Mari Design T-shirt Fotografi

Seperti yang telah saya janjikan, kawan-kawan yang kreatif, berminat dengan design dan berbakat di alu-alukan untuk menghantar design  t-shirt fotografi.

Jumlah hadiahnya RM300. Duit raya ni :)

Anda boleh menghantar seberapa banyak penyertaan yang penting asli dan kreatif. Temanya adalah ‘photography’.

Saya harap anda semua boleh kongsikan dengan kawan-kawan anda yang lain. Anda boleh kongsikan poster di atas di dalam Facebook anda juga. Kerjasama anda amat saya hargai.

Untuk keterangan lanjut boleh lihat di SINI ye.

Ok…selamat mencuba kepada yang berminat!

…GO!!! :)

*Sila kongsikan kepada kawan-kawan lain di Facebook dengan menekan ‘button’ Facebook di atas sebelah kanan entry ini. Anda semua dijemput untuk turut serta. Terima kasih di atas sokongan anda semua. :)

 

‘Frame’ Dengan Photoshop.

Jika anda berminat untuk membuat frame pada gambar sebelum dihantar ke kedai printing. Saya ada kongsikan cara membuat frame dengan Photoshop di ijam dot my . Selalunya, persembahan sesuatu gambar itu akan banyak membantu kepada yang melihat hasil kerja kita.

Ada yang suka gambar terus dihantar ke kedai printing, ada yang suka ‘edit’ dahulu, ada juga yang suka membuat frame untuk gambar-gambar yang ingin di print.

Untuk membuat frame pada gambar, biasanya warna putih atau hitam adalah pilihnya. Jika ada yang berminat untuk membuat frame yang bewarna biru, merah dan lainnya pun boleh dibuat menggunakan Photoshop. Caranya saya kongsikan di SINI.

Contoh gambar-gambar yang saya ‘frame’ sebelum di hantar printing.

Gambar yang kita ‘frame’ dan print adalah lebih puas untuk dilihat dan dihayati. Ianya menjadi lebih menarik. Untuk contoh-contoh lain cerita gambar-gambar yang sudah saya print, boleh juga lihat di SINI.

Jika anda mahu belajar cara membuat frame seperti ini, anda boleh terus ke ijam dot my ye.

Selamat berpuasa semua!

…GO!!! :)

 

Blog+Domain

© 2010 Tips Asas Fotografi