Panduan ‘crop’ untuk gambar potret.

Fotografi potret adalah di antara gaya fotografi yang amat popular. Tahukan anda, jika kita ‘crop’ (memotong) gambar potret semasa proses editing tidak kena pada tempatnya akan membuatkan gambar menjadi tidak menarik pada pandangan mata.

Gambar rajah di bawah ini boleh dijadikan panduan untuk anda yang tidak pasti bahagian mana yang sesuai atau tidak di ‘crop’.

HIJAU- sesuai ‘crop’

MERAH- tidak sesuai ‘crop’

Panduan mudah ini untuk memudahkan anda memahami tempat yang paling sesuai untuk ‘crop’ dan tempat yang tidak sesuai untuk ‘crop’ subjek potret yang anda rakam.

Ingat ye! Tempat yang bergaris HIJAU adalah bahagian yang sesuai untuk anda ‘crop’ manakala bergaris MERAH pula tempat yang tidak sesuai untuk anda ‘crop’.

Kongsikan bersama informasi ini…ok!

…GO!!! :)

Via

Cheap Camera
 

Setiap orang mempunyai tujuan tertentu untuk memiliki kamera. Ada yang membeli kamera kerana suka merakam gambar sendiri, update di dalam sosial, untuk keperluan kerja, untuk iklan bilboard dan berbagai-bagai sebab. Sebagai contoh yang paling popular adalah merakam gambar dan terus update di laman sosial.

Untuk memuat naik gambar ke dalam laman sosial seperti Facebook, Instagram dan sebagainya, kecanggihan teknologi pada kamera handphone juga sudah memadai.

Untuk merakam gambar yang boleh di cetak bersaiz 4R, kamera handphone yang menggunakan 5 megapixel dan ke atas sudah amat cukup.

Semua gambar-gambar di bawah ini saya rakam menggunakan iPhone untuk cetakkan bersaiz 4R dan 8R.

Tips bagi memastikan gambar yang kita rakam dengan handphone/ smartphone boleh di cetak (print) dengan kualiti yang baik:

1. Pastikan kita ‘frame’ subjek yang hendak kita rakam sama seperti yang hendak kita cetak (print). Ini bagi menggurangkan atau mengelakkan kita memotong gambar semasa proses editing. Fahami tentang ‘megapixel’.

2. Pegang handphone dengan stabil. Kurangkan gegaran semasa gambar dirakam dan lebih baik menggunakan tripod untuk gambar yang lebih ‘tajam’.

3. Pilih aplikasi handphone yang sesuai untuk membuat editing secara terus daripada handphone. Pastikan aplikasi untuk editing yang digunakan tidak menggurangkan resolusi gambar akhir kita. Penggunaan aplikasi yang tidak sesuai akan memberi kesan pada gambar yang kita cetak (print) terutamanya pada saiz besar.

Jika kita faham tantang megapixel, gambar yang kita hasilkan daripada kamera handphone 8 megapixel juga boleh dicetak pada saiz 8R dengan sempurna :)

 

Pastikan kita tahu tujuan kita untuk memiliki kamera. Tak perlu ikut kawan. Baca tips memilih kamera digital di sini.  :)

Kamera pada smartphone hari ini, sudah memadai untuk kegunaan fotografi biasa kebanyakkan kita. Di harap tips rngkas ini memberi manfaat kepada kita yang baru. Kongsikan bersama :)

…GO!!! :)

Gambar-gambar lain menggunakan iPhone 4 (5 megapixel) dan iPhone 4s (8 megapixel) baca di sini.

Tips ‘crop’ gambar bersaiz 4R untuk dicetak baca di sini.

Cheap Camera
 

Tahukan anda untuk membuat rekaan custom album sendiri menjadi amat mudah dengan menggunakan template daripada CustomAlbum.Net.

Template ini bukan sahaja sesuai untuk gambar-gambar perkahwinan. Ia sesuai untuk semua jenis album gambar seperti gambar majlis hari lahir, majlis makan malam, gambar-gambar potret, gambar-gambar keluarga dan sebagainya.

