Ikram Ismail adalah seorang Jurugambar Perkahwinan Profesional VVIP dan Selebriti di Malaysia. Beliau mempunyai pengalaman yang luas di dalam bidang fotografi hampir 20 tahun. Antara selebriti terkenal yang menjadi pelanggan beliau untuk fotografi perkawinan seperti Dato Siti Nurhaliza, Erra Fazira, Nora Danish, VVIP kenamaan dan ramai lagi.

Terbaru, Ikram Ismail menjadi jurugambar rasmi untuk majlis perkahwinan pelakon  Ayu Raudhah dengan pemain bola sepak negara Zaquan Adha, di Kedah pada 21 Januari lepas.

Gambar-gambar eksklusif ini khas untuk tatapan anda daripada Ikram Ismail. Gambar perkahwinan Ayu Raudhah dan Zaquan Adha oleh Ikram Ismail.

Tentu anda berminat untuk mengetahui bagaimana Ikram Ismail merakam gambar-gambar perkahwinan yang menarik ini!

Seperti yang telah saya beritahu bulan lepas, Ikram Ismail telah sudi melapangkan masa dan akan bersama-sama kita dalam siri J.O.M edisi khas pada 26 Februari 2011 ini.

Kali ini, Ikram Ismail akan berkongsikan pengalaman dan ilmu asas penting fotografi perkawninan kepada semua peserta.

Antara tajuk-tajuk yang akan beliau kongsikan:

*Apa itu fotografi perkahwinan Melayu.

*Slide gambar-gambar Perkahwinan Melayu oleh Ikram Ismail.

*Ikram Ismail akan berkongsikan peralatan-peralatan fotografi perlu ada untuk fotografi perkahwinan.

*Rahsia mendapat gaya-gaya pose yang menarik, tidak kaku dan profesional.

*Rahsia penyusunan ‘story album perkahwinan eksklusif’ yang bercerita.

*Ikram Ismail akan tunjukkan kepada peserta contoh-contoh ‘story album perkahwinan’ yang menjadi pilihan pelanggan VVIP dan selebriti.

*…rahsia untuk terus mendapatkan pelanggan yang berkualiti, apa gambar yang perlu dirakam dan banyak lagi akan dikongsikan oleh beliau nanti.

*Eksklusif; soalan-soalan peserta akan dijawab terus oleh Ikram Ismail dalam sesi soal jawab selama lebih kurang 1 jam.

Sesi perkongsian ilmu ini dibuat secara santai supaya anda tidak segan untuk bertanya dan seterusnya mendapat manfaat daripada apa yang anda ingin ketahui.

Bayaran: RM100 seorang (termasuk makan+minum, bilik berhawa dingin, t-shirt edisi khas 100% cotton)

Tarikh : Sabtu 26 Februari 2011.

Masa : 10 pagi – 3 petang. (pandaftaran bermula jam 9.30 pagi)

Lokasi: Auditorium A, Fakulti Kejuruteraan UIA, Gombak (jika ada perubahan akan diberitahu)

*Peserta adalah terhad bagi memastikan keselesaan peserta.

Cara-cara ntuk mendaftar:

1. Bank in RM100 ke akaun Maybank UFO Ent. Nombor akaun 507134240756

**Tarikh tutup pendaftaran 20 Februari 2011.


Anda perlu rebut peluang yang sukar diperolehi ini. Anda perlu cepat kerana tempat adalah terhad!

Terima kasih semua.

…GO!!! :)

 

Satu hari bersama Ikram Ismail.

Penyertaan sudah DITUTUP:
Kepada anda yang meminati fotografi khusus Perkahwinan Melayu, mungkin ramai yang sudah mengenali atau mendengar nama Ikram Ismail. Ikram Ismail adalah antara nama yang menjadi pilihan dikalangan VVIP dan selebriti untuk perkhidmatan fotografi perkahwinan Melayu yang eksklusif.

