Wah! Dah seminggu saya cuti berhari raya di kampung. Hari ni dah balik semula ke perantauan. Kepada rakan-rakan yang sudah pulang dari kampung selamat kembali! Yang masih berhari raya di kampung dan bakal pulang ke bandar, berhati-hati dan sentiasa beringat. Terutamanya kepada yang memandu.
Terima kasih kepada rakan-rakan pembaca yang sms/telefon untuk mengucapkan selamat hari raya. Ramai juga yang masih bertanya tentang kamera apa yang sesuai dan patut dibeli. Saya tidak begitu mahir tentang kamera apa yang sesuai untuk setiap individu kerana tiap individu mempunyai citarasa dan keperluan masing-masing.
Rakan-rakan boleh rujuk nasihat dari Jurufoto Profesional pada entry yang lalu DI SINI tentang kamera yang sesuai untuk dibeli.
Tidak perlu terlalu risau tentang kamera apa yang hendak dibeli untuk permulaan. Saya sendiri menggunakan kamera entry level untuk merakam gambar hari raya keluarga saya semasa hari raya di kampung.
Inilah salah satu gambar abah dan emak saya yang saya ambil menggunakan kamera DSLR entry level.

Ok, enjoy dan Selamat Berhari Raya Lagi!!!
1,2,3…GO!!!