Di bawah ini saya tunjukkan contoh template dari CustomAlbum.Net yang saya gunakan untuk gambar-gambar newborn baby yang telah saya rakam.

Gambar-gambar ini hanya sebagai contoh.

Video tutorial penggunaan CustomAlbum template:

Contoh template yang masih kosong.

Contoh template yang sudah di masukkan dengan gambar.

Dapatkan template pantas dan mudah anda di CustomAlbum.net

Amat mudah sekali, cepat dan menjimatkan masa.

Kongsikan informasi CustomAlbum.Net ini kepada semua :)

…GO!!! :)

Cheap Camera
 

Kamera apa yang sesuai untuk anda?

Ramai di antara kita yang mahu beli kamera sukar membuat pilihan. Terlalu banyak model kamera digital yang berada di pasaran sekarang ini. Kamera digital handphone, digital kompak, micro 4rd, APS-C dan full frame format semuanya mempunyai harga yang tidak begitu banyak perbezaan dan mudah didapati di pasaran.
Anda tak perlu risau tentang model mana yang perlu dibeli. Model mahal atau murah, kamera besar atau kecil bukanlah penentu untuk gambar yang cantik dan menarik. Untuk gambar cantik dan menarik, pengetahuan asas tentang fotografi adalah yang paling penting :)

Tips membeli kamera digital:

1. Pastikan kita tahu tujuan kita membeli kamera; hobi atau berniaga.

2. Beli ikut kemampuan kita; kamera mahal bukan penentu gambar yang cantik dan menarik.

3. Paling penting, pastikan kita sendiri yang serasi dari segi ergonomik kamera tersebut; bukan ikut kawan kerana kita yang akan menggunakannya.

Perkongsian gambar carta di atas membantu anda yang sukar membuat pilihan. Pada saya, lihat pada kemampuan dan keperluan kita sendiri. Keserasian kamera dengan kita amat penting! Kerana andalah yang akan menggunakan kamera tersebut! :)

…Ok GO!!! :)

Tips memilih kamera digital kompak baca di sini.

Nasihat dan panduan memilih kamera digital baca di sini.

Carta daripada Optics Central.

Cheap Camera
 

Nikon D3200 adalah di antara kamera DSLR harga berpatutan untuk dimiliki. Megapixelnya agak tinggi iaitu 24.2 megapixel sesuai untuk anda yang suka print gambar pada saiz ‘gergasi’ :)

Jika kita memilih saiz ‘fine’, saiz untuk satu gambar adalah 11MB (6016 x 4000). saiz ini amat sesuai untuk anda yang suka ‘crop’ pada gambar :)

Saya kongsikan contoh gambar pada frame asal seperti dibawah (saiz sudah dikecilkan)

Gambar di bawah ini pula sudah di ‘crop’ ke 1800 x 1200 (saiz sebenar selepas ‘crop’, klik pada gambar)

Satu lagi contoh gambar.

 Gambar di bawah ini pula sudah di ‘crop’ ke 1800 x 1200 (saiz sebenar selepas ‘crop’, klik pada gambar )

Saya lebih suka menggunakan 100% (sekurang-kurangnya 90% megapixel pada kamera) jika dibandingkan dengan ‘crop’ selepas shoot.

…GO!!! :)

Cheap Camera
 

Musim cuti sekolah sudah tiba. Tentu ramai kawan-kawan sibuk pada dengan acara majlis perkahwinan :)

Di dalam proses merakam gambar perkahwinan, kadang-kala perkara yang kerap kita terlupa atau terlepas pandang adalah merakam foto kad jemputan perkahwinan. Merakam foto kad ini amat penting sekali bagi kita untuk dijadikan rujukan dan sebagai kenangan kepada pengantin.

Mungkin pengantin sendiri yang membuat rekaan kad tersebut ataupun ditempah khas dari luar negara. Ini sudah pasti mereka mahu foto kad jemputan mereka diabadikan di dalam album perkahwinan mereka.

