Akad nikah Azam+Lidya

Semua gambar-gambar di bawah saya rakam semasa di Terengganu Sabtu lepas.

Lihat pada gambar di bawah, kita sudah tahu masa majlis akad nikah ini berlangsung. Sebab ada jam dinding yang elok berfungsi :)

Oleh kerana majlis ini di adakan di dalam masjid, gunakan segala elemen-elemen menarik yang ada di dalam masjid atau lokasi. Contohnya saya gunakan elemen ‘corak’ yang ada pada dinding masjid pada gambar di bawah.

Pada gambar di bawah ini pula, saya masukkan elemen garisan di dalam gambar. Tiang masjid menjadi elemen garisan yang kuat untuk dimasukkan bersama subjek utama.

Elemen ‘corak’ pada siling masjid saya gunakann untuk digarab bersama subjek utama iaitu pasangan pengantin.

Tidak semestinya kita rakam gambar yang penuh. Kadang-kala, gambar separuh kepala pun boleh menjadikan sesuatu gambar itu ada ceritanya.

Ok, jangan lupa rakamkan gambar-gambar ‘candid’ yang mempunyai mood yang kuat. Contohnya seperti gambar pasangan pengantin bersama  rakan-rakan rapat :)

Kepada Azam dan Lidya,selamat pengantin baru semoga dimurahkan rezeki dan bahagia selalu :) . Terima kasih kepada Ayie, Aidil dan Am juga :)

Peralatan utama kali ini adalah ‘kit lens’, kamera dan satu flash pinjam :)

Terima kasih semua .

…GO!!! :)

Cheap Camera
 

Potret kucing cara mudah.

Shoot macam ni sesuai untuk anda yang ‘hanya’ ada kamera sahaja. Ini adalah cara mudah, cepat dan ringkas untuk merakan gambar kucing-kucing anda. Hanya perlukan satu kamera dan tuala sebagai latar belakang.

Camera model: Nikon D40

F stop: f/8

Exposure: 1/80 second

ISO speed: 200

Expossure bias: -0.7 step

Focal lenght: 60mm

Metering mode: pattern

Flash mode: direct camera built in flash.

Latar belakang menggunakan kain tuala warna putih sahaja.

Gambar di atas menggunakan kain hitam sebagai latar belakang.

Video di bawah ni semasa behind the scene dirakam menggunakan handphone saya. Njoi!

Senyum selalu dan…GO!!! :)

Cheap Camera
 

Cerita Teknikal Pada Gambar.

Perkara penting sebelum kita merakam sesuatu gambar adalah, kita sendiri perlu tahu ‘apa’ yang hendak dirakam. Bagaimana komposisi, cahaya dan bayangkan hasilnya.

Hari ini saya nak cerita asas tentang gambar di bawah ini. Aperture, shutter speed dan ISO (basic).

Exif gambar-gambar di bawah adalah seperti berikut:

Aperture: f2.8, Shutter speed: 1/30, ISO: 800, Metering: Spot, Focal lenght: 35mm (saya hanya gunakan kompak kamera fix lens 35mm)

Mengapa saya gunakan Aperture f2.8?

- Untuk mendapatkan kesan ‘depth of field’ /bokeh/ kabur seperti gambar di bawah. Potret lebih terserlah daripada latar belakang. Jika kita guna aperture lebih besar, latar belakang akan menjadi lebih kabur.

Saya gunakan shutter speed 1/30?

- Shutter speed 1/30 saya gunakan untuk membolehkan cahaya sedia ada cukup untuk mendapatkan imej yang saya inginkan berdasarkan keadaan cahaya semasa gambar ini dirakam. Saya tidak menggunakan flash dan hanya menggunakan kamera kompak. 1/30 cukup untuk ‘hand held’ kamera dan mendapat cahaya yang lebih.

ISO 800?

- Saya gunakan ISO 800 kerana keadaan cahaya semasa ini tidak begitu cukup. ISO 800 dapat membantu untuk mendapatkan gambar seperti yang saya mahukan tanpa menghilangkan banyak ‘detail’. Jika saya gunakan ISO100 pada masa ini dengan 1/30 dan aperture f2.8, sudah pasti gambar ini akan menjadi lebih gelap.

Gambar di bawah ini saya sudah tambah ketajamannya menggunakan Photoshop.

Kombinasi ketiga-tiga asas penting fotografi ini, membolehkan gambar dirakam seperti yang saya mahukan :)

Informasi kali ini sedikit teknikal tetapi tidak boleh lari dari asas fotografi :)

Semoga penjelasan ini dapat membantu anda memahami lebih terperinci aperture, shutter speed dan ISO.

Senyum and Go!!! :)

Cheap Camera
 

Tips Merakam Gambar Majlis Tunang.

Mungkin ada yang kurang pasti gambar apa yang perlu dirakam untuk sesuatu majlis tunang. Mari saya kongsikan tips untuk merakam gambar majlis pertunangan.

