Sesi Outing di Penang.

Alhamdulillah, walaupun dalam keadaan kurang sihat kita telah dapat berjumpa dan sama-sama berkongsi tentang asas fotografi slow shutter speed.  Terima kasih juga saya ucapkan kepada kawan-kawan yang turut serta untuk outing di Georgtown. Banyak tempat-tempat makan yang baru telah anda tunjukkan kepada saya :)

Saya kongsikan sedikit gambar-gambar yang dirakamkan menggunakan handphone saya.

Di dalam sesi ini, apa yang penting adalah kefahaman kita tentang ‘shutter speed’. Alhamdulillah anda semua mudah faham. Lepas ini boleh praktikkan :)

Kita jumpa lagi dilain acara! Terima kasih semua!

Senyum selalu …GO!!! :)

—————————————————————————————————————————

 

Tips membeli lensa terpakai.

Gambar ini saya rakam menggunakan lensa 35mm f1.8 yang dibeli ‘second hand’ bagi menggantikan lensa kit 18mm-55mm saya yang hilang dicuri.

Kelabihan membeli lensa terpakai ianya jauh lebih murah daripada harga yang baru. Perlu pandai memilih lensa yang masih berfungsi dengan baik. Dengan cara ini, banyak penjimatan yang boleh kita buat :)

#Tips membeli lensa terpakai:

1. Pastikan kita mencuba dahulu lensa yang ingin kita beli. Pastikan motornya berfungsi dengan lancar (jika lensa autofokus). Setelah berpuas hati, barulah kita beli.

2. Elakkan dari membeli lensa secara online daripada penjual perseorangan yang meragukan. Penipuan secara online sudah terlalu banyak berlaku. Jadi kita perlu sentiasa berhati-hati dan elakkan membayar dahulu sebelum melihat lensa tersebut.

3. Pastikan juga lensa terpakai yang kita beli didatangkan dengan resit pembelian dan mempunyai kad jaminan. Ini bagi memudahkan kita untuk membuat tututan jaminan daripada pihak pengeluar/ kedai jika berlaku masalah teknikal pada lensa. Selain itu, ini juga langkah bagi menggelakkan kita terbeli lensa yang dicuri.

4. Periksa bahagian kanta lensa dan pastikan tiada calar, retak atau fungus.

Sila kongsikan dengan kawan-kawan yang lain. Diharap sedikit membantu.

Senyum selalu…GO!!! :)

 

Jonker Street.

Jonker Walk, Jonker Street atau Jalan Hang Jebat adalah satu lokasi menarik dan mesti dilawati jika kita ke BandarMelaka.

Jonker Street amat popular di seluruh dunia dikalangan pengumpul barang-barang antik. Di sini juga terletaknya rumah-rumah lama jajahan Belanda sejak abad ke 17. Rumah-rumah ini dihias dengan menarik sekali; ada yang dijadikan kedai dan hotel; ala-ala santai!

Anda yang minat merakan gambar-gambar jalanan yang menarik pasti suka dengan persekitaran di sini. Banyak aktiviti menarik yang kita boleh lihat di sini. Ingat ya, jangan lupa bawa air minuman dan topi kerana kita akan terleka di bawah cuacanya yang panas :)

Di sini saya kongsikan sedikit antara gambar-gambar yang telah saya rakamkan menggunakan kamera handphone saya.

Terdapat banyak kedai-kedai tepi jalan yang menjual barang-barang lama seperti setem dan duit lama. Jurujual di sini amat ramah sekali dan kebanyakkan mereka bercakap Melayu seperti baba dan nyonya.

Penduduk veteran di sini lebih suka menggunakan basikal kerana keaddan jalannya yang sempit.

Hotel bajet rendah di sini dipenuhi dengan pengunjung dari luar. Mereka lebih suka menginap di hotel-hotel murah yang hanya menyediakan kipas angin dan tempat mandi yang dikongsikan bersama yang lain. Untuk mandi, perlu bergilir-gilir. Memang sesuai untuk anda yang sukakan kesederhanaan :)

Saya berjalan di Jonker Street ini dari jam 9.30 pagi hinggalah ke jam 2 petang. Ada antara peniaga mencuci kedai mereka sebelum dibuka.

