Mari kita bersuka ria dengan kamera segera! :)

Kamera segera atau dalam bahasa orang putihnya ‘instant camera’ adalah kamera yang memproses gambar terus siap dari kamera. Kamera ni menggunakan filem khas yang sememangnya segera. Jenama yang paling polpular pada suatu ketika dulu adalah Polaroid daripada Polaroid Coperation. Moden ‘instant camera’ diperkenalkan oleh Edwin Land pada 1948. Walaubagaimanapun, ‘instant camera’ terawal diperkenalkan pada 1923 oleh Samuel Shlafrock.

Sekarang ni dah banyak kamera segera ini dijual dipasaran Malaysia. Kebanyakannya daripada Fujifilm. Keluaran Polaroid pun masih ada dijual oleh pengumpul koleksi kamera ini.

Kita tekan butang kamera, gambar akan keluar daripada kamera. Siap dan boleh terus lihat hasilnya. Seronok! :)

Antara kamera segera yang murah di pasaran Malaysia dari keluaran Fujifilm; Instax Mini 7s, Mini 25 dan Instax Wide 210. Harganya taklah semahal kamera DSLR kita, dalam lingkungan RM220-RM350 :)

Filem mini ‘instant camera’ ni harganya antara RM22-28 untuk 10 keping. Jadi kena fikir dulu sebelum shoot. Saiz mini lebih kurang kad kredit sahaja.

Untuk suka-suka, pastinya anda akan suka dengan kamera jenis ini. Tekan-tekan terus keluar gambar dari kamera :)

Disebabkan kamera ini menggunakan filem, kita akan berfikir dahulu sebelum shoot. Ini bukan kamera digital yang kita boleh padam jika tak suka. Sekali ‘tekan’ gambar terus keluar! :) :) :)

Selamat bermain dengan ‘kamera segera’!

Senyum dan … GO!!! :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Cheap Camera