Hampir sebulan sudah kita berpuasa. Hari Raya Aidilfitri sudah hampir menjelang tiba. Pastinya anda semua sedang sibuk membuat persiapan hari raya.

Kepada semua pengguna jalan raya dan lebuh raya, pandu dan tungganglah kenderaan anda dengan hati-hati semoga selamat tiba dan kembali ke destinasi.

Yang membeli-belah, kita beringatlah dan tak perlu membazir untuk hari raya. Beli mengikut keperluan sahaja.

Di sini saya mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua kawan-kawan pembaca blog saya, Facebook dan yang offline.

Saya minta maaf banyak-banyak jika ada menyinggung mana-mana pihak secara tak sengaja di dalam entry-entry blog saya ini, di dalam Facebook, semasa offline atau semasa workshop.

Anda semua adalah kawan-kawan saya. Beringatlah kepada mereka yang kurang bernasib baik seperti kita.

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin :)

…GO!!! :)

 

Mari Design T-shirt Fotografi

Seperti yang telah saya janjikan, kawan-kawan yang kreatif, berminat dengan design dan berbakat di alu-alukan untuk menghantar design  t-shirt fotografi.

Jumlah hadiahnya RM300. Duit raya ni :)

Anda boleh menghantar seberapa banyak penyertaan yang penting asli dan kreatif. Temanya adalah ‘photography’.

Saya harap anda semua boleh kongsikan dengan kawan-kawan anda yang lain. Anda boleh kongsikan poster di atas di dalam Facebook anda juga. Kerjasama anda amat saya hargai.

Untuk keterangan lanjut boleh lihat di SINI ye.

Ok…selamat mencuba kepada yang berminat!

…GO!!! :)

*Sila kongsikan kepada kawan-kawan lain di Facebook dengan menekan ‘button’ Facebook di atas sebelah kanan entry ini. Anda semua dijemput untuk turut serta. Terima kasih di atas sokongan anda semua. :)

 

Blog+Domain

© 2010 Tips Asas Fotografi