Cenderata hati memang dijual pada harga yang rendah sekali di sini. Berbeza dengan tempat lain di sekitar Melaka.

Pelancong dari luar juga suka menyewa basikal untuk menyusuri Jonker Street ini.

Semasa zaman pemerintahan Belanda, jalan ini dikenali sebagai kawasan orang kaya-kaya kerana di sini orang kaya Baba & Nyonya yang telah membina perniagaan mereka. Tidak hairanlah, jika peniaga-peniaga di sini fasih berbahasa Melayu Baba dan Nyonya :)

Saya suka berjalan dan memerhati di sepanjang Jonker Street ini. Banyak perkara yang menarik dapat kita lihat. Jika anda singgah ke Bandar Melaka, jangan lepaskan peluang untuk ke sini.

Kamera jangan lupa ‘charge’ sebelum ke sini :)

Senyum selalu! :)

 

Pengalaman best di TLDM Lumut.

Terima kasih kepada semua peserta J.O.M Edisi Tentera Laut. Saya pasti ini antara pengalaman yang sungguh menarik buat kita semua. Ada rezeki kita jumpa di ATM dan TUDM!

Saya kongsikan sedikit gambar-gambar yang sempat saya shoot dengan handphone saya.

Cuba teka apa da dalam kotak cap sauh ni…

Semua tak sabar nak masuk ke pengkalan TLDM. Bas yang champion!

Nasib baik ada uncle ni punya bas, kalau tak naik lori la kita :)

Abang pilot beri penerangan sebelum masuk ke parking helikopter.

Yang ni pulak tempat beli cenderahati TLDM kena serbu sampai habis stok.

Semua berdiri di kawasan khas sebelum kebenaran untuk melepasi garisan kuning diberikan.

Helikopter ni ada 4 tempat duduk di belakang.

Helikopter yang ini ada warna…

Masa naik helikopter sempat lagi nak pose :)

Abang kapten kapal ni beritahu dalam tong ni ada meggi, biskut marie dan macm-macam makanan. Tong ni akan terbuka kalau kapal karam. Stok makanan ni boleh tahan untuk 2 minggu di atas laut jika tiada bantuan.

Ni la antenna kapal untuk menerima siaran.

Narcosis chamber, untuk divers yang ada masalah selepas menyelam dalam laut.

Meriam kapal! Boleh tembak 8 batu…

Dalam ni la meriam punya peluru. Letupan! Letupan!

Gambar-gambar kenangan bersama abang pilot dan krew.

Di atas kapal penangkis periuk api!

Terima kasih kepada semua yang terlibat dan menjayakan J.O.M edisi Tentera Laut. Ini adalah antara outing yang pastinya meninggalkan kenangan yang best!

Anda semua memang best! Jangan lupa kita aplikasikan asas fotografi yang dipelajari.

…GO!!! :)

 

Back to classic.

Radio, kipas dan kamera lama.

Buku teks zaman dulu.

Telefon lama guna dial.

Mesin gunting rambut lama.

Mesin kira klasik.

Mainan daripada tin dan zink.

Air gas dulu.

Beg sekolah dan ‘colgate’ lama.

Mainan kanak-kanak.

Dulu-dulu banyak guna tin.

Vespa yang ada ‘sidecar’.

Signboard Coke.

…dan GO!!! :)

 

Ini adalah aktiviti J.O.M yang saya buat khas bersama anak-anak yatim dan miskin. Kita akan meyediakan makanan tengah hari untuk anak-anak yatim dan miskin. Kita akan makan bersama-sama mereka :)

Kepada semua yang berminat, anda dijemput untuk turut serta menyertai program ini. Sampaikan juga jemputan saya ini kepada kawan-kawan anda yang lain.

Jemputan ini adalah terbuka. Saya minta kerjasama kepada kawan-kawan yang berminat untuk memberikan nama anda kepada saya untuk penyediaan makan dan tempat. Email saya di ijamp@yahoo.com dengan tajuk ‘JOM Bersama Anak Yatim’.

