Untuk majlis pertunangan, mungkin ada yang kurang pasti gambar apa yang perlu dirakam. Kebiasaannya, saya akan merakam gambar potret perempuan (tunang), gambar keluarga, gambar cincin atau gelang pertunangan, gambar-gambar hantaran jika ada, suasana majlis meminang antara pihak lelaki dan perempuan dan beberapa keping gambar-gambar kreatif.

Walaubagaimana pun, yang paling penting adalah ikut apa kehendak pelanggan anda.

Tips penting: Elakkan daripada merakam gambar ikut suka hati kita atau merakam gambar untuk tujuan ‘experimen’ sendiri terutamanya gambar-gambar ‘kreatif’ tak bertempat.

Untuk gambar-gambar ini, semuanya saya rakam menggunakan satu lensa ‘prime’ sahaja.

Selamat menjalin ikatan pertunangan kepada A Fun Dee+Syiera :)
…GO!!! :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Cheap Camera