Kepada rakan-rakan yang sempat membaca entry ini semalam mungkin perasan ayat dan susunan gambar entry ini sudah berlainan. Saya telah menulis semula kerana entry sebelum ini tiba-tiba hilang disebabkan masalah teknikal. Ini adalah entry yang telah ditulis semula. Enjoi!
Minggu lepas saya balik ke kampung sambil-sambil melawat atuk dan nenek. Mata atuk dah tak berapa nampak. Maklumlah dah lama melihat dunia. Operation dah dibuat, cermin mata dah ditempah, berubat cara traditional pun sudah, tapi semuanya tak jalan. Dah tua, mata dah tak berapa ok dan tak mahu ok dah.
Walaupun atuk dah tak nampak, tapi atuk masih boleh kenal dengan suara cucu yang datang
. Kalau cucu datang, atuk akan turun dari katil dengan meraba-raba dinding untuk mencari arah pintu. Maklumlah dah tak nampak. Dindinglah yang dijadikan pandu arah. Masa atuk sihat dulu, dia memang aktif berkebun. Bukan setakat kuat berkebun, sesiapa yang kacau anak perempuan atuk pun atuk kejar dengan parang panjang! Hehehe…Walaupun dah uzur, atuk tak ada darah tinggi, kencing manis. Power!
Atuk dah tak ada gigi, tapi guna gigi palsu sponsor dari Kementerian Kesihatan. Sebab tu atuk berani makan karipap ni. Mula-mula dulu atuk makan dodol dengan gigi tu, tapi lepas ada masalah gigi palsu asik tercabut melekat dengan dodol, atuk akan cabut dulu gigi baru la boleh makan dodol dengan aman.
Yang ini pulak nenek saya. Masih aktif menghisap ‘candu’. Masih gembira walaupun dah berpuluh-puluh kali kerajaan menaikkan harga rokok. Nenek penyumbang tetap kepada pendapatan negara dengan cukai rokok yang amat mahal. Setakat satu kotak rokok satu hari selamba angin je nenek sapu! Power!
25 tahun yang lalu, sayalah cucu yang selalu pergi ke kedai membelikan candu untuk nenek. Atuk selalu membebel sebab nenek kuat merokok. Kalau nenek suruh beli rokok, basikal tua atuklah yang jadi mangsa untuk saya guna ke kedai. Ingat lagi masa tu naik basikal ‘jaguar’. Kaki tak sampai, seluk dari tepi sebab basikal tu tinggi ada palang kat tengah. Orang-orang lama mesti tau basikal ni.
Yang seronok saya dapat upah 10 sen kalau tolong nenek belikan rokok. Besar 10 sen masa tu. Rokok pun masa tu RM1.10 sekotak. Yang paling popular dikalangan orang tua masa tu ialah rokok cap ‘Signal’.
Nenek suka simpan duit dalam kotak rokok. Inilah yang saya paling suka. Kalau rokok nenek dah habis, nenek akan buang kotak rokok tu kat tanah. Sayalah orang pertama akan kutip kotak rokok tu. Kenapa??? Sebabnya kadang-kadang, nenek lupa ambil duit yang disimpan dalam kotak rokok tu. Kalau nenek lupa, sayalah yang untung. Kalau lagi nasib baik saya dapat duit kertas yang nenek buang dengan kotak rokok tu. Hehehe…:) …masa tu darjah satu, dua,tiga…dapat duit kertas memang rasa dah kaya sangat dah. Rasa ‘heaven’ sangat.
kalau tengok pada IC, atuk dah berumur 87 tahun. Tapi itu ikut IC, yang sebenarnya dah lebih. Zaman dulu lahir-lahir mana ada surat beranak.
Ok, itulah sedikit gambar atuk dan nenek yang saya rakam minggu lepas. Kalau rakan-rakan perasan, saya merakam gambar-gambar di atas dari pelbagai sudut. Ini bagi mendapatkan gambar yang sebaik mungkin dari segi sudut dan ‘framing’. Saya tidak mengalihkan atau mengarahkan subjek kerana atuk saya bukan la sesuai untuk diarahkan ber’posing’. Maklumlah atuk saya bukannya sihat sangat untuk bergerak. Ada waktunya kita mesti menghormati subjek kita.
Untuk gambar di atas, saya menggunakan kamera yang sama saya gunakan sebelum ini seperti anda semua sudah maklum. Lensa yang saya gunakan ialah 5omm. Exposure time 1/60. F number 2 dan mode yang saya gunakan adalah manual. Semua gambar diambil tanpa menggunakan flash atau reflector. Hanya menggunakan cahaya pagi yang masuk melalui pintu.
Njoi semua. Selamat berhujung minggu…GO!!!
