Apa yang lebih penting adalah isi kandungan kad itu sendiri. Maklumat-maklumat penting seperti nama pasangan pengantin dengan ejaan yang betul, tarikh majlis, lokasi diadakan, nombor telefon keluarga untuk dihubungi ataupun pelan ke lokasi.

Rahsia mengapa perlu merakam gambar kad jemputan perkahwinan?

1. Informasi untuk nama pengantin yang lebih tepat ejaannya.

2. Alamat lokasi dan pelan ke lokasi majlis, memudahkan kita jika sesat jalan.

3. Nombor telefon pengantin dan keluarga, memudahkan kita berhubung jika pelanggan ‘ghaib’ atau tidak membayar penuh harga pakej.

4. Tarikh majlis diadakan, supaya tidak tersilap hari.

Terima kasih semua dan kongsikan tips ini bersama rakan-rakan yang lain :)

…GO!!! :)

Cheap Camera
 

Pada entry sebelum ini, saya kongsikan tentang mudahnya penggunaan iPhone dan kameranya. Kali ini saya kongsikan pula contoh-contoh gambar yang saya rakam menggunakan kamera iPhone.

Di bawah ini adalah contoh-contoh gambar yang dirakam, di’edit’ dan di’upload’ menggunakan iPhone. Amat mudah sebenarnya merakam gambar menggunakan iPhone. Di antara perkara yang perlu difahami untuk mendapatkan gambar menarik adalah dengan memahami asas komposisi.

Untuk iPhone 4s, saiz pixelnya adalah 2,448 x 3,264 pixel. Jika kita tahu menggunakannya, tiada masalah untuk kita dapatkan printing yang berkualiti pada saiz 4R atau 8R :)

Tip fotografi iPhone: Elakkan daripada menggunakan digital zoom kerana ia akan menjejaskan kualiti gambar jika diprint.

 

Jika anda mempunyai iPhone dan talian internet, kita sudah boleh menaik turun gambar ke laman sosial, mengemas kini blog dengan lebih pantas dan terkini. Inilah kecanggihan teknologi di hujung jari.

Aplikasi yang sedang popular untuk gambar dan bernilai USD 1 billion adalah ‘Instagram’. Untuk gambar-gambar lain yang saya shoot menggunakan iPhone, kawan-kawan boleh follow saya di ‘Instagram-NoorizamSabran’.

Jika anda masih mencari kamera digital untuk kegunaan biasa yang memberikan kemudahan mudah untuk editing, upload di laman sosial, print dan mudah dibawa, iPhone adalah pilihan terbaik setakat ini. Ciri-cirinya amat mesra pengguna. Kamera dan telefon! :)

1,2,3…GO!!! :)

*Tarikh outing fotografi iPhone terpaksa ditukar kerana mungkin 28 April 2012 tidak sesuai untuk kita berkumpul (ada Bersih 3.0).

Cheap Camera
 

Template memudahkan Penghasilan Custom Album.

Untuk menghasilkan Custom Album buat pelanggan memerlukan banyak pengetahuan terutamanya dalam ilmu Photoshop. Tetapi dengan adanya kemudahan seperti template, ia membantu mempercepat proses penghasilan rekabentuk Custom Album.

Dengan menggunakan template anda
– Menjimatkan masa penghasilan Custom Album
– Memudahkan kerja anda
– Tidak perlu ‘Skill’ photoshop yang tinggi
– Template Kemas dan ‘Simple’
– Terdapat banyak pilihan template

Dibawah ialah tutorial(video), cara menggunakan template bagi menghasilkan Custom Album.

Video Demo Pantas
Video Tutorial Penuh



Mudah kan? Sekirnya anda ingin mencuba boleh klik link di bawah untuk download template yang :)PERCUMA.

http://www.customalbum.net/2011/09/free-psd-templates-promo/

Promosi dari CustomAlbum.net

*Untuk pakej RM 30 untuk 20 Set Template, promosi hanya sah sehingga 8 Januari 2012 . Dapatkan PROMOSI segera! Selepas 8 Januari , Pakej RM 30 akan mendapat 15 Set Template Sahaja.. Rebut Promosi 20 Set, sebelum 8 Januari…!