Menu Utama: Nasi Minyak, Ayam berempah, Daging sambal goreng, Kerabu tomato, Bubur kacang, Kuih bingka, Buah-buahan,Air minuman. (perubahan dan tambahan akan diberitahu kemudian)

Kita akan meraikan Anak-Anak Yatim dan Miskin Al-Wadi di Kedah. Makan tengah hari bersama adik-adik di sini, bermesra dan berkenalan dengan mereka. Jika anda ingin memberikan sumbangan dari segi barangana atau kewangan juga boleh membawanya pada 27 November ini.

Tarikh: 27 November 2010.

Masa: 9 pagi- 4 petang.

Lokasi: Rumah Anak-anak Yatim dan Miskin Al-Wadi, Kupang Kedah.

*Aktiviti fotografi:

- Saya akan berkongsi tips asas pencahayaan dalam merakam potret.

Antara gambar-gambar bersama anak-anak yatim dan miskin yang saya rakam sebelum ini.

Untuk aktiviti bersama anak-anak yatim dan miskin yang lepas boleh lihat di SINI.

…GO!!! :)

*Kepada kawan-kawan yang berminat, boleh mendaftar dan berikan nama dan email ke ijamp@yahoo.com dengan tajuk ‘JOM Bersama Anak Yatim’ untuk penyediaan makan tengahari dan tempat.

Sila kongsikan bersama kawan-kawan yang lain di Facebook dengan menekan button share di atas. Terima kasih di atas jasa anda semua :)

 

Snap And GO!!!

Hari ini letih sikit. Baru balik dari Pantai Timur. Sedikit gambar yang saya snap and GO!!! :)

Masa untuk berehat.

GO!!! :)

 

Rumah Anak Yatim Al- Wadi Bahagian Ke-2.

Selamat berpuasa semua;

…hari ini saya sambung cerita tentang Rumah Kebajikan Anak Yatim/Miskin Al- Wadi ini. Soalan mengapa mereka tidak menerima sumbangan dari jabatan-jabatan yang sedia ada, di jelaskan oleh Pak Daud kepada kami. Bukan tiada dana, malahan memang ada jabatan-jabatan yang dipertanggungjawabkan untuk ini.

Di atas sekeping kertas A4, kami di dijelaskan dengan panjang lebar tentang sumbangan ini. Pertama sumbangan dari jabatan-jabatan yang sedia ada dan keduanya sumbangan dari orang ramai. Cukup jelas dan teliti penerangan yang kami terima dan berasaskan Hukum-Hukum dalam Islam. Sumbangan kategori pertama ini saya tidak akan cerita di sini.

Sebelum saya terlupa, Rumah Anak Yatim Al- Wadi ini menghantar adik-adik yang terpilih untuk belajar ke Mesir. Jadi di sini mereka mengambil kira sumber yang mereka terima kerana dengan sumber-sumber inilah adik-adik kita dihantar untuk melanjutkan pelajaran di Mesir. Saya harap rakan-rakan faham di sini.

Saya akan berkongsikan cerita untuk kategori kedua. Kategori sumbang ikhlas daripada orang ramai. Pak Daud menjelaskan kepada kami mengapa sumbangan orang ramai yang mereka dahulukan…sumbangan orang ramai dimaksudkan dengan sumbangan ikhlas dari orang ramai.

Menurut Pak Daud, jika mereka menerima sumbangan dari individu, sumbangan itu akan terus disalurkan kebahagian-bahagian tertentu. Contohnya jika sumbangan berupa wang, ia akan disalurkan terus membeli pasir, batu, simen untuk membuat rumah adik-adik kita ini. Di sini lepas satu tanggungjawab. Wang yang diterima, disalurkan dan pemberi sumbangan InsyaAllah akan sampai kepada Allah amalannya. Setiap inci tanah, bangunan dan barang-barang yang adik-adik di sini terima adalah sumbangan dari orang ramai. Inilah antara sebab mereka akan terus menyambung untuk membina rumah anak yatim ini. Tiada alasan untuk dirobohkan kerana bangunan itu,tanah itu adalah wakaf dan sumbangan ikhlas dari orang ramai.

