Nikon D800 (FX) telah pun dilancarkan pada 7 Februari 2012. Sedikit masa lagi akan mucul di pasaran Malaysia. Harganya mugkin di dalam lingkungan RM10,000 :)

 

Saiz badanyan juga lebih kecil jika di bandingkan dengan Nikon Model D700 sebelum ini.

Perbezaan di antara Nikon D800 dan Nikon D700:

  • 36.3MP CMOS sensor (D700 12.1MP)
  • 15.3MP jika menggunakan format DX (D700 5MP)
  • 51-point AF system with 15 cross-type sensors, rated to -2EV* (compared to -1EV)
  • ISO 100-6400 extendable to ISO 25,600 equiv (sama seperti D700)
  • 1080p video pada 30, 25 or 24 frames per second, up to 24Mbps, with uncompressed HDMI output and audio monitoring options*
  • 3.2″, 921,000 dot LCD with anti-fog layer* (D700 3in, 921k-dot)
  • Maksima 4fps continuous shooting dalam FX mode, 6fps dalam DX mode** (compared to 8fps in FX mode)
  • Advanced Scene Recognition System with 91,000 pixel metering sensor* (compared to 1005-pixel)
  • ‘Expeed 3′ Image Processing*
…banyak lagi perbezaan dan penambahan telah dilakukan pada model D800 ini.
Mari kita lihat gambar-gambar body Nikon D800 ini.

 

Body Nikon D800 ini dikatakan lebih kecil daripada Nikon D700.

Paparan LCD bersaiz 3.2″, 921,000 dot beserta anti-kabus.

Dua kad memori jenis CF dan SD boleh digunakan.

Gambar penuh Nikon D800 bersama grip bateri.

Jika kawan-kawan berminat nak dapatkan Nikon D800 lebih awal daripada pengguna yang lain, tempahan boleh dibuat di ShaShinKi.com – Malaysia’s Online Camera Shop!

Terima  kasih semua :)

Untuk spesifikasi Nikon D4, baca di sini.

*Gambar-gambar di atas diambil daripada internet.

ShaShinKi.com - Malaysia's Online Camera Shop!

 

Fotografi bersama Ustaz Azhar Idrus (UAI)

Entry Outing fotografi bersama Ustaz Azhar Idrus ini saya masukkan semula setelah hilang hampir 1 bulan. Kawan-kawan yang belum sempat mendownload gambar berkumpulan di bawah boleh save di dalam komputer anda ye. Takut-takut nanti hilang lagi blog ni :)

Sesi outing fotografi bersama Ustaz Azhar Idrus di Pulau Pangkor ini telah selamat diadakan pada 19 Februari 2012. Alhamdulillah memang diluar jangkaan sambutannya. Terima kasih kepada Haji Fawi Amin dan JKK Sotong Celup Tepung  yang telah menjayakan outing ini.

Ramai teruja untuk bersama-sama  ’outing’ dengan seorang ustaz yang juga meminati fotografi; Ustaz Azhar Idrus. Ustaz Azhar Idrus memang bijak mengambil hati golongan muda-mudi :)

Kawan-kawan juga boleh mendengar dan melihat video tentang fotografi oleh Ustaz Azhar Idrus. Mudah-mudahan bermanfaat untuk kita semua :)

Untuk melihat video-video tentang nasihat fotografi yang dikongsikan oleh Ustaz Azhar Idrus, anda boleh klik di SINI dan di SINI. 

Gambar ini oleh Khairul.

Kredit pada Haji Fawi Amin untuk gambar bersama Ustaz Azhar Idrus ni :)

Terima kasih semua, insyaAllah ada rezeki kita jumpa lagi :)

Kawan-kawan boleh ke blog fotografi Ustaz Azhar Idrus untuk melihat gambar-gambar yang dirakam oleh beliau di SINI.

Video tentang fotografi yang di kongsikan oleh Ustaz Azhar Idrus (UAI), klik di SINI.

Blog Ustaz Azhar Idrus baca di SINI.

 

 

 

Fotografi Newborn Noorizam Sabran

Untuk perkhidmatan fotografi newborn baby, anda boleh email ke info@ufo.my.

Terima kasih semua.

