Entry ini adalah kesinambungan entry sebelum ini
Baby Rafiuddin, umur 3 minggu. Shoot kali ini adalah antara ‘newborn shoot’ saya yang paling lama masa di ambil. Dari awal sampai habis shoot baby tak mahu duduk diam. Bergolek kiri kanan, menangis. Walaupun selepas kenyang, selepas ditidurkan. Ini adalah antara dugaannya untuk merakam newborn baby.
Ada lagi… Kita perlukan kain atau prop yang lebih kerana baby akan sentiasa buang air pada bila-bila masa sahaja. Jika tidak menggunakan prop pun tiada masalah. Contoh seperti gambar di bawah ini, baby hanya dipangku di atas riba ibunya. Sebabnya jika baby ini terpisah walau sedikit pun dengan ibunya, tak dapat gambar la jawabnya

Gambar ini saya tukar ke hitam putih dan yang di bawah ini gambar yang asal. Lihat pada kesuaian, kadang-kala gambar hitam putih juga menarik jika kita aplikasikannya pada gambar yang sesuai. Gambar hitam putih biasanya membuatkan kita melihat adanya ‘perasaan’ dalam sesuatu gambar. Ini hanya pendapat saya untuk gambar di atas
Gambar yang asal pun ok. Apa yang penting kita tahu apa yang kita mahukan dalam merakam gambar.

Jika baby tak mahu diam, menangis dan tidak mahu lepas dari ibunya, ini adalah masa untuk kita mencari alternatif lain. Segala prop perlu dilupakan. Jadinya ibulah yang menjadi prop terbaik
Gunakanlah apa yang ada. Untuk sesi ini, kebanyakan masa baby hanya dipangkuan ibu dan tak boleh terpisah dari denyutan nadi ibunya walaaupun sesaat.
Saya edit ke gambar original? Ya, gambar-gambar yang ini semuanya sudah saya edit mengikut citarasa saya.

Gambar-gambar close up jangan lupa rakam. Jari kaki, tangan, kuku telingga…bibir. Gambar-gambar detail seperti ini biasanya saya rakam apa yang ada. Maknanya, secara semulajadi.

Sepanjang masa shooting, baby hanya duduk di atas riba ibunya. Kalau tak baby akan menaggis dan tak boleh duduk diam. Kecuali gambar di bawah ini, semasa sedang menukarkan pakaian yang sudah basah.

Gambar di atas ni ada sebab saya kaburkan. Baby ni yang minta
…GO!!!