Warna; satu elemen seni yang menarik.

Di dalam fotografi, warna juga kadang-kala memainkan peranan penting untuk menjadikan sesuatu gambar itu menarik. Gambar-gambar kobis di bawah ini bukan sahaja menarik disebabkan warna. Elemen lain seperti elemen jalinan, pengulangan dan garisan juga memainkan peranan penting bagi membuatkan gambar-gambar ini menjadi menarik.

Gambar di bawah dikuatkan dengan elemen jalinan/corak (pattern) dan beberapa tona warna hijau dalam prinsip seni (hue of color).

Jika kita faham tentang komposisi dan faham tentang ‘art of seeing’, adalah lebih mudah untuk kita merakam gambar-gambar yang menarik. Terlalu banyak subjek di sekeliling kita yang pada zahirnya biasa, dengan memahami teknik melihat, kita dapat merakam sesuatu subjek itu menjadi lebih menarik.

Cuba bayangkan jika kita tidak dapat melihat! ‘Bersyukur kita dengan nikmat melihat dari-NYA’!

Senyum selalu! :)

 

Fotografi baby bukan mudah

Merakam gambar bayi yang masih kecil bukanlah perkara yang mudah. Anda yang  biasa melakukannya pasti tahu cabaran yang akan dihadapi.

Diantara cabaran utama seperti baby tak mahu duduk diam, sentiasa menangis, ‘nature call’ dan 101 lagi cabarannya. Macam memancing ikan ke laut, kadang-kala ada hasil tangkapan yang banyak, selalu juga tidak mendapat hasil seperti yang diimpikan.

Walaubagaimanapun, apa cabaran pun, gambar tetap perlu dihasilkan. Kali ni 1 gambar sahaja saya kongsikan :)

Lain kali kita cuba lagi ok :)

…GO!!! :)

—————————————————————————————————————————

 

Fotografi bersama Ustaz Azhar Idrus.

Tentu ramai kenal dengan nama Ustaz Azhar Idrus. Ustaz Azhar Idrus merupakan seorang ustaz yang mendapat ‘ranking’ paling tinggi dicarian internet. Beliau juga merupakan peminat fotografi dan kamera.

Satu sesi outing fotografi bersama Ustaz Azhar Idrus akan dibuat di Pulau Pangkor pada 19 Februari 2012 ini.
Kepada semua kawan-kawan pembaca yang berminat, anda boleh turut serta dalam aktiviti ini.

Jika kawan-kawan ada sebarang pertanyaan dan ingin membuat tempahan tentang outing fotografi bersama Ustaz Azhar, anda dialu-alukan untuk menghubungi JKK Sutun Celup Tepong:
Haji Keon (013-932 1480), Roshairi (013-594 0963), ShahRrizan (012-526 5354) ataupun Haji Fawi (012-506 1416).

Mari kita naik feri ke Pulau Pangkor outing fotografi bersama bersama Ustaz Azhar Idrus! :)

…GO!!! :)

———————————————————————————————————————–

IKLAN:

 

*Penyertaan sudah ditutup.

Terima kasih semua :)

Hari ini genap 4 tahun blog NoorizamSabran dot com bersama kita semua. Terima kasih tak terhingga saya ucapkan kepada kawan-kawan pembaca semua yang sentiasa memberikan sokongan :)

Aktiviti J.O.M saya sambung kembali untuk tahun 2012! Untuk permulaan saya mula di Penang dengan aktiviti Fotografi Slow Shutter Speed (SSS).

Kawan-kawan yang berada di Penang dan berminat dengan fotografi Slow Shutter Speed boleh turut serta.
Penyertaan TERHAD sebab saya buat seorang diri sahaja.

Tak perlu bayaran cuma perlu bawa kamera DSLR anda bersama ‘kit lens’ dan tripod sudah cukup bagus. Jika ada ND filter adalah satu kelebihan, minat nak belajar tu yang penting :)

Semoga anda semua sihat dan sentiasa senyum selalu…GO!!! :)

——————————————————————————————————————————

IKLAN:

 

INFO=INformasi FOtografi untuk anda semua!

