Lensa Kit atau kit len adalah lensa yang paling bagus untuk kegunaan pemilik DSLR. Sebab itulah jika kita membeli kamera DSLR, lensa kit ini akan dibekalkan sekali untuk penggunaan pembeli. Lensa kit yang biasa dibekalkan adalah 18mm-55mm. Cukup untuk ‘wide’ hingga kegunaan merakam gambar potret. Sebab itu namanya lensa kit (kit len), ianya serbaguna untuk kegunaan harian.

Gambar di bawah ini saya rakam menggunakan kit len 18mm-55mm. Fokusnya adalah pada subjek bunga.

Kita sudah biasa merakam gambar apa yang kita lihat secara terus. Jika kita faham asas-asas penting dalam fotografi, kita akan berfikir sebelum merakam gambar.

Pada gambar di atas, bunga dirakam bersama dengan kuntum bunga yang belum kembang. Untuk menegaskan hanya pada satu subjek, adalah lebih menarik jika kita rakamkan subjek bunga itu sahaja. Seperti pada gambar di bawah ini. Subjeknya adalah lebih jelas jika kita bandingkan dengan gambar di atas.

#Tip- Apa yang perlu dilakukan hanyalah alihkan kuntum bunga ketepi sedikit supaya ianya tidak termasuk di dalam frame kita. Penegasan pada subjek utama akan menjadi lebih kuat di dalam gambar. Sama juga dengan merakam gambar lain, pengetahuan asas tentang elemen seni, seni melihat amat penting.

Untuk gambar di atas, kamera yang saya gunakan dari model Nikon D3100 bersama kit len 18mm-55mm (tiada VR).

Exif: Exposure time-1/320 sec, ISO 100 dan F-stop f/9, focal length 55mm.

Dengan menggunakan kit len, kita sudah boleh merakam gambar-gambar keperluan biasa, cukup untuk merakam gambar kahwin, gambar produk yang tidak memerlukan ‘macro’ . Untuk merakam gambar ‘wild life’ atau ‘sport’ tele len adalah lebih sesuai.

Perbezaan lensa kit dengan lensa yang lebih mahal (untuk anda yang mempunyai budget lebih dan boleh beli tanpa hutang ‘riba’):

1. Harga lensa kualiti tinggi lebih jauh mahal. Tetapi ingat, harga bukanlah penentu gambar yang bagus :)

2. Membantu mempercepatkan kerja. Jika kita sudah biasa dengan lensa kit kita (18mm-55mm), pasti membantu kita membuat kerja fotografi lebih pantas.

4. Kualiti pembuatannya lebih baik. Biasanya kualiti bahan lensa kit hanya menggunakan plastik, lensa mahal badanya menggunakan besi/aluminum dan lensa yang lebih baik.

Kamera yang ada pada kita sekarang adalah kamera paling bagus untuk kita! :)

Terima kasih semua pembaca. Saya harap anda akan mendapat manfaat daripada tip kali ini :)

…GO!!! :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Cheap Camera