Ramai yang bertanya tentang nombor akaun bank untuk menderma. Lebih elok jika rakan-rakan sendiri menelefon Pak Daud dan beritahu tujuan hendak menyumbang. Menagapa? Supaya mudah mereka menyalurkan sumbangn rakan-rakan. Sumbangan rakan-rakan akan diberitahu oleh Pak Daud ke mana disalurkan. Itu lebih jelas daripada kita tidak tahu ke mana wang kita pergi nanti. Hak orang ramai perlu diamanahkan.

Ada desas-desus yang mengatakan adik-adik di sini menerima jemputan Kerabat Di Raja untuk majlis berbuka puasa. Tetapi setelah saya bertanya kepada Pak Daud, sebenarnya mereka tidak pernah menerima jemputan tersebut. Mungkin ada pihak lain yang tersalah sampaikan. Pak Daud berharap perkara seperti ini tidak berlaku lagi lebih-lebih lagi di bulan Ramadhan ini. Pak Daud minta saya membantu memperbetulkan perkara ini.

Rumah Anak Yatim/Miskin Al- Wadi setakat artikel ini ditulis mempunyai 60 pelajar yang semuanya menghuni di rumah yang tidaklah sesempurna rumah kebajikan yang lain. Tetapi mereka sentiasa bersyukur dengan bantuan ikhlas yang diterima dari orang ramai. Ini berbeza dengan beberapa lagi rumah kebajikan yang ada. Kami cuba singgah dibeberapa buah rumah lain. Apa yang malangnya kami dapati ada rumah-rumah yang ‘aktif’ tetapi apabila kami tiba ditempat itu rupanya hanya rumah kosong dan berkunci pagarnya.

Kami singgah lagi dirumah yang lain. Ini lagi mengejutkan saya. Rumah ini besar, kelihatan beberapa orang kanak-kanak bermain basikal di hadapan lamannya. Kami pun memberi salam dan bertanya ingin berjumpa penjaga mereka. Apa yang mengejutkan lagi, mereka menjawab penjaga tiada, cuti katanya. Wahhh…lagi la kami terkejut. Penjaga boleh cuti dan meninggalkan anak-anak ini tanpa pengawasan?…Rumah ini besar dan jika dilihat boleh memuatkan ratusan penghuni. Tetapi yang malangnya, apabila kami tanya kepada seorang penghuninya, dia mengatakan hanya ada 14 orang yang menghuni di situ. Mmmm….

ray1

Jika dibandingkan dengan Rumah Al-Wadi, yang dihuni seramai 60 orang, memang dapat dilihat perbezaannya.

Kepada rakan-rakan yang ingin menderma kepada Rumah Yakin Al-Wadi ini, bolehlah telefon di nombor ini 04-4724895 ataupun bercakap terus dengan Pak Daud (013-4001001).

Di bawah ini adalah nombor akaun rumah ini :

Akaun Bank Islam: 02048 010013676 (RUMAH YAKIN ANAK ANAK YATIM/ MISKIN AL-WADI)

Akaun BSN: 02100 4100000162 2 (RUMAH YAKIN AL-WADI)

Selamat beramal :)

 

Semalam (29 Ogos), saya ke Baling Kedah (Rumah Kebajikan Anak-Anak Yatim/ Miskin Al-Wadi)…sebelum tu tangki minyak kenalah isi penuh dulu…

Dalam boot ni penuh dengan ‘i’, ‘i’ dan ‘i’…

lalaaaa

Inilah dia ‘i’ yang penuh dalam boot…t-shirt yang di tempah dengan saiz khas untuk dibahagi-bahagikan nanti…

ay9

Ok! Cun..dah full minyak…murah la sikit minyak baru ni :)

ay8

Sampai atas Penang Bridge, cuaca memang nak hujan…gelap walaupun jam kereta menunjukkan pukul 10.16 pagi…perjalanan saya teruskan ke Kulim nak fetch 2 orang rakan lagi…sebab saya tak tahu jalan nak ke Rumah Kebajikan Anak-Anak Yatim/ Miskin Al-Wadi ni. So saya minta tolong rakan saya untuk menjadi pemandu arah…

