Ikram Ismail adalah seorang Jurugambar Perkahwinan Profesional VVIP dan Selebriti di Malaysia. Beliau mempunyai pengalaman yang luas di dalam bidang fotografi hampir 20 tahun. Antara selebriti terkenal yang menjadi pelanggan beliau untuk fotografi perkawinan seperti Dato Siti Nurhaliza, Erra Fazira, Nora Danish, VVIP kenamaan dan ramai lagi.

Terbaru, Ikram Ismail menjadi jurugambar rasmi untuk majlis perkahwinan pelakon  Ayu Raudhah dengan pemain bola sepak negara Zaquan Adha, di Kedah pada 21 Januari lepas.

Gambar-gambar eksklusif ini khas untuk tatapan anda daripada Ikram Ismail. Gambar perkahwinan Ayu Raudhah dan Zaquan Adha oleh Ikram Ismail.

Tentu anda berminat untuk mengetahui bagaimana Ikram Ismail merakam gambar-gambar perkahwinan yang menarik ini!

Seperti yang telah saya beritahu bulan lepas, Ikram Ismail telah sudi melapangkan masa dan akan bersama-sama kita dalam siri J.O.M edisi khas pada 26 Februari 2011 ini.

Kali ini, Ikram Ismail akan berkongsikan pengalaman dan ilmu asas penting fotografi perkawninan kepada semua peserta.

Antara tajuk-tajuk yang akan beliau kongsikan:

*Apa itu fotografi perkahwinan Melayu.

*Slide gambar-gambar Perkahwinan Melayu oleh Ikram Ismail.

*Ikram Ismail akan berkongsikan peralatan-peralatan fotografi perlu ada untuk fotografi perkahwinan.

*Rahsia mendapat gaya-gaya pose yang menarik, tidak kaku dan profesional.

*Rahsia penyusunan ‘story album perkahwinan eksklusif’ yang bercerita.

*Ikram Ismail akan tunjukkan kepada peserta contoh-contoh ‘story album perkahwinan’ yang menjadi pilihan pelanggan VVIP dan selebriti.

*…rahsia untuk terus mendapatkan pelanggan yang berkualiti, apa gambar yang perlu dirakam dan banyak lagi akan dikongsikan oleh beliau nanti.

*Eksklusif; soalan-soalan peserta akan dijawab terus oleh Ikram Ismail dalam sesi soal jawab selama lebih kurang 1 jam.

Sesi perkongsian ilmu ini dibuat secara santai supaya anda tidak segan untuk bertanya dan seterusnya mendapat manfaat daripada apa yang anda ingin ketahui.

Bayaran: RM100 seorang (termasuk makan+minum, bilik berhawa dingin, t-shirt edisi khas 100% cotton)

Tarikh : Sabtu 26 Februari 2011.

Masa : 10 pagi – 3 petang. (pandaftaran bermula jam 9.30 pagi)

Lokasi: Auditorium A, Fakulti Kejuruteraan UIA, Gombak (jika ada perubahan akan diberitahu)

*Peserta adalah terhad bagi memastikan keselesaan peserta.

Cara-cara ntuk mendaftar:

1. Bank in RM100 ke akaun Maybank UFO Ent. Nombor akaun 507134240756

**Tarikh tutup pendaftaran 20 Februari 2011.


Anda perlu rebut peluang yang sukar diperolehi ini. Anda perlu cepat kerana tempat adalah terhad!

Terima kasih semua.

…GO!!! :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Cheap Camera