Video tutorial cara membuat Pesanan Template CustomAlbum.net


Diharap informasi ini dapat membantu anda dengan banyak supaya dapat menghasilkan Custom Album, buat pelanggan anda.

Ok… GO!!! dan Senyum Selalu :)

*Menarik.. ? kongsi dengan kawan² dengan klik butang Share. Terima kasih semua.. :)

Cheap Camera
 

Hampir 4 hari blog saya tidak dapat dilayari kerana masalah server. Alhamdulillah sekarang sudah pulih walaupun beberapa entry yang lepas telah hilang. Hari ni saya kongsikan tips penting untuk keselamatan kad memori kita jika tercicir.

Gambar di atas dan di bawah ini sebagai contoh :)

Pastinya kad memori kamera kita amatlah penting. Lagi-lagi jika terkandung gambar-gambar untuk pelanggan kita. Tips ini mungkin berguna untuk keselamatan kad memori kamera kita jika hilang atau tercicir.

Masalah kad memori kamera tercicir dan hilang kerap juga terjadi. Ada antara kita yang menulis nama dan nombor telefon pada memori kad.

Selain daripada itu, kita boleh juga simpan satu file dalam format JPG. di dalam memori kad kamera kita. Bagaimana?

Pastikan maklumat seperti Nama, nombor telefon atau nota penting kita tuliskan pada gambar tersebut. Save dalam format JPG. dan simpan di dalam kad memori kamera kita seperti gambar di atas.

Secara logiknya, sesiapa sahaja yang terjumpa kad memori kamera akan melihat apa isi di dalamnya. Manalah tahu ada gambar-gambar yang boleh dijual! :)

Jika kita menyimpan gambar yang mempunyai informasi seperti di atas, sekurang-kurangnya sesiapa yang telah menjumpai dan melihat nota JPG. yang ada di dalam kad memori kita, mereka tahu pemiliknya  dan cara untuk menghubungi kita.

Manalah tahu, orang yang terjumpa kad memori penting kita ada niat yang baik untuk memulaangkan semuala kepada kita! Betul tak?

Saya harap tips ini dapat membantu kita semua :)

Salam hujung minggu …

…GO!!! :) :) :)

*Untuk tempahan T-shirt faktor ‘X’, sila klik di SINI.

Cheap Camera
 

Untuk mendapatkan gambar gubahan hantaran seperti yang kawan-kawan lihat di atas, bukanlah sukar. Gunakan cahaya yang datang dari arah tingkap. Jika tiada cahaya daripada tingkap, kita boleh gunakan cahaya tambahan seperti lampu LED, lampu suluh ataupun flash kamera.

Bagi gambar di atas, saya gunakan satu flash yang diletakkan di sebelah hadapan bakul buah-buahan tu.

#Tip: Flash saya letakkan di sebelah bakul seperti pada gambar yang saya tunjukkan di bawah ini. Tetapan flash saya pilih  yang paling rendah; 128. Boleh juga jika saya hanya menggunakan cahaya sedia ada (lampu bilik-cahayanya agak malap). Cuma kurang menarik kerana cahayanya agak mendatar.

Penggunaan cahaya tambahan dapat menghasilkan gambar seperti yang saya rakam di atas ini :)

Saya harap entry kali ini dapat memberikan sedikit idea kepada kita semua.

Senyum selalu…GO!!! )

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Cheap Camera
 

Beli Kamera Online

ShaShinKi.com - Malaysia's Online Camera Shop!

Fanpage Noorizam Sabran.

© 2010 Tips Asas Fotografi
Tempahan Fotografi Newborn sesi 2013 : RM1099 RM799 sahaja. Promosi Terhad . email kepada info@ishootnewborn.com . [ Facebook ]