cool…
moga allah sihatkan kedua2 nya bang ijam… cantik arah yg bang ijam ambik dgn combinasi pencahayaan yg semula jadi. banyak yg dapat saya belajar…
Nice shot Bro. Keep on publishing the photos…
tips yg bagus! jgn terlalu memaksa subjek hehe..
kool.
sangat kool!
hehe nenek mmg slambe smoke. cool pics, ijam
gempak… pakai lens ape nih? dhsat bokeh nye..
Cantik gambar-gambar tu. Ijamp datang Penang? Kenapa tak call saya? Tentang gambar-gambar atuk dan nenek tu, macam mana settingnya? Guna flash tak?
cantik la suma gbr tu.. yg paling best gbr paling bawah….dpt buat story tgk gbr tu..
Ijam,dalam besen hijau depan atuk tu ade ubi rebus ek???sedapnyer makan time petang2 @ paling best petang yg hujan…gambar atuk mmg cool..teringat arwah ayah yg baru pergi buat selamanya bulan 12 ritu…
Untuk 1001kenangan dan Shaik Asgar Ibrahim, semua gambar tu TIDAK menggunakan flash. Manual setting, exposure 1/60, F number F2. Tiada reflector digunakan, cahaya dari pintu sahaja. Lensa yang digunakan adalah 50mm.
Selamat berhujung minggu semua. Jawapan dari saudara Ijam… Ada kat atas tu… heee..heee…
Jangan mare….
1001kenangan, Shaik, gambar tu hanya menggunakan cahaya matahari, jam 11 pagi dan lensa 50mm.
Zanariah, tu buka ubi rebus, karipap+ciku. Takziah ya dari saya…
Terima kasih semua
Salam Ijam, untung Ijam masih ada kedua-dua nya sekali… Saya cuma tinggal nenk saya ajer… Itu pun dah nyunyukkkk….He…heee.. Tengok dalam gambar tu terkenang suasana zaman masa kecik2x dulu…. Dengan keadaan interior dalam rumah dia… sempoi….
Ijam guna flash and reflected lagi ker…. Atau guna cahaya sedia ada….? teknik bounce tu mesti ada kot…. Boleh bagi exif dia tak…??? dan flash mode setting dia…
Nice…great shoot too.. dengan atuk dan nenek(“bercandu” he..he) yang selamba.
Nk tanya, adakah perlu kita pakai apa2 software untuk mencantikkan lagi gambar…kalau ada, apa nama software2 tu?
gambar itu bercerita…..:)
bagus ijam teknik tu,kalu kita guna flash,gambar dah x neutral..semoga dpat beri byk info lg dimasa akn dtg.
Saya pon pernah mengalami pengalaman seperti anda..tapi kedua2 atok dan nenek dah pergi mengadap Ilahi….:( rindu ….
ya ya..gambar bercerita…ia begitu neutral. Zanariah, sekali tengok sya dah tau tu buah ciku, kan dalam besen merah tu ada pisau.
lawa gambar nie.. just pakai 50mm je.. takde accessory lain..
Adi-aussie, untuk mencantikkan gambar saya gunakan photoshop. Memang perlu mencantikkan lagi gambar.
Photoshop yang biasa berapa harga? Sbb saya ada tengok yang Adobe Photoshop CS4 Extended STUDENT EDITION (Windows) $165.00(AUD)..kalau bukan student normal price: $1,799 (AUD). Perlukah atau pakai yang free photoshop.com aje.
lawanya…..gambar.. sy ada masalah dari segi jarak mengambil gambar..
lens 18mm-105mm std D90.. mohon tunjuk ajar
Adi, Photoshop CS4 rasanya dalam RM1+++.
Encik Shino, jika menggunakan lens 18-105mm, sepatutnya tiada masalah kerana lens itu cukup guna untuk wide ke medium tele
cayalah bro..syahdu tul!..hehe
kirim salam pada atuk dan nenek yang brutal =) saya dah tiada dua-dua, maka hargailah mereka sementara ada… (^_^) and nice shot!
Btw, Tak bahaya ke Atuk Ijam kupas kentang? hehe…
heheh..beskal atuk jaguar ko ade lg x? dulu x sampai, skrg dh sampai blum..hehehe..jgn mare.
@ adi. Dr bazir duit beli photoshop ribu2..pakai jer GIMP (http://www.gimp.org) yg free. SW nyer cukup sifat utk editing cam photoshop tp kena rajin godek r. kalau nk lagi murah, get the settings right on camera. terbaek!
nice picture.. dari situ dah ada cerita tersendiri
Ridz, thank sb share GIMP tu untuk rakan-rakan, apa pun dapatkan yang terbaik terus dari kamera! Beskal tu ade tp dah runtuh…sampai sekarang kaki masih tak sampai naik beskal jaguar tu
Peace!
aku bab hisap candu tu menarik minat aku untuk terus membaca blog nie..nanti tolong update kesudahan hisap candu nie untuk kesihatan dan umur..
nostalgia…
nice cara penyampaian ijamp!!
terbaik la….hormatilah orang tua dan hargai mereka sementara masih ada.
cool nyer..i like..:)