Anda HANYA ada DSLR dan kit lens?

Anda selalu salahkan kamera DSLR murah ‘tak boleh’ dapatkan gambar yang cantik dan menarik?

‘User Friendly Outing’- U.F.O Workshop adalah untuk anda!

Saya akan kongsikan cara dan rahsia mendapatkan gambar yang cantik dan menarik menggunakan kamera DSLR yang anda miliki!

“U.F.O adalah workshop santai yang lebih kepada praktikal serta jalan-jalan dan makan-makan :)”

Tempat: Georgtown, Penang.

Tarikh: 30 April 2011.

Masa: 9.30 pagi- 5 petang.

Harga: RM380 pendaftaran sebelum 16 April 2011. *RM420 pendaftaran selepas 16 April 2011.

*Deposit untuk tempahan hanya RM80. Peserta di bawah 5 orang sahaja supaya setiap peserta dapat memahami apa yang dipelajar dengan lebih jelas.

Hanya RM380 pendaftaran sebelum 16 April 2011.

RM420 pendaftaran selepas 16 April 2011.

Apa yang anda akan pelajari di dalam workshop ini?

- Rahsia dan cara melihat subjek sebelum merakam gambar ‘the art of seeing’.

- Rahsia yang anda tidak akan dapat walaupun dengan kamera mahal.

- Rahsia kamera dan lensa anda dan kesuaiannya.

- Rahsia melihat dengan hati dan perasaan.

- Melihat cahaya dan subjek utama sebelum merakam gambar.

- Rahsia elemen-elemen ‘X’ dalam fotografi untuk gambar yang menarik.

- Rahsia aperture, shutter speed,ISO;apa, bila dan bagaimana untuk diaplikasikan.

- Experimentasi dengan aperture, shutter speed dan ISO untuk gambar anda.

- Rahsia asas menambah cantikkan gambar yang sudah dirakam dengan Photoshop.

- Sesi praktikal supaya anda lebih faham dan ‘buat’ untuk mendapatkan manfaatnya.

…dan banyak lagi rahsia akan dikongsikan di dalam ‘U.F.O’ ini.

Cara-cara untuk mendaftar:

1. Bank in RM80 (deposit) ke akaun Maybank UFO Nombor akaun 507134240756 untuk tempahan.

2. Setelah membuat pembayaran; MESTI email ke ijamgo@gmail.com dengan tajuk ‘UFO butiran berikut:

- Nama penuh anda:

- Nombor telefon:

- Saiz baju:

-Ref. number bukti pembayaran/email print screen:

-SMS ke 012-6096616 selepas pembayaran dibuat.

-Lokasi terperinci workshop akan diberitahu kepada peserta.

*Baju t-shirt 100% cotton akan diberikan kepada peserta.

**Sijil penyertaan diberikan.

***Makan dan minum juga diberikan.

Anda perlu rebut peluang 1 hari ini…GO!!!

Testimonial daripada peserta U.F.O Workshop yang telah lepas.

“Saya salah seorang daripada peserta Ufo-Workshop yang diadakan di Dataran Merdeka pada 19 Mac 2011 yang lepas. Ufo-Workshop ni hanya membuka penyertaan kepada peserta kurang daripada 10 orang. Dengan jumlah yang sedikit, alhamdulillah kami diberikan tunjuk ajar secara mendalam oleh Ijam & dapat berinteraksi secara one-to-one. Ufo-Workshop merupakan kelas fotografi saya yang pertama.”

“Apa yang saya suka tentang Ufo-Workshop ni adalah suasananya yang santai. Ada sesi teori sambil minum-minum, dan sesi praktikal sambil jalan-jalan.”

“Dalam sesi teori, kami ditekankan untuk memahami asas fotografi yang paling penting; aperture, shutter speed dan ISO. Kami juga diajar rahsia untuk merakam gambar yang menarik. Sangat menarik, kerana sebelum ini saya tidak menitit beratkan hal tersebut. Hanya merakam apa yang nampak menarik di mata. Satu lagi perkara penting yang ditekankan adalah kepentingan merancang sebelum kita menekan butang shutter. Plan before you shoot. Contohnya, dari segi framing.”

“Dalam sesi praktikal, kami dibiarkan bertebaran di kawasan Dataran Merdeka. Kami disuruh untuk mengaplikasikan pelajaran pada sesi teori tadi ke dalam gambar yang diambil. Setelah selesai, Ijam review gambar yang kami ambil satu persatu sambil memberikan pandangan dan menyatakan apa yang boleh diperbaiki. Kami juga telah diberi peluang untuk mencuba merakan gambar menggunakan reflector dan softbox. Pada sesi bersama model pula, kami dibenarkan untuk compose sendiri shoot yang kami mahukan dan digalakkan untuk berinteraksi dengan model, walaupun semua segan-segan. ;p”

“Pada saya, workshop ni dah banyak bagi kesedaran pada saya; the fact that gambar yang cantik sebenarnya datang daripada si penangkap gambar itu sendiri. Dan Ijam telah menjalankan kerjanya sebagai coach dengan baik. Keseluruhannya, saya rate workshop ini dengan 5 bintang. :D Workshop santai seperti ini patut diperbanyakkan lagi. Ijam terbaik! “

Nurul Atiqah Hassan, pelajar IPTA.
Blog: http://atiqahhassan.blogspot.com/

————————————————————————————————————–

“Baru dua hari memiliki kamera DSLR sudah mengikuti workshop luar yang saya tidak tahu tahap pengajaran dan pembelajaran yang diutarakan. Walaupun sebelum ini, saya aktif mengikuti setiap perkembangan dari blog saudara Ijam.”