Tentu ada sebabnya Ikram Ismail menjadi pilihan golongan pelanggan elit. Pasti anda semua yang meminati fotografi perkahwinan, ingin tahu rahsianya daripada Ikram Ismail sendiri.

InsyaAllah, Ikram Ismail akan bersama dalam Siri J.O.M edisi khas pada 26 Februari 2011, Sabtu. Banyak perkongsian ilmu yang akan diberikan oleh beliau. Antaranya hasil kerja fotografi perkahwinan beliau, contoh-contoh album eksklusif, rahsia untuk terus mendapatkan pelanggan yang berkualiti, cara penyusunan ‘story album’ perkahwinan, apa gambar yang perlu dirakam dan terlalu banyak lagi akan dikongsikan oleh beliau nanti.

Semua ini akan disampaikan secara santai dan terus bersama anda! Segala pertanyaan anda tentang fotografi perkahwinan akan dijawab secara terus oleh Ikram Ismail sendiri.

Seminar secara santai ini akan diadakaan di kawasan tertutup. Ini untuk memastikan kita semua selesa dan dapat berkomunikasi dengan baik bersama Ikram Ismail. Apa yang penting, kita dapat perolehi ilmu yang ingin disampaikan oleh Ikram Ismail nanti :)

Kali ini, Ikram Ismail akan berkongsikan pengalaman dan ilmu asas penting fotografi perkawninan kepada semua peserta.

Antara perkara yang akan Ikram Ismail kongsikan:

*Apa itu fotografi perkahwinan Melayu.

*Slide gambar-gambar Perkahwinan Melayu oleh Ikram Ismail.

*Ikram Ismail akan berkongsikan peralatan-peralatan fotografi perlu ada untuk fotografi perkahwinan.

*Rahsia mendapat gaya-gaya pose yang menarik, tidak kaku dan profesional.

*Rahsia penyusunan ‘story album perkahwinan eksklusif’ yang bercerita.

*Ikram Ismail akan tunjukkan kepada peserta contoh-contoh ‘story album perkahwinan’ yang menjadi pilihan pelanggan VVIP dan selebriti.

*…rahsia untuk terus mendapatkan pelanggan yang berkualiti, apa gambar yang perlu dirakam dan banyak lagi akan dikongsikan oleh beliau nanti.

*Eksklusif; soalan-soalan peserta akan dijawab terus oleh Ikram Ismail dalam sesi soal jawab selama lebih kurang 1 jam.

Sesi perkongsian ilmu ini dibuat secara santai supaya anda tidak segan untuk bertanya dan seterusnya mendapat manfaat daripada apa yang anda ingin ketahui.


Anda perlu rebut peluang yang sukar diperolehi ini. Anda perlu cepat kerana tempat adalah terhad!

Terima kasih semua.

…GO!!! :)

**Sila kongsikan bersama rakan-rakan anda yang lain di Facebook dengan menekan butang ‘Share’ yang bewarna biru di atas. Terima kasih semua :)

‘Lock’ kalendar anda pada 26 Februari 2011!  :)

…GO!!! :)


 

Kepada kawan-kawan yang meminati Wedding Photography di Malaysia tentunya tidak asing dengan nama seorang Jurugambar Perkahwinan Profesional Malaysia, Ikram Ismail.

ikramismail

Kepada kawan-kawan yang mempunyai masa, boleh menyaksikan rancangan khas bersama Ikram Ismail esok , 12-Jun di TV9. Masanya jam 11.30 pagi dalam rancangan i-Glam.

Tentunya banyak input yang akan dikongsikan oleh Ikram Ismail tentang ‘wedding photography’ dalam rancangan ini.

Kepada kawan-kawan lain yang tidak berkesempatan, anda juga boleh ke http://www.tv9.com.my dan masuk bahagian ‘Catch Up All’, pilih ‘ i-Glam’. Perlu daftar dahulu dan log in. Di sini anda boleh tonton secara online.

