NOTA PENTING sebelum anda membeli:
*E-book ini hanya boleh dihantar kepada pembeli ke akaun email YAHOO sahaja. Pembeli perlu ada akaun email YAHOO.
**E-book hanya untuk pengguna WINDOWS sahaja, tidak boleh digunakan dengan MAC.

Ebook berwajah baru ini adalah untuk pasaran yang lebih luas :)

Inilah sedikit preview tentang Ebook Rahsia Mencantikkan Potret Dengan Photoshop ini.

Ebook Rahsia Mencantikkan Potret Dengan Photoshop adalah satu lagi produk yang saya hasilkan untuk tahun 2010. Ini adalah ebook yang sudah di naik taraf dari ebook ‘Cuci Muka’ yang lalu.

Di dalam ebook Rahsia Mencantikkan Potret Dengan Photoshop ini, cara-cara yang saya kongsikan; – Cepat, mudah dan berkesan.

Cara yang saya kongsikan amat sesuai untuk anda yang baru (beginner). Saya menggunakan Bahasa Malaysia yang ringkas dan mudah untuk difahami. Amat sesuai untuk menambah cantikkan potret perkahwinan pelanggan anda, potret keluarga dan sebagainya.

Apa yang anda boleh pelajari dari ebook ini?

1- Cara membuang jerawat dan bintik hitam.

2. Cara membaiki dan melicinkan kulit muka.

3. Cara menyerlahkan mata.

4. Cara menukar warna mata.

5. Cara mencantikkan warna pada bibir .

Ebook Rahsia Mencantikkan Potret Dengan Photoshop mengandungi:

1. Ebook Rahsia Mencantikkan Potret Dengan Photoshop.

2. Gambar potret untuk latihan (saiz besar).

Semua tutorial bergambar ini saya buat menggunakan perisian Adobe Photoshop CS3 (boleh digunakan dengan Photoshop CS4 dan Photoshop CS5)

Antara contoh tutorial di dalam ebook ini: #Menukar warna mata

#Membersihkan kulit muka

#Gambar sebelum dan selepas muka dibersihkan

Harganya RM60.

*******************************************************************************************

Cara-cara membuat pembelian ebook:

1. Bank in RM60 ke akaun Maybank UFO , nombor akaun 507134240756

2. Setelah membuat pembayaran; sila Email ke ijamp@yahoo.com butiran berikut:

Nama penuh anda

- Nombor telefon

-Ref. number.

*E-book akan dihantar ke email YAHOO anda dalam tempoh 24 jam selepas pembayaran diterima. Pesanan dikendalikan secara manual.

**Ebook Mencantikkan Potret Dengan Photoshop adalah ebook yang menggunakan perisian khas.

Terima kasih di atas sokongan anda semua :)


 

Apa Ada Pada Nama Noorizam Sabran.

Noorizamsabran.com di sebalik tabir?

*Contoh gambar yang mempunyai ‘highlight’ pada mata. Cahaya datang dari arah hadapan subjek.

Blog yang anda semua kenali dengan nama noorizamsabran.com adalah sebahagian daripada potret ini. Ini adalah potret abah saya. Noorizam adalah nama saya, Sabran adalah nama bapa saya. Saya gabungkan untuk domain blog saya jadilah noorizamsabran.com yang boleh lihat di alam internet ni.

Abah saya seorang bekas patriot, Komando Gerak Khas. Sekarang dah bersara. Masa sekolah rendah cikgu suruh pilih 3 cita-cita kita untuk di rekod dalam penyata. Saya selalu pilih nak jadi askar, polis dan bomba. Saya pilih askar sebab nak jadi macam ‘Rambo’. Sebab terpengaruh dengan televisyen. Rupa-rupanya ‘Rambo’ tu tipu je. Sekarang ni kalau nak jadi askar pun memang  tak layak :)

Lepas abah saya dah tak jadi komando, abah saya kerja sebagai cikgu pula. Cikgu yang mengajar pokok getah (penoreh getah sebenarnya). Keluar subuh pakai lampu minyak tanah yang empat segi tu letak di atas kepala. Balik tengh hari, masanya sama macam cikgu sekolah balik mengajar :)

Kalau cuti sekolah, kerja yang saya paling suka adalah kutip getah beku. Bawa baldi, jalan satu pokok ke satu pokok untuk kutip getah beku yang dah jadi untuk di jual. Kawan-kawan yang di bandar mungkin kurang tahu acara kutip getah beku ni :)

Apa yang paling saya tak suka masa kutip getah ni kalau terlanggar sarang labah-labah. Melekit macam gam! Biasanya saya akan lari laju-laju sambil melompat sekuatnya kalau terlanggar ‘spider web’ ni. Kenapa? Sebab kadang- kadang labah-labah tu pun ikut lekat kat badan, tu yang takut tu. Saya memang takut dengan labah-labah. Dengan berlari sambil melompat sekuat hati, harapannya supaya labah-labah tu jatuh dari badan :)

…dah lari tajuk rupanya. Apa pun, abah saya tetap seorang patriot!