“Alhamdulillah, berkat ketekunan dan minat saya, semuanya berjalan dengan lancar, tidak ketinggalan dalam setiap topic yang diajar oleh saudara Ijam. Saudara Ijam banyak memberi bantuan, tunjuk ajar dan penerangan yang mudah difahami dan dipraktikkan, tambahan pula saya ini orang baru dalam bidang DSLR.”

“Workshop kumpulan kecil ini amat bertepatan sekali untuk orang-orang baru yang berjinak-jinak dalam bidang fotografi dan/@ untuk orang-orang yang lama tetapi dahagakan pembaharuan dan teknik-teknik/ “shot”/elemen-elemen yang anda pasti tidak terfikir berbuat demikian. Sungguh berkesan sekali workshop seperti ini, tambahan pula pengajarannya dalam bentuk yang senang difahami berserta praktikal yang perlu dilalui oleh setiap peserta. Memang berbaloilah sangatlah dengan yuran penyertaan yang dibayar.”

“Pembelajaran dari pengalaman dan idea dari saudara Ijam merupakan sesuatu yang tidak dapat dinilai dengan wang ringgit.”

“Sekarang ini saya sangat berterima kasih yang tak terhingga kerana mendapat ilmu fotografi dalam masa yang singkat sahaja (melalaui pengalaman/idea orang lain). Saya sungguh berpuas hati dan tiada lagi mode “Auto” dalam kamera saya..;)..Thumb up to Mr Ijam..”

Ahmad Zamri Awang, bekerja sebagai Pegawai Risiko di salah satu Badan-badan Berkanun di Malaysia.

————————————————————————————————————-

“Jumlah peserta yang terhad menjadikan ianya personal coaching yang berkesan dan saya senang faham apa yang dimaksudkan dengan faktor ‘X’ itu”

Nizam Razman, bekerja peniaga dan usahawan.

————————————————————————————————————–

“Sebelum mengikuti workshop ini saya tidak terfikir atau mengetahui  tentang bagaimana untuk mencantikkan gambar semasa mengambil gambar. Dengan adanya workshop ini, saya dapat berfikir dan menilai situasi sebelum merakam gambar .”

“Melalui workshop ini juga ia dapat meningkatkan lagi pengetahuan saya tentang teknik mengambil  gambar yang berkesan.”

“Workshop secara santai (outdoor) yang diterapkan dapat memberi pemahaman lebih jelas. Ini kerana teori dan praktikal telah diterapkan dalam workshop. Kita berpeluang mengambil gambar dalam pelbagai cuaca dan keadaan. Ini secara tidak langsung meningkatkan pemahaman dan kemahiran kita. Saya harap workshop seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang.”

“Terima kasih atas segala perkongsian ilmu yang sangat berharga….”

Zubaidi Basri, bekerja sebagai guru.

————————————————————————————————————–

“Assalammualaikum. Pertama sekali saya ingin mengucapkan terima kasih kepada saudara Ijam yang telah menganjurkan ‘Workshop (U.F.O) yang telah diadakan di Dataran Merdeka baru-baru ini. Workshop ini sebenarnya telah banyak membantu saya memahami mengenai basic photography dan cara untuk mengambil gambar yang menarik. “

“Saya berminat dan menyertai Workshop ini kerana kelainan konsep yang diperkenalkan iaitu Basic Workshop secara outdoor berbanding Workshop lain yang telah saya survey yang kebanyakannya hanya di jalankan secara formal di dalam kelas.”

“Pada pendapat saya Workshop ini begitu simple dan santai sesuai dengan konsepnya iaitu User Friendly Outing (U.F.O) ianya mengandungi susunan program yang begitu tersusun dan cara penyampaian yang padat tetapi mudah difahami, bermula dengan teori dan seterusnya praktikal iaitu di sekitar Dataran Merdeka dan area lain sekitar KL berdasarkan apa yang telah dipelajari.”

“Disamping itu, saya mendapat ilmu yang banyak daripada Workshop ini kerana jika peserta mempunyai sebarang kemusykilan pengajar boleh menyelesaikannya on the spot sama ada semasa sesi teori atau praktikal. Disebabkan Workshop ini diadakan dalam kumpulan yang kecil membolehkan pengajar fokus kepada setiap peserta. Saya berharap saya dapat menyertai Workshop yang lain berkonsepkan seperti ini lagi pada masa yang akan datang untuk meningkatkan pemahaman dan kemahiran saya mengenai photography.”

Ahmad Sukri Bin Mahusin, bekerja sebagai Aircraft Engine Technician.

————————————————————————————————————–

Anda yang berminat untuk menyertai ‘User Friendly Outing- Workshop’ ini, boleh mendaftar segera untuk mendapatkan harga istimewa :)

Cepat! Peserta adalah terhad!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Cheap Camera