…senyum selalu :)

Sila kongsikan jika anda suka :)

 

 

Warna; satu elemen seni yang menarik.

Di dalam fotografi, warna juga kadang-kala memainkan peranan penting untuk menjadikan sesuatu gambar itu menarik. Gambar-gambar kobis di bawah ini bukan sahaja menarik disebabkan warna. Elemen lain seperti elemen jalinan, pengulangan dan garisan juga memainkan peranan penting bagi membuatkan gambar-gambar ini menjadi menarik.

Gambar di bawah dikuatkan dengan elemen jalinan/corak (pattern) dan beberapa tona warna hijau dalam prinsip seni (hue of color).

Jika kita faham tentang komposisi dan faham tentang ‘art of seeing’, adalah lebih mudah untuk kita merakam gambar-gambar yang menarik. Terlalu banyak subjek di sekeliling kita yang pada zahirnya biasa, dengan memahami teknik melihat, kita dapat merakam sesuatu subjek itu menjadi lebih menarik.

Cuba bayangkan jika kita tidak dapat melihat! ‘Bersyukur kita dengan nikmat melihat dari-NYA’!

Senyum selalu! :)

 

Fotografi baby bukan mudah

Merakam gambar bayi yang masih kecil bukanlah perkara yang mudah. Anda yang  biasa melakukannya pasti tahu cabaran yang akan dihadapi.

Diantara cabaran utama seperti baby tak mahu duduk diam, sentiasa menangis, ‘nature call’ dan 101 lagi cabarannya. Macam memancing ikan ke laut, kadang-kala ada hasil tangkapan yang banyak, selalu juga tidak mendapat hasil seperti yang diimpikan.

Walaubagaimanapun, apa cabaran pun, gambar tetap perlu dihasilkan. Kali ni 1 gambar sahaja saya kongsikan :)

Lain kali kita cuba lagi ok :)

…GO!!! :)

—————————————————————————————————————————

 

Fotografi bersama Ustaz Azhar Idrus.

*Update gambar-gambar outing Fotografi bersama Ustaz Azhar Idrus, klik di SINI.

Tentu ramai kenal dengan nama Ustaz Azhar Idrus. Ustaz Azhar Idrus merupakan seorang ustaz yang mendapat ‘ranking’ paling tinggi dicarian internet. Beliau juga merupakan peminat fotografi dan kamera.

Satu sesi outing fotografi bersama Ustaz Azhar Idrus akan dibuat di Pulau Pangkor pada 19 Februari 2012 ini.
Kepada semua kawan-kawan pembaca yang berminat, anda boleh turut serta dalam aktiviti ini.

Jika kawan-kawan ada sebarang pertanyaan dan ingin membuat tempahan tentang outing fotografi bersama Ustaz Azhar, anda dialu-alukan untuk menghubungi JKK Sutun Celup Tepong:
Haji Keon (013-932 1480), Roshairi (013-594 0963), ShahRrizan (012-526 5354) ataupun Haji Fawi (012-506 1416).

Mari kita naik feri ke Pulau Pangkor outing fotografi bersama bersama Ustaz Azhar Idrus! :)

…GO!!! :)

 

*Penyertaan sudah ditutup.

Terima kasih semua :)

Hari ini genap 4 tahun blog NoorizamSabran dot com bersama kita semua. Terima kasih tak terhingga saya ucapkan kepada kawan-kawan pembaca semua yang sentiasa memberikan sokongan :)

Aktiviti J.O.M saya sambung kembali untuk tahun 2012! Untuk permulaan saya mula di Penang dengan aktiviti Fotografi Slow Shutter Speed (SSS).

Kawan-kawan yang berada di Penang dan berminat dengan fotografi Slow Shutter Speed boleh turut serta.
Penyertaan TERHAD sebab saya buat seorang diri sahaja.

Tak perlu bayaran cuma perlu bawa kamera DSLR anda bersama ‘kit lens’ dan tripod sudah cukup bagus. Jika ada ND filter adalah satu kelebihan, minat nak belajar tu yang penting :)

Semoga anda semua sihat dan sentiasa senyum selalu…GO!!! :)

——————————————————————————————————————————

IKLAN:

 

INFO=INformasi FOtografi untuk anda semua!

