Merakam gambar ‘baby’ yang baru lahir tidaklah semudah yang disangkakan. Jika merakam gambar sekadar inginkan gambar, mungkin mudah. Tetapi jika rakan-rakan ingin merakam gambar seperti yang anda mahukan, cantik, beremosi dan berkualiti banyak persediaan pelu dibuat.

Kita perlu rancang terlebih dahulu. Apa barangan yang ingin kita gunakan (kain,tuala, bakul,dll), jenis gambar yang kita mahukan, jenis lensa yang ingin digunakan, tripod dan peralatan yang sesuai.

Di bawah ini adalah gambar-gambar Baby Alya yang saya rakam menggunakan cahaya sedia ada pada jam 11 pagi-2 petang.

Gambar di atas saya gunakan tudung makanan (tudung saji) yang diperbuat daripada buluh/rotan. Lapikkan dengan tuala yang lembut sebelum subjek diletakkan di dalam tudung saji yang di terbalikkan. Dalam setup di atas, saya letakkan sekuntum bunga ros yang baru dibeli oleh ayah Alya untuk photoshot ni :)

Pastikan anda shot sampai subjek melihat pada kamera (jika boleh) :) . Shot,shot dan shot.

Jangan lupa untuk rakamkan gambar kaki, tangan atau telinga subjek. Ini penting untuk menunjukkan sifat ‘baby’ itu sendiri. Kecil, lembut dan comel. Nice!

Untuk gambar di bawah ini, rakan-rakan tak digalakkan membuat shot ini. Jika anda hendak buat shot di atas rumput, pastikan rumput itu sudah dibersihkan dan jauh dari serangga seperti semut atau kumbang. Paling penting anda haruslah mendapat persetujuan ayah atau ibu kepada subjek.

Untuk shot di atas rumput ini, cukup hanya meletakkan baby dalam 10 saat. Shot laju-laju!…dan angkat cepat-cepat dan laju-laju, nanti gatal… :)

Inilah gambar penuh Baby Alya di dalam tudung saji. Tudung saji ini diletakkan di atas baldi. Saya taburkan kelopak ros merah untuk menambahkan lagi dekorasi. Jika anda dapat merakam subjek sedang senyum, itu adalah satu bonus. Untuk mendapatkan bonus seperti ini, kita perlu sentiasa shot dan berkomunikasi dengan baby walaupun mungkin dia tidak faham apa yang kita cakapkan :) Janji mahu dapatkan yang terbaik.

Semua gambar-gambar di atas dirakam menggunakan cahaya sedia ada. Pantulkan cahaya jika perlu. Untuk gambar di atas, Papa Alya yang membantu memegang alat pemantul cahaya. Anda boleh gunakan apa-apa sahaja yang boleh memantulkan cahaya. Saya gunakan penebat haba kereta untuk memantulkan cahaya dalam gambar di atas.

Gambar-gambar di bawah ini, semuanya saya gunakan kain baldu hitam sebagai latar belakang.

Untuk gambar-gambar Baby Alya Arissa di atas ini, saya menggunakan satu flash sebagai cahaya tambahan. Untuk potret, saya lebih suka gunakan lensa 50mm. Sebab untuk shot potret tak perlukan banyak pergerakan yang pantas dan bermacam-macam situasi, 50mm cukup untuk saya.
Saya gunakan kain baldu hitam untuk dijadikan latar belakang supaya gambar lebih bersih. Untuk mendapatkan idea, saya banyak melihat gambar potret bayi dalam buku dan gambar di internet sebelum ke lokasi. Jadi tidaklah pening sangat memikirkan idea yang ingin dibuat. Sebab itulah perancangan amat penting.
Ok…GO!!! :)