…ok…GO!!! :)

 

Siapa kata ‘fotografi’ sesuatu yang mudah?

Mungkin ramai yang keliru dengan tajuk. Maknanya jika kita dah rasa diri bagus, fotografi dah hebat maknanya lagi banyak yang perlu kita pelajari. Kalau kawan-kawan nak tahu, ramai pakar-pakar yang hebat dalam bidang masing-masing masih terus belajar dan menambah ilmu.

Jika kita ingin melihat tahap mana ‘fotografi’ diri kita, kita perlu bezakan dengan orang-orang yang jauh lebih lama berjaya dalam industri. Kita ada ramai pakar di Malaysia. Jika kita bezakan hasil gambar kita dengan kawan-kawan yang sama dengan kita, itu tidak adil.

Silap haribulan, kita yang bangga diri dan syok sendiri, tak ke mana.

Hendak belajar kita perlu cari. Ilmu tidak datang jika kita duduk diam-diam. Betul tak?

Bustamam MokhtarIkram Ismail dan Hasnuddin Abu Samah antara mereka yang pakar dalam bidang masing-masing. Mereka ini antara jurugambar-jurugambar di Malaysia yang anda perlu tahu. Ada ramai lagi di luar sana. Jika anda terjumpa mereka di pusat membeli-belah atau di mana saja, tegur dan sapa mereka ini. Dapat kenal, anda tak rugi.

Saya pesan kepada diri saya dan kawan-kawan pembaca blog saya:

“Kita jumpa yang pakar dalam industri, bezakan dan lihat hasil kerja fotografi mereka dengan apa yang kita ada”…barulah kita tahu betapa tingginya langgit di luar sana.

Jika kita hanya duduk di bawah tempurung, tidak tahu perkembangan di luar sana, kita tidak akan berkembang.

Kita sebagai orang baru, tiada untungnya jika cepat melatah mendabik dada dengan pujian yang diterima. Nanti diri sendiri yang rugi. Jangan syok sendiri.

Kita perlu ingat, orang yang sudah pakar pun masih belajar.

Nota ringkas untuk hari ini…saya harap kita belajar sesuatu. Senyum selalu!

Ok…GO!!! :)

 

Fotografi sudah terlalu lama bertapak di Malaysia. Sejak saya dan mungkin anda juga belum dilahirkan. Masa dahulu, fotografi adalah menggunakan filem. Masih ingat lagi saya pada zaman kamera filem dulu. Nak beli filem pun kongsi duit ramai-ramai. Ada filem 24 dan 36 untuk format 35mm. Pada masa tu siapa yang faham trick pasang filem ni dapatlah gambar 40 keping untuk filem 36 tu.

Ok kita tinggal bab tu, nanti panjang cerita pula :)

Kata orang tak ada yang lama maka tiadalah yang baru, betul tak?

Hari ini saya nak berkongsikan informasi tentang seorang jurugambar profesional yang sememangnya sudah otai di Malaysia. Pernah berkhidmat bersama Filem Negara Malaysia selama lebih 30 tahun dan beliau merupakan antara perintis teknologi fotografi di Malaysia. Beliau adalah Pakcik Ismail bin Kulop.

Semasa di Filem Negara, Pakcik Ismail bertugas di bahagian ‘grading film’, ini zaman filem punya cerita. Beliau mendapat latihan fotografi di Australia. Apa yang dipelajari di sana, diaplikasikan pula di Malaysia. Banyak ilmu-ilmu fotografi yang telah diperolehi oleh Pakcik Ismail dari Australia.

