Belalang mentadak atau cakap orang putihnya ‘praying mantis’ memang mudah kita lihat di daun-daun pokok. Kerjanya suka makan daun, semut, kumbang-kumbang halus, Ding Dang dan keropok Kam Kam. Belalang mentadak ni senang melatah. Pantang dicucuk pinggangnya, pasti dia melompat.

Kacau sikit je dah kembang kepaknya :) …’Mentadak mentadu, macam-mana engkau tidur”…orang tua-tua ajar saya ayat ni. Katanya jika terjumpa belalang mentadak, cakap ayat tu nanti dia akan menari! :) :) :)

Saya ‘try’ tapi dai tak manari pun, dia lari je!

Tapi yang saya nak kongsi hari ni, lain sikit. Mentadak bukit agaknya. Warna badannya sama dengan warna batu tempat saya jumpa mentadak ini. Bukan seperti biasa bewarna hijau atau coklat.

Mentadak ni memang terlalu-lalu aktif. Lari sana-sini, kanan ke kiri tak mahu dirakam gambarnya. Jadi untuk mendapatkan gambar yang baik, agak sukar. Mungkin dia takut melihat saya bersama kamera. Atau mungkin mentadak ini menyangka saya sedang megacukan senapang gajah untuk membunuhnya :)

Mentadak ni sedang memanjat bukit mengejar semut untuk dimakan. Dia sedang dalam mode berjaga-jaga.

Disebabkan mentadak nii tidak boleh duduk diam, saya menghadapi masalh untuk merakam gambar steady shot. Dia tak mahu senyum langsung. Tak kasi ‘can’.

Gambar di atas ini, mentadak sedang menari sambil memanggil semut untuk dijadikan makanannya.

Ooh…ini macam kepala ular, pepatung…tapi bukan.

Cuba kawan-kawan lihat warna badannya. Sama saja dengan tanah bukit tu. Mulanya saya ingatkan daun kering.

Untuk gambar-gambar di atas, saya gunakan kamera D90 dan Nikkor 60mm micro. Tiada lampu atau flsah digunakan. Secara kebetulan sahaja saya ternampak mentadak ni di atas busut sedang makan tengah hari.

Siapa selalu nampak mentadak jenis ni? Apa namanya ya?

Ok…Go!!! :)