 untuk AFD dan rm 1800 untuk AFS yang boleh autofocus dengan kamera saya d40. Saya pu tak tau model apa beg tu…beg tu boleh muat satu body dengan lens dan 2 flash..
izad, guna manual lebih mudah untuk dapatkan apa yang kita mahu…
salam
saya berminat dengan info dari anda…memang terjadi pada saya ketika kluar dgn camera saya, walaupun saya menggunakan sony alpha, tapi jenama ini kurang popular (mungkin baru)…tapi pada saya sama saja…
yang penting adalah hasil tangan saya dgn kamera ini.
thank norizam kerana berikan saya satu semangat utk terus kan hobi baru saya ini!
amen
ijam, skarang d40 tu guna lagi ke ..dah bapa shutter count dia ..hehe.
just for sharing, everyone, u can check ur shutter count easily without EXIF viewer too : http://www.myshuttercount.com
Terima kasih Faris
You made some decent points there. I did a search on the topic and found most individuals will approve with your blog.