Beliau menjelaskan, jurugambar-jurugambar dari Australia amat kagum dengan Jurugambar Malaya (pada masa itu). Sebabnya di Malaya, jurugambar membuat semua proses untuk filem. Tetapi di Australia, mereka hanya membuat bidang penghususan masing-masing sahaja. Kira ‘champion’ la kan? :)

Pakcik Ismail menceritakan kepada saya betapa sukarnya zaman dahulu untuk merakam gambar. Sekali silap memang tak dapat hasilnya. Lampu pun pada masa dulu menggunakan jenis ‘bulp’. Sekali petik butang shutter, sekali mentol ‘bulp’ terbakar (sekali guna untuk satu gambar). Cuba kita bayangkan bagaimana jika merakam saat penting setelah dicuci filemnya tiada gambar atau gambarnya rosak. Apa nak buat ye?

Sebabnya filem perlu dicuci sebelum boleh melihat hasilnya. Kalau tak ‘champion’ tentang fotografi dan cahaya, sudah pasti semua hasilnya tak tentu menjadi. Sekarang lain, semua sudah terlalu mudah dengan kecanggihan teknologi.

Pakcik Ismail menceritakan disekitar tahun 1940an, hanya beliau seoarang yang anak Melayu yang membuat perkhidmatan jurugambar perkahwinan di kawasan beliau. Sebabnya dahulu tidak ramai yang mampu memiliki kamera. Mahal dan untuk belajar juga agak sukar. Kosnya pun tinggi untuk mencuci filem.

Gambar Pakcik Ismail yang masih handsome. Beliau memang sporting. Mata beliau masih boleh nampak dengan jelas walaupun sudah menjangkau umur 80an. Tiada masalah besar dalam kesihatan.

Hasil-hasil karya Pakcik Ismail banyak disimpan oleh Filem Negara (sebagai Arkib Negara). Inilah baru kita ‘otai’ :)

Sekarang bukan lagi masa Pakcik Ismail untuk berkarya. Zaman itu sudah berlalu. Kita doakan Pakcik Ismail sentiasa sihat sejahtera. Terima kasih yang tak terkira saya ucapkan kepada Pakcik Ismail kerana sudi melayan soalan-soalan saya untuk di kongsi bersama kawan-kawan semua.

Ingat ya, ‘ tiada yang lama, maka tiadalah yang baru’. Kita hormatilah orang-orang yang lebih lama dari kita.

Ok…GO!!! :)

*Yang ini kucing Pakcik Ismail. Namanya Cicak, panggilannya pula Ayam, realitinya adalah seekor kucing :)

 

Ramai rakan-rakan yang bertanya bagaimana nak mendapatkan awan yang biru dalam shot waktu tengah hari. Hari ini saya akan berkongsi tip untuk mendapatkan awan yang biru supaya tidak menjadi putih (over exposure) dalam gambar yang anda rakam.

Mudah saja kawan-kawan. Sebagai satu contoh, pada waktu tengah hari cahaya yang cerah anda perlu menggunakan shutter yang laju seperti 250-500 (sebagai contoh). Ini supaya anda dapat merakam awan yang sedia ada bewarna biru tetap biru di dalam gambar yang dirakam.

Jika menggunakan shutter yang laju, biasanya anda akan menghadapi lagi satu masalah. Masalah subjek akan menjadi gelap. Mudah saja untuk mengatasi masalah seperti ini. ‘On’ kan flash kamera anda dan masalah subjek gelap akan selesai! Dengan menggunakan shutter yang laju (untuk mendapatkan awan biru) dan ‘on’kan flash (untuk mencerahkan subjek), masalah anda tadi akan selesai.

Sekarang anda sudah tahu untuk mendapatkan awan biru dan subjek tidak gelap dalam shot tengah hari yang cerah.

Sila lihat gambar di bawah ini. Awannya biru dan subjeknya cerah. Caranya sama seperti yang saya jelaskan di atas. Gambar ini dirakam oleh Jurugambar Profesional Affandi Abd. Hamid. Lokasinya di Omadal Island Sabah, Sea Gypsy Bajau Laut yang hidup di atas air.

Untuk gambar di atas, Affandi menggunakan setting berikut:

Shutter 1/500

Aperture f8

ISO 200

Flash SB800.