Gabungan perkataan INformasi dan FOtografi, akan diterbitkan sebuah e-book bertajuk ‘INFO’ yang akan diedarkan secara PERCUMA kepada kawan-kawan semua tidak lama lagi :)

Database untuk memuat turun e-book fotografi PERCUMA ini sedang dibangunkan dan masih di dalam proses untuk menyiapkannya.

Tujuan utama e-book ‘INFO’ diterbitkan adalah untuk berkongsikan informasi-informasi ‘X’ tentang fotografi secara umum yang sesuai kepada kawan-kawan pembaca semua.

Informasi tentang gambar, jurugambar, peralatan fotografi dan sebagainya yang berkaitan dengan fotografi akan dikongsikan mengikut kesesuaian.

Jika kawan-kawan mempunyai cadangan atau idea untuk dimuatkan di dalam e-book ‘INFO’ ini, anda bolehlah email cadangan anda ke info@ufo.my dengan tajuk ‘INFO’. Mungkin idea-idea anda akan banyak membantu kita semua. Betul tak? :)

Nantikan ketibaan e-book fotografi ‘INFO’ secara PERCUMA ini ye :)

Terima kasih semua di atas sokongan yang telah kawan-kawan berikan!

Anda semua memang GO!!! :)

——————————————————————————————————————————–

IKLAN: E-book Pokok Oh Pokok!

 

Kawan-kawan pembaca semua,

…setiap diri kita dianugerahkan dengan kekuatan dan kelebihan masing-masing. Ramai antara kita yang tidak perasan. Diri sendirilah yang perlu mencari dan keluarkan kekuatan itu.

Percayalah pada diri sendiri!… Jadi diri sendiri!

Kita semua ada sesuatu yang telah dianugerahkan untuk menjadi hebat dalam kepakaran masing-masing.

Faktor ‘X’ adalah sesuatu yang paling kuat berada dalam diri kita semua. Kelebihan yang orang lain tiada tetapi kita miliki. Ia amat unik dan berbeza dengan kawan-kawan kita yang lain.

Faktor ‘X’ juga mempunyai nilai-nilai yang positif dan boleh memotivasikan kita untuk terus berjaya.

Di antara contoh-contoh faktor ‘X’:

- Bijak mencari peluang.

- Sentiasa positif untuk berjaya.

- Bekerja dengan bijak dan bersemangat.

- Tidak mudah mengalah.

- Berusaha sehingga tercapai impian.

- Kreatif di dalam melakukan kerja.

- Bercakap benar menggunakan fakta dan logik.

- Bekerja dengan produktif dan banyak lagi nilai-nilai posotif lain.

Jika kita berjaya menggabungkan faktor ‘X’ yang ada di dalam diri kita dengan kepakaran, minat, kelebihan dan kekuatan kita insyaAllah kejayaan akan kita miliki :)
Faktor ‘X’! Ada di dalam diri kita!

GO!!! :)

————————————————————————————————————————————————————————————————–

IKLAN: T-shirt  Faktor ‘X’ 100% cotton

Harga : RM40 RM25 sehelai.

*Harga termasuk kos penghantaran POS LAJU MALAYSIA. Sabah dan Sarawak dikenakan RM5 tambahan.

Saiz:

XS (36inci)

S (38inci),

M (40inci),

L (42inci)

XL (44inci)

XXL (46inci)

XXXL (48inci)

*Ukur lilitan dada.

Warna        : Baju hitam atau putih

Jenis kain : 100% cotton high grade.

Cara-cara untuk membuat tempahan pembelian:

1. Bank in ke akaun Maybank atas nama Ufo Nombor akaun 507134240756

2. Setelah membuat pembayaran; sila email ke info@ufo.my butiran berikut:

- Nama penuh anda:

- Alamat penghantaran:

- Nombor telefon:

- Warna baju:

Design #1 ( baju putih ‘X’ merah)

Design #2 (baju hitam ‘X’ merah)

Design #3 (baju putih ‘X’ grey)

- Saiz baju:

- Jumlah baju:

-Ref. number:

Terima kasih semua yang telah membuat tempahan! Sokongan anda semua amat saya hargai!