1. Rakam gambar potret perempuan (tunang).
2. Rakam gambar keluarga.
3. Rakam gambar cincin pertunangan.
4. Rakam gambar-gambar hantaran jika ada.
5. Rakam gambar suasana majlis meminang antara pihak lelaki dan perempuan.
6. Rakam gambar-gambar kreatif dan unik.
…cukup untuk 6 tips ye :)

Untuk gambar pertunangan adalah tidak sama dengan gambar perkahwinan. Lebih terhad dan lebih ringkas. Tahniah kepada Mohd Azam dan Cik Lidya :)

Terima kasih kepada Mohd Razali untuk gambar di bawah ini.

Di harap anda mendapat sedikit informasi tentang merakam gambar majlis pertunangan.

Senyum selalu dan…GO!!! :)

_________________________________________________________________________

*CD Rahsia Mencantikkan Gambar Dengan Photoshop.

Cheap Camera
 

Tips Penggunaan Reflektor Fotografi.

Apa itu reflektor?

Reflektor adalah satu peralatan tambahan yang digunakan dalam fotografi. Satu permukaan yang berkilau dan fungsinya untuk membalikkan cahaya. Ada reflektor yang bulat, segiempat dan segitiga. Di bawah ini adalah contoh reflektor berbentuk segitiga (trigrip).

Walaupun reflektor adalah peralatan tambahan dalam fotografi, tetapi kesannya amat membantu kita dalam menambah baikkan cahaya pada sesuatu potret. Biasanya reflektor bewarna kuning sesuai untuk kulit yang putih dan agak pucat. Reflektor berwarna silver pula untuk kulit kebiasaan kita.

Di bawah adalah contoh-contoh gambar sebelum dan selepas penggunaan reflektor yang sempat saya rakamkan semasa J.O.M: Wedding Portrait di UIA Sabtu lepas.

Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada ‘setiap seorang’ semua yang memberi sokongan untuk J.O.M: Wedding Portrait di UIA Sabtu lepas. Kehadiran anda dari serata Malaysia dan Singapore amat saya hargai.

Saya harap tip-tip yang saya kongsikan akan diguna pakai untuk menambah keuntungan anda dalam fotografi perkahwinan di hujung minggu. Apa yang penting adalah praktikkan apa yang kita pelajari.

Terima kasih semua dan GO!!! :)

**Kepada anda yang terlepas untuk J.O.M: Wedding Portrait kali ini, J.O.M: Wedding Portrait ke-2 akan dibuat pada 4- Disember 2010 ini. Terima kasih di atas sokongan anda semua :)

Cheap Camera
 
NOTA PENTING sebelum anda membeli:
*E-book ini hanya boleh dihantar kepada pembeli ke akaun email YAHOO sahaja. Pembeli perlu ada akaun email YAHOO.
**E-book hanya untuk pengguna WINDOWS sahaja, tidak boleh digunakan dengan MAC.

Ebook berwajah baru ini adalah untuk pasaran yang lebih luas :)

Inilah sedikit preview tentang Ebook Rahsia Mencantikkan Potret Dengan Photoshop ini.

Ebook Rahsia Mencantikkan Potret Dengan Photoshop adalah satu lagi produk yang saya hasilkan untuk tahun 2010. Ini adalah ebook yang sudah di naik taraf dari ebook ‘Cuci Muka’ yang lalu.

Di dalam ebook Rahsia Mencantikkan Potret Dengan Photoshop ini, cara-cara yang saya kongsikan; – Cepat, mudah dan berkesan.

Cara yang saya kongsikan amat sesuai untuk anda yang baru (beginner). Saya menggunakan Bahasa Malaysia yang ringkas dan mudah untuk difahami. Amat sesuai untuk menambah cantikkan potret perkahwinan pelanggan anda, potret keluarga dan sebagainya.

Apa yang anda boleh pelajari dari ebook ini?

1- Cara membuang jerawat dan bintik hitam.

2. Cara membaiki dan melicinkan kulit muka.

3. Cara menyerlahkan mata.

4. Cara menukar warna mata.

5. Cara mencantikkan warna pada bibir .

Ebook Rahsia Mencantikkan Potret Dengan Photoshop mengandungi:

1. Ebook Rahsia Mencantikkan Potret Dengan Photoshop.

2. Gambar potret untuk latihan (saiz besar).

Semua tutorial bergambar ini saya buat menggunakan perisian Adobe Photoshop CS3 (boleh digunakan dengan Photoshop CS4 dan Photoshop CS5)

Antara contoh tutorial di dalam ebook ini: #Menukar warna mata

#Membersihkan kulit muka

#Gambar sebelum dan selepas muka dibersihkan

Harganya RM60.

*******************************************************************************************

Cara-cara membuat pembelian ebook:

1. Bank in RM60 ke akaun Maybank UFO , nombor akaun 507134240756

2. Setelah membuat pembayaran; sila Email ke ijamp@yahoo.com butiran berikut:

Nama penuh anda

- Nombor telefon

-Ref. number.

*E-book akan dihantar ke email YAHOO anda dalam tempoh 24 jam selepas pembayaran diterima. Pesanan dikendalikan secara manual.

