Snap And GO!!!

Hari ini letih sikit. Baru balik dari Pantai Timur. Sedikit gambar yang saya snap and GO!!! :)

Masa untuk berehat.

GO!!! :)

 

Rumah Anak Yatim Al- Wadi Bahagian Ke-2.

Selamat berpuasa semua;

…hari ini saya sambung cerita tentang Rumah Kebajikan Anak Yatim/Miskin Al- Wadi ini. Soalan mengapa mereka tidak menerima sumbangan dari jabatan-jabatan yang sedia ada, di jelaskan oleh Pak Daud kepada kami. Bukan tiada dana, malahan memang ada jabatan-jabatan yang dipertanggungjawabkan untuk ini.

Di atas sekeping kertas A4, kami di dijelaskan dengan panjang lebar tentang sumbangan ini. Pertama sumbangan dari jabatan-jabatan yang sedia ada dan keduanya sumbangan dari orang ramai. Cukup jelas dan teliti penerangan yang kami terima dan berasaskan Hukum-Hukum dalam Islam. Sumbangan kategori pertama ini saya tidak akan cerita di sini.

Sebelum saya terlupa, Rumah Anak Yatim Al- Wadi ini menghantar adik-adik yang terpilih untuk belajar ke Mesir. Jadi di sini mereka mengambil kira sumber yang mereka terima kerana dengan sumber-sumber inilah adik-adik kita dihantar untuk melanjutkan pelajaran di Mesir. Saya harap rakan-rakan faham di sini.

Saya akan berkongsikan cerita untuk kategori kedua. Kategori sumbang ikhlas daripada orang ramai. Pak Daud menjelaskan kepada kami mengapa sumbangan orang ramai yang mereka dahulukan…sumbangan orang ramai dimaksudkan dengan sumbangan ikhlas dari orang ramai.

Menurut Pak Daud, jika mereka menerima sumbangan dari individu, sumbangan itu akan terus disalurkan kebahagian-bahagian tertentu. Contohnya jika sumbangan berupa wang, ia akan disalurkan terus membeli pasir, batu, simen untuk membuat rumah adik-adik kita ini. Di sini lepas satu tanggungjawab. Wang yang diterima, disalurkan dan pemberi sumbangan InsyaAllah akan sampai kepada Allah amalannya. Setiap inci tanah, bangunan dan barang-barang yang adik-adik di sini terima adalah sumbangan dari orang ramai. Inilah antara sebab mereka akan terus menyambung untuk membina rumah anak yatim ini. Tiada alasan untuk dirobohkan kerana bangunan itu,tanah itu adalah wakaf dan sumbangan ikhlas dari orang ramai.

Ramai yang bertanya tentang nombor akaun bank untuk menderma. Lebih elok jika rakan-rakan sendiri menelefon Pak Daud dan beritahu tujuan hendak menyumbang. Menagapa? Supaya mudah mereka menyalurkan sumbangn rakan-rakan. Sumbangan rakan-rakan akan diberitahu oleh Pak Daud ke mana disalurkan. Itu lebih jelas daripada kita tidak tahu ke mana wang kita pergi nanti. Hak orang ramai perlu diamanahkan.

Ada desas-desus yang mengatakan adik-adik di sini menerima jemputan Kerabat Di Raja untuk majlis berbuka puasa. Tetapi setelah saya bertanya kepada Pak Daud, sebenarnya mereka tidak pernah menerima jemputan tersebut. Mungkin ada pihak lain yang tersalah sampaikan. Pak Daud berharap perkara seperti ini tidak berlaku lagi lebih-lebih lagi di bulan Ramadhan ini. Pak Daud minta saya membantu memperbetulkan perkara ini.

Rumah Anak Yatim/Miskin Al- Wadi setakat artikel ini ditulis mempunyai 60 pelajar yang semuanya menghuni di rumah yang tidaklah sesempurna rumah kebajikan yang lain. Tetapi mereka sentiasa bersyukur dengan bantuan ikhlas yang diterima dari orang ramai. Ini berbeza dengan beberapa lagi rumah kebajikan yang ada. Kami cuba singgah dibeberapa buah rumah lain. Apa yang malangnya kami dapati ada rumah-rumah yang ‘aktif’ tetapi apabila kami tiba ditempat itu rupanya hanya rumah kosong dan berkunci pagarnya.

Kami singgah lagi dirumah yang lain. Ini lagi mengejutkan saya. Rumah ini besar, kelihatan beberapa orang kanak-kanak bermain basikal di hadapan lamannya. Kami pun memberi salam dan bertanya ingin berjumpa penjaga mereka. Apa yang mengejutkan lagi, mereka menjawab penjaga tiada, cuti katanya. Wahhh…lagi la kami terkejut. Penjaga boleh cuti dan meninggalkan anak-anak ini tanpa pengawasan?…Rumah ini besar dan jika dilihat boleh memuatkan ratusan penghuni. Tetapi yang malangnya, apabila kami tanya kepada seorang penghuninya, dia mengatakan hanya ada 14 orang yang menghuni di situ. Mmmm….

ray1

Jika dibandingkan dengan Rumah Al-Wadi, yang dihuni seramai 60 orang, memang dapat dilihat perbezaannya.

Kepada rakan-rakan yang ingin menderma kepada Rumah Yakin Al-Wadi ini, bolehlah telefon di nombor ini 04-4724895 ataupun bercakap terus dengan Pak Daud (013-4001001).

Di bawah ini adalah nombor akaun rumah ini :

Akaun Bank Islam: 02048 010013676 (RUMAH YAKIN ANAK ANAK YATIM/ MISKIN AL-WADI)

Akaun BSN: 02100 4100000162 2 (RUMAH YAKIN AL-WADI)

Selamat beramal :)

 

Blog+Domain

© 2010 Tips Asas Fotografi