Apa Ada Pada Nama Noorizam Sabran.

Noorizamsabran.com di sebalik tabir?

*Contoh gambar yang mempunyai ‘highlight’ pada mata. Cahaya datang dari arah hadapan subjek.

Blog yang anda semua kenali dengan nama noorizamsabran.com adalah sebahagian daripada potret ini. Ini adalah potret abah saya. Noorizam adalah nama saya, Sabran adalah nama bapa saya. Saya gabungkan untuk domain blog saya jadilah noorizamsabran.com yang boleh lihat di alam internet ni.

Abah saya seorang bekas patriot, Komando Gerak Khas. Sekarang dah bersara. Masa sekolah rendah cikgu suruh pilih 3 cita-cita kita untuk di rekod dalam penyata. Saya selalu pilih nak jadi askar, polis dan bomba. Saya pilih askar sebab nak jadi macam ‘Rambo’. Sebab terpengaruh dengan televisyen. Rupa-rupanya ‘Rambo’ tu tipu je. Sekarang ni kalau nak jadi askar pun memang  tak layak :)

Lepas abah saya dah tak jadi komando, abah saya kerja sebagai cikgu pula. Cikgu yang mengajar pokok getah (penoreh getah sebenarnya). Keluar subuh pakai lampu minyak tanah yang empat segi tu letak di atas kepala. Balik tengh hari, masanya sama macam cikgu sekolah balik mengajar :)

Kalau cuti sekolah, kerja yang saya paling suka adalah kutip getah beku. Bawa baldi, jalan satu pokok ke satu pokok untuk kutip getah beku yang dah jadi untuk di jual. Kawan-kawan yang di bandar mungkin kurang tahu acara kutip getah beku ni :)

Apa yang paling saya tak suka masa kutip getah ni kalau terlanggar sarang labah-labah. Melekit macam gam! Biasanya saya akan lari laju-laju sambil melompat sekuatnya kalau terlanggar ’spider web’ ni. Kenapa? Sebab kadang- kadang labah-labah tu pun ikut lekat kat badan, tu yang takut tu. Saya memang takut dengan labah-labah. Dengan berlari sambil melompat sekuat hati, harapannya supaya labah-labah tu jatuh dari badan :)

…dah lari tajuk rupanya. Apa pun, abah saya tetap seorang patriot!

* Contoh cahaya yang datang dari sebelah tepi subjek. Cahaya masuk dari tingkap.

Merakam gambar-gambar potret, kita tak perlulah pergi terlalu jauh. Untuk permulaan, kita rakam gambar-gambar potret keluarga kita yang terdekat dahulu. Nilainya adalah lebih tinggi untuk kita.

Kepada kawan-kawan yang masih mempunyai ibu dan ayah, hargai dan sayangilah mereka. Kepada yang sudah tiada, anda sedekahkanlah dengan amalan kepada mereka. Jasa mereka pada kita memang tak ternilai untuk kita bayar.

Terima kasih abah untuk potret ni :)

*Tip untuk rakam potret yang lebih menarik dengan cahaya sedia ada; kita perlu lihat arah cahaya datang. Tetapkan sama ada kita mahukan cahaya dari tepi atau hadapan. Pastikan ‘highlight’ dapat dilihat pada mata, ini lebih menarik daripada tiada ‘highlight’-lihat gambar pertama.

Saya harap kita dapat pelajari sesuatu kali ini.

Ok…GO!!! :)

 

Potret 6 Megapixel: Ina+Shah

Dah lama saya tak kongsi gambar potret dalam blog ni. Harini saya kongsikan potret shot Ina+Shah. Kali ini saya shot seorang saja tanpa pembantu. Jadi saya bawa kaki tiga saya untuk membantu memegang reflector. Kaki tiga tu = tripod.

Peralatan pun saya guna yang asas saja. Kamera dslr 6 megapixel, satu unit speed light dan reflector. Reflector saya gunakan jika cahaya di lokasi sesuai bagi menambah cahaya dengan reflector. Speed light /flash saya gunakan jika sumber cahaya yang ada tidak mencukupi.

Cahaya dan cuaca pada masa ini memang ngam! Jadi tak perlu bawa payung takut-takut kalau hujan.

Ok…enjoy…

Tak semestinya kita rakam potret badan yang penuh…

sah1

Masukkan elemen-elemen sekeliling yang sesuai di dalam gambar…

sah11

Sudut merakam gambar juga mempengaruhi mood sesuatu gambar.

sah2

sah8

sah12

Gambar di bawah ini saya fill in dengan reflector.

sah7

sah3

sah10

sah9

sahh

sah

sah5

sah6

sahhh

Dengan 6 megapixel, kita boleh mencetak gambar sebesar 16”x24” seperti di bawah. Jadi rakan-rakan tak perlu risau jika hanya mencetakkan gambar bersaiz 4”x6” (4R) dengan kamera 6 megapixel. Jika rakan-rakan menggunakan kamera 10 meagpixel atau 12 megapixel, sudah pasti tiada masalah untuk mencetak dengan saiz yang lebih besar.

ijampbigprint

Tip fotografi hari ini: Untuk mendapatkan gambar yang baik dengan kamera megapixel yang rendah:

* Kita perlu membuat framing yang betul sebagaimana yang kita mahu semasa merakam gambar. Jadi, untuk mencetak tidak perlu lagi untuk kita memotong gambar (crop) yang sudah kita rakam. Jika kita crop gambar, maknanya kita sudah buang berjuta-juta pixel. Rugikan? :)

Selamat berehat dihari minggu.

Ok…GO!!! :)

 

Blog+Domain

© 2010 Tips Asas Fotografi