Terima kasih kepada Affandi Abd. Hamid yang sudi berkongsi tip kali ini untuk kita semua.

Ok…Affandi Abd. Hamid adalah seorang jurugambar profesional. Sebagai jurugambar profesional yang sentiasa sibuk dengan tugasan merakam gambar di tempat-tempat yang menarik, Affandi tidak pernah ‘enjoi’ dengan lokasi yang dirakamkannya walaupun lokasi itu amat menarik! Sebabnya, setiap kali Affandi merakam sesuatu tempat untuk pelanggan, selepas selesai tugasan beliau akan terus pulang bagi menyiapkan tugasannya. Jadi tak dapatlah nak ‘enjoi’.

Kali ini Cik Affandi kita ingin bercuti bersama MAS. Beliau telah menyertai pertandingan MAS, Saya Nak Cuti! Untuk melayakkan Cik Affandi memenangi percutian pilihannya ke Pulau Sipadan Sabah, apa kata kita sama-sama bantu menggundi untuk Affandi Abd. Hamid!

Click saja link di bawah ini untuk mengundi beliau.

http://mastraveller.com/SayaNakCuti/Profil/6056/

Jika anda bantu mengundi, nanti Cik Affandi akan beri lagi tips banyak-banyak -banyak untuk kita semua. :) :) :)

Jom undi Affandi Abd. Hamid!

Ok…1,2,3…GO!!! :)

Selamat bercuti semua. Hati-hati semasa memandu.

 

Kejayaan Fotoinspirasi.

Seminar Fotoinspirasi telah pun berjaya diadakan dan berjalan dengan baik sekali. Sambutan yang diterima amat mengalakkan dari peserta dan juga golongan profesional.

Terima kasih saya ucapkan kepada Fototeacher.com kerana memberi lagi peluang untuk terlibat sama dalam menjayakan Fotoinspirasi.

Apa yang pasti, dari temubual yang saya lakukan, kebanyakan peserta mahukan program seperti ini diadakan lagi dengan menjemput lebih ramai Jurugambar Profesional Malaysia untuk berkongsi ilmu.

Ini adalah sedikit gambar-gambar yang sempat saya rakamkan.

Hasnuddin dan Gua

Penggerak utama Fotoinspirasi, Hasnuddin Abu Samah.

PRO

4 orang Jurugambar Profesional Tersohor di Malaysia bergabung berkongsi ilmu. Bustamam, Din Arshad, Shamshahrin dan Ikram Ismail.

cikdin

grouppro

Tetamu VIP.

ikramteam

off

modeljinak1

fb17

Bustamam bersama modelnya yang superb tinggi!

fb11

Tinggikan model itu!. :)

teamikram

fb61

Ikram Ismail memberi penerangan tentang Fotografi Perkahwinan. Fotografi perkahwinan paling banyak menerima soalan dari peserta :)

ukur

Wah!!! Nama-nama hebat di dalam industri! Bustamam, Din Arshad, Hasnuddin, Bazuki,Shamshahrin, Ikram Ismail dan Encik Kahar.

vvip

Tetamu VIP.

bersamabustamam

Para peserta.

manggis

participant1

participant2

participant

part1

part2

part3

11

Antara gadis-gadis litar yang terlibat; bergambar bersama orang kuat Fotoisnpirasi, Cik Azida :)

xibition

fb14

ijam

…dan inilah saya yang sudah agak penat :)


 

Tentunya ramai yang sudah tahu siapa Hasnuddin Abu Samah :)
Hasnuddin merupakan salah seorang Jurugambar Perkahwinan Profesional di kalangan VVIP dan selebriti. Beliau juga merupakan pengasas Adan yang memberikan perkhidmatan khusus yang bermutu tinggi dalam fotografi, videografi dan audio visual perkahwinan.