*Tempahan ditutup.

**Penghantaran akan dibuat pada 10 Januari 2012.

 

Tentu ada di antara kawan-kawan yang masih baru ataupun kurang biasa dengan mereka letak gambar-gambar ke dalam custom album sebelum di hantar untuk di ‘print’. Penggunaan template membantu mempercepatkan lagi proses membuat reka letak gambar di dalam sesuatu album.

Hari ini saya akan kongsikan kepada kawan-kawan pembaca, template yang disediakan oleh saudara Shamir Adnan yang mungkin dapat membantu anda. Contoh-contoh template untuk anda cuba boleh dimuat turun secara percuma di sini.

Untuk melihat contoh-contoh layout, anda boleh klik di sini.

Template ini boleh dimuat turun secara percuma di CustomAlbum.net.

Video di bawah ini menunjukkan cara mudah untuk kawan-kawan muat turun template yang sudah disediakan oleh saudara Shamir Adnan.

Mudah sajakan! :)

Ok…GO!!! Senyum selalu :)

*Kongsikan bersama kawan-kawan anda yang lain di Facebook dengan menekan butang ’shsre’ di bawah ye. Terima kasih semua :)

 

Kamera Nikon D4 baru akan dilancarkan!

Kemunculan kamera Nikon DSLR terbaru pastinya telah dinantikan sekian lama. Telah banyak khabar angin tersebar di internet tentang model kamera DSLR terbaru dari Nikon; Nikon D4. Model ni bakal menggantikan model Nikon D3s yang dilancarkan pada Oktober 2009. Pasti harganya dalam lingkungan RM15,000-RM16,000 :)

Antara spesifikasi yang di khabar anginkan tentang Nikon D4:

  • 16.2 MP
  • 11 fps
  • 100-102,400 native ISO range, boleh laras ke 50 dan 204,800
  • Boleh guna CF dan XQD memory card ( kad memori baru)
  • Face detection (macam kamera digital kompak dan handphone)
  • Full HD video katanya (1080p/30/25/24)
  • Auto fokus terkini- 51 AF points
  • AF serendah EV-2.0 (D3s hanya EV -1)…dan macam-macam lagi fungsi tambahan.

Model Nikon D4 pastinya dibuat bagi bersaing dengan model daripada Canon; EOS 1Dx.  Ada pihak yang menjangkakan Nikon D4 akan diumumkan di PMA Show di Las Vegas (Januari 10-13, 2012).

Satu lagi kamera ‘gergasi’ bakal berada di pasar pasaran! walau bagiamana pun, ini hanyalah khabar angin. Kita tunggu pelancarannya dari Nikon sendiri :)

*Sumber ini diperoleh daripada blog NR.

Untuk pembelian kamera dan aksesori cara online yang selamat, saya cadangkan kawan-kawan beli di sini:
ShaShinKi.com - Malaysia's Online Camera Shop!

 

Tips membeli peralatan kamera secara online.

ShaShinKi.com - Malaysia's Online Camera Shop!

Pasti masih ramai di antara kawan-kawan yang tidak tahu kita sebenarnya boleh membeli kamera, flash, lensa dan aksesori fotografi lain secara online (melalui internet) dengan selamat. Di antara kedai fotografi online yang popular dan selamat ialah ShaShinKi.com – Malaysia’s Online Camera Shop!.

Hampir 6 tahun saya telah menggunakan perkhidmatan membeli peralatan fotografi secara online, Alhamdulillah semuanya selamat sampai pada hari berikutnya. Nilai barang yang paling tinggi saya pernah beli di kedai online dalam lingkungan RM7000.