Gabungan perkataan INformasi dan FOtografi, akan diterbitkan sebuah e-book bertajuk ‘INFO’ yang akan diedarkan secara PERCUMA kepada kawan-kawan semua tidak lama lagi :)

Database untuk memuat turun e-book fotografi PERCUMA ini sedang dibangunkan dan masih di dalam proses untuk menyiapkannya.

Tujuan utama e-book ‘INFO’ diterbitkan adalah untuk berkongsikan informasi-informasi ‘X’ tentang fotografi secara umum yang sesuai kepada kawan-kawan pembaca semua.

Informasi tentang gambar, jurugambar, peralatan fotografi dan sebagainya yang berkaitan dengan fotografi akan dikongsikan mengikut kesesuaian.

Jika kawan-kawan mempunyai cadangan atau idea untuk dimuatkan di dalam e-book ‘INFO’ ini, anda bolehlah email cadangan anda ke info@ufo.my dengan tajuk ‘INFO’. Mungkin idea-idea anda akan banyak membantu kita semua. Betul tak? :)

Nantikan ketibaan e-book fotografi ‘INFO’ secara PERCUMA ini ye :)

Terima kasih semua di atas sokongan yang telah kawan-kawan berikan!

Anda semua memang GO!!! :)

——————————————————————————————————————————–

IKLAN: E-book Pokok Oh Pokok!

 

Kawan-kawan pembaca semua,

…setiap diri kita dianugerahkan dengan kekuatan dan kelebihan masing-masing. Ramai antara kita yang tidak perasan. Diri sendirilah yang perlu mencari dan keluarkan kekuatan itu.

Percayalah pada diri sendiri!… Jadi diri sendiri!

Kita semua ada sesuatu yang telah dianugerahkan untuk menjadi hebat dalam kepakaran masing-masing.

Faktor ‘X’ adalah sesuatu yang paling kuat berada dalam diri kita semua. Kelebihan yang orang lain tiada tetapi kita miliki. Ia amat unik dan berbeza dengan kawan-kawan kita yang lain.

Faktor ‘X’ juga mempunyai nilai-nilai yang positif dan boleh memotivasikan kita untuk terus berjaya.

Di antara contoh-contoh faktor ‘X’:

- Bijak mencari peluang.

- Sentiasa positif untuk berjaya.

- Bekerja dengan bijak dan bersemangat.

- Tidak mudah mengalah.

- Berusaha sehingga tercapai impian.

- Kreatif di dalam melakukan kerja.

- Bercakap benar menggunakan fakta dan logik.

- Bekerja dengan produktif dan banyak lagi nilai-nilai posotif lain.

Jika kita berjaya menggabungkan faktor ‘X’ yang ada di dalam diri kita dengan kepakaran, minat, kelebihan dan kekuatan kita insyaAllah kejayaan akan kita miliki :)
Faktor ‘X’! Ada di dalam diri kita!

GO!!! :)

 

 

Template custom album PERCUMA untuk anda muat turun.

Tentu ada di antara kawan-kawan yang masih baru ataupun kurang biasa dengan mereka letak gambar-gambar ke dalam custom album sebelum di hantar untuk di ‘print’. Penggunaan template membantu mempercepatkan lagi proses membuat reka letak gambar di dalam sesuatu album.

Hari ini saya akan kongsikan kepada kawan-kawan pembaca, template yang disediakan oleh saudara Shamir Adnan yang mungkin dapat membantu anda. Contoh-contoh template untuk anda cuba boleh dimuat turun secara percuma di sini.

Untuk melihat contoh-contoh layout, anda boleh klik di sini.

Template ini boleh dimuat turun secara percuma di CustomAlbum.net.

Video di bawah ini menunjukkan cara mudah untuk kawan-kawan muat turun template yang sudah disediakan oleh saudara Shamir Adnan.

Mudah sajakan! :)

Ok…GO!!! Senyum selalu :)

*Kongsikan bersama kawan-kawan anda yang lain di Facebook dengan menekan butang ‘shsre’ di bawah ye. Terima kasih semua :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Kedai kamera online

ShaShinKi.com - Malaysia's Online Camera Shop!

Fanpage Noorizam Sabran.

© 2010 Tips Asas Fotografi