Terbaru, Nikon telah melancarkan 1 lagi model kamera DSLR baru; D3200. Ini bagi menggantikan model sebelum ini; D3100 model kamera DSLR paling asas dan harga berpatutan di dalam kategorinya.

Spesifikasinya agak menarik sekali. Apa yang menarik minat saya adalah pada skrin LCDnya. Kali ini ditambah kepada 921,000 dot sama seperti model D300s, D700, D3s, D4. Pasti lebih baik bagi kita untuk melihat gambar yang telah dirakam.

Image prosessor terbaru daripada Nikon iaitu Nikon EXPEED 3 juga digunakan pada model D3200 ni. Prosessor ini membantu mendapatkan gambar yang jelas, tona yang baik dan pastinya noise yang lebih baik.

Megapixel yang ditawarkan juga lebih tinggi iaitu 24.2 megapixel! Ditambah denganย WU-1a Wi-Fi modul ๐Ÿ™‚

Harga Nikon D3200 ini pastinya tidak jauh beza dengan model sebelum ini, D3100.

Kamera yang amat sesuai dengan teknologi terbaru! ๐Ÿ™‚

…GO! ๐Ÿ™‚

*Saya masih gunakan D3100, amat berbaloi sekali ๐Ÿ™‚

*Sumber gambar dan berita di siniย dan KenRockwell.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Cheap Camera