Fotografi perkahwinan adalah salah satu cabang fotografi yang amat popular di dunia. Sebenarnya merakam gambar perkahwinan bukanlah perkara yang mudah. Bukan mudah untuk merakam gambar yang boleh membuatkan pelanggan suka.

Fotografi perkahwinan bukan sahaja merakam gambar potret semata-mata. Pelbagai aspek perlu diambil kira.  Ini termasuklah gambar terperinci, persekitaraan,keseluruhan acara dan disiplin diri kita. Di antara perkara-perkara penting yang ramai tidak mengambil berat di dalam fotografi perkahwinan adalah gambar ‘detail’ atau terperinci.

Mengapa gambar-gambar seperti ini penting? Ini kerana, pelanggan kita sudah memperuntukkan sejumlah wang untuk sesuatu benda itu. Jika kita merakamkan gambar-gambar ini, pastinya pelanggan kita akan rasa dihargai dan gembira. Apakah gambar-gambar terperinci? Di antaranya termasuklah gambar hantaran, cincin, cenderahati/bunga telur, pelamin,meja makan, makanan dan pelbagai aksesori lain.

Di bawah ini sedikit contoh-contoh gambar yang dirakam oleh saudara Ikram Ismail.

Di harap perkongsian ini dapat memberikan sedikit sebanyak pendedahan tentang pentingnya gambar terperinci di dalam fotografi perkahwinan.

Senyum selalu…GO!!! :)

Untuk sesi Rahsia Fotografi Perkahwinan Melayu, anda boleh klik di sini.

————————————————————————————————————————–

Rahsia Fotografi Perkahwinan Melayu, klik di sini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Cheap Camera