Apa kelebihannya? Saya lebih suka membeli secara online kerana lebih menjimatkan masa,jimat minyak, tidak perlu bayar tol, parking dan tidak perlu terperangkap dengan kesesakan lalu lintas. Biasanya keesokan hari produk yang kita beli sudah sampai di depan pintu :)

Tetapi kawan-kawan perlu berhati-hati jika membeli dari sumber yang telah banyak berlakunya penipuan. Apa yang penting pastikan kita tahu siapa yang menjual, kedainya dan produknya wujud.

#Tips membeli produk fotografi secara online.
1. Beli di kedai yang mempunyai reputasi baik seperti di ShaShinKi.com – Malaysia’s Online Camera Shop!
2. Telefon dahulu untuk pastikan produk yang hendak dibeli ada di dalam stok sebelum membuat bayaran.
3. Minta penjual membungkus produk yang anda beli dengan baik; kebiasaannya kedai seperti ShaShinKi.com – Malaysia’s Online Camera Shop! akan memastikan produk yang kita beli dibungkus dengan baik dan selamat.
4. Gunakan pembayaran melalui bank secara online (cash); jika menggunakan kredit kad, pastikan tidak dikenakan kos perkhidmatan , jika tidak harga akan bertambah.
5. Pilih penghantaran menggunakan perkhidmatan yang ada di tempat tinggal anda. Saya pilih Pos Laju. Kosnya lebih murah, selamat dan yang penting rangkaiannya luas.
6. Pastikan alamat penghantaran kita betul supaya produk yang kita beli sampai dengan selamat dan cepat.

Antara kedai fotografi online lain yang boleh dipercayai, kawan-kawan boleh ke Fototeacher Online Shop.

Jika kawan-kawan ingin membeli produk fotografi secara online, cuba elakkan membuat pembayaran menggunakan kad kredit. Takut liat nak membayarnya nanti :)

Senyum selalu…GO!!! :) :) :)

Untuk pembelian secara online yang selamat, saya cadangkan kawan-kawan beli di sini:
ShaShinKi.com - Malaysia's Online Camera Shop!

*Sila kongsikan bersama kawan-kawan anda yang lain dengan klik button share di bawah ini :)

 

Fotografi perkahwinan adalah salah satu cabang fotografi yang amat popular di dunia. Sebenarnya merakam gambar perkahwinan bukanlah perkara yang mudah. Bukan mudah untuk merakam gambar yang boleh membuatkan pelanggan suka.

Fotografi perkahwinan bukan sahaja merakam gambar potret semata-mata. Pelbagai aspek perlu diambil kira.  Ini termasuklah gambar terperinci, persekitaraan,keseluruhan acara dan disiplin diri kita. Di antara perkara-perkara penting yang ramai tidak mengambil berat di dalam fotografi perkahwinan adalah gambar ‘detail’ atau terperinci.

Mengapa gambar-gambar seperti ini penting? Ini kerana, pelanggan kita sudah memperuntukkan sejumlah wang untuk sesuatu benda itu. Jika kita merakamkan gambar-gambar ini, pastinya pelanggan kita akan rasa dihargai dan gembira. Apakah gambar-gambar terperinci? Di antaranya termasuklah gambar hantaran, cincin, cenderahati/bunga telur, pelamin,meja makan, makanan dan pelbagai aksesori lain.

Di bawah ini sedikit contoh-contoh gambar yang dirakam oleh saudara Ikram Ismail.

Di harap perkongsian ini dapat memberikan sedikit sebanyak pendedahan tentang pentingnya gambar terperinci di dalam fotografi perkahwinan.

Senyum selalu…GO!!! :)

Untuk sesi Rahsia Fotografi Perkahwinan Melayu, anda boleh klik di sini.

————————————————————————————————————————–

Rahsia Fotografi Perkahwinan Melayu, klik di sini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Kedai kamera online

ShaShinKi.com - Malaysia's Online Camera Shop!

Beli domain dan hosting?

Fanpage Noorizam Sabran.

© 2010 Tips Asas Fotografi