Esok sudah hari Sabtu. Tentu ramai antara anda yang akan keluar untuk merakam gambar. Kepada kawan-kawan yang sudah merancang untuk merakam gambar di lorong-lorong sunyi, belakang kedai atau di kawasan rumah tinggal, saya nasihatkan anda pergi dalam satu kumpulan. Ini adalah untuk tujuan keselamatan.
Realitinya, sudah ada kejadian dilaporkan oleh pihak polis, kawan-kawan kita di luar sana yang dirompak dan disamun semasa membuat aktiviti fotografi di bandar-bandar besar. Kita perlu berhati-hati dengan peralatan kamera yang kita bawa.
Ingat ya! Jika kita merakam gambar terutamanya di lorong-lorong atau di belakang rumah kedai pastikan kita pergi dalam kumpulan yang ramai. Sudah beberapa kali juga saya di hampiri oleh pihak polis yang memberikan nasihat semasa membuat ‘outdoor’ fotografi.
Saya kongsikan sedikit gambar-gambar contoh yang saya rakam di lorong-lorong.
Tips keselamatan untuk merakam gambar di luar:
1. Keluar dengan kumpulan yang ramai.
2. Bawa perlatan kamera yang hendak digunakan sahaja (lupakan sekejap niat untuk menunjuk-nunjuk).
3. Jika anda dihampiri sekumpulan orang yang mencurigakan, rakam gambar mereka secara tersembunyi.
4. Cari tempat yang ramai orang.
5. Sentiasa bersedia dengan apa juga kemungkinan; anda ada seni pertahankan diri, pistol (jika ada lesen) boleh juga di bawa
Jika anda ada idea lain boleh juga kongsikan di ruangan komen
Ok…Selamat berhari Jumaat untuk anda! Senyum selalu!
…GO!!!