ay5

Lebih kurang 45 minit dari Kulim…dah nampak dah signboard ni…Rumah Yakin Al-Wadi. Sempat juga sesat sekejap sebab hilang arah papan tanda :)

ay13

Kami sampai di Rumah Kebajikan Anak-Anak Yatim/ Miskin Al-Wadi dalam jam 12.50 tengah hari. Turun saja dari kereta seorang demi seorang adik-adik ni datang ke arah kami terus salam dan cium tangan kami. Ada lebih kurang 60 anak yatim/miskin di tempatkan di sini…memang mereka diajar dari awal untuk menghormati tetamu. Cukup tinggi disiplin adik-adik ni…Niat kami nak menghantar buah tangan je…Saya berjumpa dengan Cik Nisa, selaku penjaga dan orang yang banyak membantu saya dalam memberikan informasi tentang adik-adik yang ada di sini…

Saya pun pergi ke kereta dan buka boot untuk mengeluarkan barang yang di ambil…

Tanpa disuruh…berlumba-lumba adik-adik ni datang untuk menolong mengangkat barang-barang yang kami bawa…tup..tup dah clear, semua barang dah dibawa keluar dari kereta. Memang tinggi didikan yang diberikan pada mereka di sini.

Kemudian kami disambut oleh Pak Daud(Kami panggil Pak Daud/ dikenali sebagai Ustaz Daud). Pak Daud adalah ‘penggerak’ utama rumah anak yatim ini. Di kalangan adik-adik di sini, Pak Daud dipanggil ‘Abah’.

ay17

Setiap adik-adik di sini mempunyai tanggungjawab dan jadual aktiviti harian masing-masing. Sesiap yang tidak menjalankan tugas, akan ditegur oleh Pak Daud sendiri.

ay2

Ini adalah dewan makan untuk mereka yang sedang dalam pembinaan. Semasa kami tiba, Pak Daud dan rakan-rakan yang lain sedang bekerja menyiapkan dewan ini. Kami diterangkan oleh Pak Daud tentang pembinaan dewan makan ini. Peramah sungguh Pak Daud ni. Dewan ini dibina sedikit demi sedikit dengan menggunakan wang sumbangan orang ramai. Kos yang telah digunakan lebih kurang RM150 ribu…dan masih banyak lagi mereka perlukan utuk menyiapkan dewan ini. Dewan ini dibahagikan kepada dua bahagian, untuk lelaki di bawah dan untuk perempuan di bahagian atas.

Nampaknya kami bukan saja singgah menghantar barang, tetapi dibawa sekali melawat kawasan asrama, dewan makan yang baru dibina ini, kolam ikan dan reban ternakan ayam untuk makanan adik-adik di sini.

ay12

Kerja-kerja pembinaan dewan makan ini dilakukan oleh Pak Daud dan rakan-rakan sendiri. Dana yang digunakan adalah dari sumbangan orang ramai sahaja.

ay10

Rakan-rakan Pak Daud yang turut membantu dalam menyiapkan dewan makan Rumah Kebajikan Anak-Anak Yatim/ Miskin Al-Wadi.

ay18

Walaupun di bulan puasa, mereka tiada masalah untuk terus bekerja menyapkan dewan ini…

ay1

Besi- besi diukur dan dipotong  dan di welding sendiri untuk dibuat meja makan sendiri.

ay11

Rakan Pak Daud mengecat bingkai meja yang telah siap di welding.

ay15

Dewan makan yang belum siap dari bahagian tepi.

