Semalam saya terlupa ‘ON’ kan ruangan komen
***Anda boleh berikan komen anda dan apa yang perlu untuk menambah baikkan lagi ‘Cakap serupa Bikin’ ini. Cadangan yang membina dari anda amat saya alu-alukan.
Alhamdulillah ‘Cakap Serupa Bikin‘ yang pertama dan kedua ini sudah selesai.
Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada semua kawan-kawan yang terlibat di dalam ‘Cakap Serupa Bikin’ ini. Tanpa sokongan anda semua, workshop ini tidak akan berjaya. Kepada kawan-kawan yang datang dari Johor, Perlis, Kelantan dan Negeri Sembilan dan Melaka saya doakan anda semua telah selamat sampai.
Terima kasih juga kepada jurugambar profesional Affandi Abd. Hamid yang sudi menjadi tetamu khas untuk program ‘ Cakap Serupa Bikin’. Anda bertuah kerana dapat berjumpa dan menimba ilmu dari beliau. Semuanya saya buat khas untuk anda yang selama ini menyokong Noorizamsabran.com.
Kepada Eryn, selaku model untuk kali ini, terima kasih di atas kerjasama yang telah diberikan. Anda adalah penyeri ‘Cakap Serupa Bikin’.
Jangan lupa, apa yang penting ialah kita praktikkan tips-tips yang kita pelajari. Amalkan selalu, pasti anda akan mendapat sesuatu yang lebih baik.
Tak perlu malu untuk belajar, tak tahu kita bertanya. Semua kawan-kawan yang menyertai ‘Cakap Serupa Bikin’ anda boleh email kepada saya jika ada kemuskilan.
Ingat tips-tips untuk mendapatkan gambar yang cantik, tips-tips mendapatkan gambar menarik yang telah kami kongsikan. Amalkan dan praktikkan!
Gambar-gambar ini juga saya telah upload di dalam Facebook. Tag nama masing-masing
Jumpa lagi…Anda semua memang GO!!!