* Contoh cahaya yang datang dari sebelah tepi subjek. Cahaya masuk dari tingkap.

Merakam gambar-gambar potret, kita tak perlulah pergi terlalu jauh. Untuk permulaan, kita rakam gambar-gambar potret keluarga kita yang terdekat dahulu. Nilainya adalah lebih tinggi untuk kita.

Kepada kawan-kawan yang masih mempunyai ibu dan ayah, hargai dan sayangilah mereka. Kepada yang sudah tiada, anda sedekahkanlah dengan amalan kepada mereka. Jasa mereka pada kita memang tak ternilai untuk kita bayar.

Terima kasih abah untuk potret ni :)

*Tip untuk rakam potret yang lebih menarik dengan cahaya sedia ada; kita perlu lihat arah cahaya datang. Tetapkan sama ada kita mahukan cahaya dari tepi atau hadapan. Pastikan ‘highlight’ dapat dilihat pada mata, ini lebih menarik daripada tiada ‘highlight’-lihat gambar pertama.

Saya harap kita dapat pelajari sesuatu kali ini.

Ok…GO!!! :)

 

Potret 6 Megapixel: Ina+Shah

Dah lama saya tak kongsi gambar potret dalam blog ni. Harini saya kongsikan potret shot Ina+Shah. Kali ini saya shot seorang saja tanpa pembantu. Jadi saya bawa kaki tiga saya untuk membantu memegang reflector. Kaki tiga tu = tripod.

Peralatan pun saya guna yang asas saja. Kamera dslr 6 megapixel, satu unit speed light dan reflector. Reflector saya gunakan jika cahaya di lokasi sesuai bagi menambah cahaya dengan reflector. Speed light /flash saya gunakan jika sumber cahaya yang ada tidak mencukupi.

Cahaya dan cuaca pada masa ini memang ngam! Jadi tak perlu bawa payung takut-takut kalau hujan.

Ok…enjoy…

Tak semestinya kita rakam potret badan yang penuh…

sah1

Masukkan elemen-elemen sekeliling yang sesuai di dalam gambar…

sah11

Sudut merakam gambar juga mempengaruhi mood sesuatu gambar.

sah2

sah8

sah12

Gambar di bawah ini saya fill in dengan reflector.

sah7

sah3

sah10

sah9

sahh

sah

sah5

sah6

sahhh

Dengan 6 megapixel, kita boleh mencetak gambar sebesar 16”x24” seperti di bawah. Jadi rakan-rakan tak perlu risau jika hanya mencetakkan gambar bersaiz 4”x6” (4R) dengan kamera 6 megapixel. Jika rakan-rakan menggunakan kamera 10 meagpixel atau 12 megapixel, sudah pasti tiada masalah untuk mencetak dengan saiz yang lebih besar.

ijampbigprint

Tip fotografi hari ini: Untuk mendapatkan gambar yang baik dengan kamera megapixel yang rendah:

* Kita perlu membuat framing yang betul sebagaimana yang kita mahu semasa merakam gambar. Jadi, untuk mencetak tidak perlu lagi untuk kita memotong gambar (crop) yang sudah kita rakam. Jika kita crop gambar, maknanya kita sudah buang berjuta-juta pixel. Rugikan? :)

Selamat berehat dihari minggu.

Ok…GO!!! :)

 

Family Portrait

Ini adalah contoh-contoh ‘family portrait’ yang saya rakamkan sebelum ini. Untuk fotografi potret, pemilihan tempat bukanlah perkara pertama yang ditekankan. Apa yang paling penting adalah subjek mestilah enjoi,gembira dan senang dengan jurugambar. 

Gambar ini diambil di tepi pantai.

Gambar ini dirakamkan di tepi rumah sahaja. Pokok hijau yang dapat dilihat adalah pokok cili api yang ditanam di tepi rumah.

Gambar ini dirakamkam diatas satu batu di tepi pantai.

Bagi gambar ini, ‘angle’ yang diambil adalah dari bawah. Ini kerana bagi mengelakkan kereta yang lalu termasuk di dalam frame. Lokasi ini hanyalah di tepi jalan raya.

Untuk merakamkan foto potret, tidak semestimya subjek dirakamkan dengan melihat ke arah kamera. Gunakan segala kreativiti anda. :)

Gambar ini hanya berlatarbelakangkan kawasan padang rumput yang hijau (semak) :)

 

 

Another baby…

 

It’s today.

 

Hari Raya Portrait.

 

Family Portrait

I felt so thirsty. Haha…Today I had to go and buy something to clean my “Car-Pet”. I decided to buy 1500w MC-3920 Aqua Blue!…(ape bende yek?)

Before I went out with my family, I took my camera and set up my “SB800″, play off camera light!! As you see, I took my family portrait at chilli field!

 

My Family…

It’s was took last year. The photographer is my own camera…hehe…

Today is 16 September 2008. It’s my youngest brother’s birthday…

 

Kids Portrait…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Kedai kamera online

ShaShinKi.com - Malaysia's Online Camera Shop!

Fanpage Noorizam Sabran.

© 2010 Tips Asas Fotografi