AY6

Pak Daud menerangkan tentang kolam ikan lampam dan talapaia  ini di lepaskan oleh adik Adi Putra. Sebanyak 7000 anak ikan telah dilepaskan di dalam 6 kolam ini pada 10 bulan yang lepas.

ay4

Ni ayam selasih, pipi dan kaki ayam ni ber’kaler’ hitam…huhu…ayam-ayam ini diberi makan dan dijaga sendiri oleh adik-adik di sini.

ay3

Ikan-ikan dan ayam-ayam inilah makanan harian untuk mereka…bukan untuk dijual.

ay21

Selepas selesai melawat kawasan ternakan ikan dan ayam, kami duduk di hadapan asrama anak yatim ini untuk menghilangkan penat dan membuang kemuncup yang melakat pada seluar. Pada masa inilah Pak Daud menceritakan kepada kami cabaran-cabaran yang mereka hadapi dalam mengendalikan rumah ini.

ay16

Surau yang mereka gunakan untuk menjalankan ibadah.

ay19

Kawasan yang bewarna itu adalah tapak di mana 6 atau 7 buah tandas yang akan dibina. Jika wang mencukupi kelak. Jika ada rakan-rakan pembaca blog ingin menderma bagi membantu menyiapkan tandas ini juga amatlah dialu-alukan. Rakan- rakan bolehlah menghubungi Pak Daud secara terus di nombor telefon di bawah dengan memberitahu untuk bersedekah bagi menyiapkan tandas rumah anak yatim ini. Mereka tetap menerima walaupun RM1 ringgit…bukan saja untuk tandas, yang lain-lain pun bleh juga…terlalu banyak  yang boleh kita bantu jika mahu…

Mesti ada antara rakan-rakan pembaca yang tertanya-tanya mengapa ruamh mereka ini dibina sendiri dan menggunakan wang sedekah dari orang ramai…sedangkan ada jabatan-jabatan yang boleh memberikan merek bantuan.

Pak Daud ada ceritakan kepada kami. Insya Allah saya akan kongsikan ceritanya di entry akan datang…

ay20

Antar wajah- wajah adik-adik yang menghuni rumah ini…empat orang dari mereka ini sedang belajar Tahfiz di Mesir.

ay

Lebih kurang pukul lima petang, kami meminta diri untuk pulang…rancangan awal hanya nak sinngah sekejap :) …rupanya sampai petang juga…seronok sangat!

contc

Rakan-rakan yang berniat ingin membantu adik-adik kita ini boleh menghubungi terus ditalian di atas.

contactc

…adik-adik kita ini juga boleh datang ke rumah jika dijemput untuk majlis membaca Yassin, Aqiqah/Qurban, sembahyang hajat, tahlil & arwah, sembahyang jenazah…mereka tidak meminta apa-apa bayaran atau pun makanan yang lazat-lazat. Walaupun seorang sebiji kurma seorang, mereka boleh datang jika di jemput dengan masa dan tempat yang sesuai. InsyaAllah. Itulah istimewanya adik-adik kita di Rumah Kebajikan Anak-Anak Yatim/ Miskin Al-Wadi ini.

Tetapi, kita sebagai manusia yang hidup lebih senang jika dibandingkan dengan adik-adik kita di sini, tidak rugi jika kita sama-sama menghulurkan bantuan. Tidak akan jatuh miskin jika kita membantu. Lebih-lebih lagi dalam bulan puasa ni. Keikhlasan itu yang penting…InsyaAllah akan diberkati-NYA.

Rakan-rakan boleh membantu adik-adik kita ini dari segi wang, makanan, pakaian atau apa saja yang boleh digunakan oleh mereka. Jika kita ingin memberi pakaian yang tidak kita gunakan lagi, berilah yang masih baik dan boleh dipakai, janganlah kita beri yang sudah koyak atau yang sudah buruk yang hanya sesuai untuk dibuat kain lap. Saya lihat ada juga yang memberikan kain baju yang sudah buruk, koyak, tidak boleh dipakai dan hanya sesuai untuk dijadikan kain buruk.  Jika rakan-rakan tidak percaya, pergi lihat ke dalam stor mereka. Saya pasti rakan-rakan akan nampak kebenaran yang saya ceritakan.

InsyaAllah saya akan sambung cerita ini pada entry berikutnya…

Selamat memasak dan selamt berbuka!

Jangan lupa untuk senyum selalu ye :)

1,2,3…and GO!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Kedai kamera online

ShaShinKi.com - Malaysia's Online Camera Shop!

Fanpage Noorizam Sabran.

© 2010 Tips Asas Fotografi