Ikram Ismail Shot Fesyen.

Macam mana ‘weekend’  yang lepas? Pasti ada yang sibuk menyiapkan kerja fotografi (bagi yang ada buat). Tak kurang juga yang pergi shot suka-suka mengisi hujung minggu. Betul tak? :)

Apa yang anda buat? Shot ‘wedding’?, Shot fesyen?, Shot ‘advertising’? Shot potret?…Tak kisahlah apa yang anda shot. Yang penting anda suka. Macam saya suka fotografi.

Fotografi fesyen adalah antara cabang fotografi yang popular dan tidak ramai yang mendapat pededahan tentang ini. Fotografi fesyen lebih mencabar. Lebih mencabar daripada ‘wedding photography’ (saya tahu, ramai yang hanya tahu fotografi perkahwinan sahaja yang boleh buat duit) :) .

Kenapa mencabar? Sebabnya, hanya pelanggan yang boleh menerima hasil kerja anda sahaja akan mengambil anda untuk merakan produk mereka. Senang cerita, gambar anda tak cantik, ilmu pun kurang, lupakan saja.

Ok tak perlu cerita banyak. Sebab entry kali ini saya nak berkongsi tentang gambar ‘Fotografi Fesyen’ oleh Ikram Ismail. Rakan-rakan tentu biasa melihat gambar-gambar yang cantik, amat cantik dan superb cantik di majalah-majalah fesyen. Ya, memang cantik. Untuk mendapatkan gambar-gambar yang cantik ini, tak cukup hanya tahu petik ‘button’ kamera. Tak perlu saya jelaskan di sini kerana ia melibatkan aspek, kemahiran fotografi, komunikasi dan macam-macam-macam-macam lagi. Panjang ceritanya.

Di bawah ini adalah gambar yang di rakam oleh Ikram Ismail untuk ‘Fotografi Fesyen’. Shot ini adalah untuk pengiklanan butik pakaian yang amat popular dikalangan VVIP dan selebriti-selebriti Malaysia, Butik Man Kajang.

Cantik gambar ni. Ini adalah gambar asal sebelum dimanipulasi. Mesti ada yang tertanya-tanya nombor F yang ada pada gambar di atas.  Bagi yang belum tahu, itu adalah bacaan cahaya dari ‘light reader meter’. Yang ini saya tak akan cerita di sini, nanti anda keliru.

Gambar di bawah ini pula adalah gambar yang sudah di ditambah cantikkan. Ya, proses photoshop adalah perlu bagi mencantikkan lagi gambar yang sudah cantik. Ini penting bagi memenuhi kehendak pelanggan. Untuk mendapatkan hasil gambar yang lebih cantik dalam fotografi fesyen, gambar asal perlu dimanipulasikan.

Ikram Ismail disebalik tabir penggambaran gambar di atas. Anda boleh lihat sendiri bagaimana penataan cahaya yang digunakan.

Apa yang boleh kita pelajari dari entry kali ini?

Ok, ini yang perlu kita tahu:

1. Di Malaysia, banyak lagi cabang fotografi yang anda boleh jadikan punca pendapatan selain ‘wedding’. Fesyen, komersial, model dan banyak lagi.

2. Untuk gambar yang cantik, mula-mula kita perlu dapatkan gambar yang bagus dari segi cahaya, komposisi, subjek dan lainnya…dan perlu dicantikkan lagi dengan memanipulasi gamabr asal.

3. Banyak lagi yang perlu dan boleh kita pelajari dalam bidang fotografi ini. Betul tak? :)

Ok. Sekian terima kasih.

GO!!! :)

ps: Terima kasih Abang Ikram dan ‘krew’ (anda tahu siapa anda) :)

 

Tip Dari Pro: Shoot Menggunakan Tangga.

Malam tadi, dalam perjalanan pulang dari KL saya ternampak cahaya kuning+hijau berkelip-kelip jatuh dari atas langit ke bumi. Lokasi di Lebuhraya Bukit Semanggol. Sesiapa yang ada terjumpa benda pelik ala-ala Superman/Ultraman/kristal hijau…atau yang sewaktu dengannya, mugkin benda yang sama saya lihat malam tadi jatuh ke bumi. Nasihat saya jangan pegang jika terjumpa kristal hijau tu, nanti takut jadi kuat macam ‘Superman‘…Hehe…

Siapa pernah tengok tahi bintang jatuh? :) Saya tak pernah tengok lagi. Mungkin yang saya nampak malam tadi tahi bintang kot. Tapi agak cantik la…lebih kurang macam ni…ala-ala shooting star.

ShootingStar

Cahayanya jatuh dari atas ke bawah. Kalaulah masa tu saya ada standby kamera di tangan… :)

Ok…cerita pasal cahaya jatuh dari atas ke bawah,  mari saya kongsi satu tip yang Ikram Ismail share untuk kita semua. Merakam gambar dari sudut yang tinggi.

Merakam gambar dari sudut eye-level atau worm’s-eye view, memang biasa. Tak perlu panjat, tak perlu bawa tangga. Tetapi untuk mendapatkan gambar dari sudut yang tinggi, Ikram Ismail membawa tangga yang kecil dan ringan. Terutamanya jika rakan-rakan selalu merakam gambar perkahwinan.

Ramai yang berebut-rebut hendak mengambil gambar pengantin, view kita pun kadang-kala akan terhalang. Di sinilah kelebihan jika kita membawa tangga. Kita akan dapat merakam gambar dari sudut yang tinggi daripada orang lain. Sama juga jika pasangan pengantin berada di atas pentas. Tangga amat berguna pada saat ini.

Ada juga cara lain untuk shoot dari sudut yang tinggi. Cara yang biasa kita lihat adalah mengangkat kamera dengan tangan setinggi-tinggi yang boleh dan ’snap’. Wah! Ini memang hebat! Merakam gambar tanpa melihat skrin kamera atau view finder. Jika bernasib baik, dapatlah gambar yang ok-ok saja. Tetapi biasanya gambar yang dirakam tanpa melihat view finder memang tak elok. Focusing pun biasanya akan lari.

Melihat view finder semasa merakam gambar amat penting untuk ‘framing’ dan ‘focusing’ yang baik. Pastinya cara terbaik membawa dan menggunakan tangga.

Ini adalah gambar yang dirakam oleh Ikram Ismail dari sudut yang tinggi (menggunakan tangga). Kita boleh membuat ‘framing’ yang kita mahu jika melihat pada view finder kamera kita. Hasilnya lebih baik dari gambar eye-level.

Highangle

Untuk video disebalik tabir, rakan-rakan boleh lihat video di bawah :

Saya pasti ada yang tahu merakam gambar menggunakan tangga akan mendapatkan gambar yang berbeza, tetapi yang pasti masih ramai yang tidak tahu tentang ini. Tak rugi jika kita kongsikan. Cara yang mudah tetapi memberikan impak yang berbeza.

*Tip dari Ikram Ismail kali ini, bawa tangga semasa merakam gambar event/majlis perkahwinan.

Terima kasih sekali lagi untuk Abang Ikram Ismail yang sudi berkongsi tip kali ini…

Ok…GO!!! :)

 

Blog+Domain

© 2010 Tips Asas Fotografi