Nama Adan sudah tidak perlu diperkenalkan lagi bagi penggemar fotografi perkahwinan. Hinggakan ada juga memanggil Hasnuddin dengan nama Adan :)

Ini adalah sedikit gambar rakaman dari Hasnuddin sendiri. Untuk melihat hasil karya Hasnuddin anda boleh lawati ADAN.

adan4 adan adan3 adan6

Memandangkan terlalu ramai yang bertanyakan kamera apa yang bagus,  kamera apa yang patut dibeli,  kamera apa yang sesuai untuk ‘beginner’, saya mengambil kesempatan untuk merakamkan tip dan nasihat dari Hasnuddin.

Tip kali ini diberikan khas oleh Hasnuddin Abu Samah untuk mereka yang memerlukan panduan dalam memilih kamera.

 

 

Di harap dengan sedikit panduan ini, akan dapat membantu penggemar fotografi yang masih tercari-cari kamera yang sesuai untuk dibeli :)

Terima kasih sekali lagi kepada Hasnuddin Abu Samah dengan perkongsian ini.

 

ikramismail
Ikram Ismail adalah salah seorang Jurugambar Perkahwinan pilihan selebriti di Malaysia. Antaranya adalah Siti Nurhaliza & Dato K, Aleeza Kassim, Erra Fazira, Intan Sarafina dan ramai lagi.

Ikram Ismail memulakan karier sebagai jurugambar bermula pada tahun 1991 di Corporate Ideas. Selepas itu Ikram Ismail bekerja di Berita Publishing sehingga tahun 2006.

Ikram Ismail memulakan perniagaan sendiri pada tahun 2006 dengan menubuhkan Ikram Ismail Photography. Untuk melihat hasil karya Ikram Ismail, anda boleh lawati Ikramismail.net.

aleezakassim1
erra
studio

Dalam fotografi perkahwinan, Ikram Ismail menekankan tentang pentingnya ‘Story Album’ untuk pelanggan.

Terima kasih tak terhingga kepada Ikram Ismail kerana sudi meluangkan masa berkongsikan tip ini kepada semua. Tip ‘Story Album’ ini adalah untuk semua peminat fotografi perkahwinan :)

Video di bawah dirakamkan di Studio Ikram Ismail.

 

Saya berkesempatan berjumpa saudara Din Arshad minggu lepas. Walaupun hanya berjumpa di Lot 10, tetapi ilmu, pengalaman, cadangan dan cerita yang beliau kongsikan amat tinggi nilainya. Dalam masa 2 jam berbincang, terasa 2 minit sahaja :)

Saya sempat meminta pandangan dan nasihat dari Din Arshad untuk peminat fotografi semua. Anda semua boleh lihat sedikit rakaman ‘amatur’ dari saya tentang penekanan asas dalam fotografi oleh Din Arshad.

Di sini saya kongsikan sedikit latar belakang tentang Din Arshad.

Din Arshad adalah salah seorang Jurugambar Profesional Malaysia yang telah berjaya dalam industri fotografi pengiklanan (Advertising). Din Arshad juga adalah pemilik Dinarshad & Associates Sdn. Bhd.

Beliau sudah berada di dalam industri ini lebih kurang 30 tahun. Sememangya satu tempoh yang lama dan pastinya pengalaman Din Arshad amat amat luas sekali.

Antara pelanggan yang mendapat sentuhan Din Arshad adalah Malaysian Airlines, Tourism Malaysia, Malaysian Philharmonic Orchestra, Makkah Hilton, Esso Malaysia dan banyak lagi.

Untuk melihat laman web beliau anda boleh ke sini. Lihat sahaja senarai nama pelanggan Din Arshad, sudah dapat kita bayangkan beliau adalah seorang yang betul-betul komited dalam industri.

Terima kasih tak terhingga kepada Cik Din dan isteri yang sudi meluangkan masa untuk berjumpa :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Kedai kamera online

ShaShinKi.com - Malaysia's Online Camera Shop!

Fanpage Noorizam Sabran.

© 2010 Tips Asas Fotografi