**Ebook Mencantikkan Potret Dengan Photoshop adalah ebook yang menggunakan perisian khas.

Terima kasih di atas sokongan anda semua :)


Cheap Camera
 

- Rahsia  fotografi ‘newborn baby’ di Malaysia!

- Tips merakam gambar ‘newborn baby’ yang menarik!

- Tips editing mencantikkan gambar-gambar newborn baby!

- Tips pencahayaan yang minimal, kesan yang hebat!

- Tips Kamera dan lensa apa?

- Peralatan tambahan dan aksesori!

- Tips menjual selepas jualan!

…dan amat banyak lagi!

CD edisi e-book ini juga TERHAD!

Hanya RM50! Untuk pembelian awal!

Email saya di ijamp@yahoo.com tajuk ‘Rahsia Newborn’ untuk tempahan awal!

Cheap Camera
 

RM100 Dan Fotografi

Anda ada banyak duit siling janganlah dibuang. Kumpul-kumpul, kira-kira kalau cukup RM100 dah boleh beli barang tambahan untuk fotografi anda. Di sini saya kongsikan tips barang yang kita boleh beli dengan RM100.

#1. Reflector- Reflector amat membantu untuk mencantikkan gambar yang mahu dirakam. Ianya membantu dalam menambahkan cahaya pada subjek di bahagian tertentu. Amat sesuai dibawa jika merakam gambar potret lebih-lebih lagi di siang hari. Cahaya reflectionnya lebih natural.

#2. Kain lap- Kain untuk mencuci lens amat penting. Contohnya kain jenis microfiber atau drying towel yang memang khusus untuk mencuci atau mengelap lens kamera anda. Biasanya terkena cap jari kita atau air terpercik. Ingat ya, jangan sesuka hati membersihkan lens menggunakan tisu muka atau tisu tandas. Lens akan mudah calar. Beli kain yang sesuai yang dijual di kedai kamera dan harganya tak sampai RM100.

#3. UV filter- Filter ini amat penting untuk melindungi lens kamera kita. Biasanya filter akan rosak dahulu kalau lens terhantuk dinding, meja dan sebagainya. Cuba bayangkan lens tiada filter dan terlanggar dinding dan sebagainya. Pastinya lens kamera kita akan terus rosak, calar atau pecah. Harga filter UV biasa tak sampai RM100 dan boleh menyelamatkan lens kamera kita yang berharga ribuan ringgit.

#4. Blower- Ini lagi satu benda yang penting yang kita perlu ada. Blower untuk ‘halau’ habuk. Jika lens kamera kita terkena habuk, jangan terus lap. Bahaya dan amat bahaya. Jika habuk kain boleh di maafkan tetapi jika habuk dari pasir atau batu dan kebetulan pula kita terus lapkannya, permukaan lens kita akan bercalar. Sebab itulah, buang dahulu habuk menggunakan blower (peniup habuk). Lepas habuk dah terbang, barulah selamat untuk kita lap. Buang habuk kasar dengan jari juga akan membuatkan lens kamera kita calar.

#5. Kad memori- Kad untuk menyimpan gambar anda amat penting. Ada baiknya kita mempunyai lebih daripada 1 kad memori. Ini amat perlu jika kita shooting gambar-gambar penting dan tiba-tiba kad memori penuh. Apa nak buat kalau tiada kad lebih? Jadi untuk memudahkan kerja, belilah lebih kad memori kamera anda :)

Ok…banyak lagi yang boleh kita beli untuk fotografi jika ada RM100. Ini sekadar 5 benda yang agak penting sahaja. Dan 5 benda ini amat membantu kita dan selalu kita gunakan.

Selamat berhujung minggu semua. Senyum selalu :)

…GO!!! :)

Cheap Camera
 

Gambar Hitam Putih

Gambar hitam dan putih (black and white) amat mudah untuk dihasilkan dengan teknologi digital sekarang ini. Hasilnya mungkin tidak sama atau sehebat menggunakan filem. Bezanya dengan teknologi digital ini, kita boleh memanipulasi gambar hitam putih untuk kelihatan seperti menggunakan filem.

Anda boleh cuba dengan kamera digital anda. Kebanyakan kamera sudah disertakan dengan tetapan black and white.

*Tip fotografi B&W :

1. Anda boleh terus tetapkan untuk gambar hitam putih terus dari kamera digital; pilih tetapan B&W (black and white) dan semua gambar akan terhasil dalam hitam putih.

2. Untuk menambah baik lagi gambar, kita boleh menggunakan perisian komputer untuk memanipulasi.

3. Gambar black and white lebih menarik jika kita rakamkan saat yang berharga dan mempunyai cerita tersendiri.

Kepada pasangan Ijat+ Tas, happy selalu…selamat pengantin baru!

…GO!!! :)

*Semua gambar saya shoot menggunakan kamera kompak.

Cheap Camera
 

Apa Itu 16 Rule?.

Apa  dia 16 Rule? Kawan-kawan pernah dengar tak ‘Sunny 16 Rule’?

Mungkin ada antara kita yang tak pernah tahu. Cakap Bahasa Melayunya lebih kurang peraturan 16 cuaca cerah. Kira 16 rule la tu. Jika kita tiada panduan meter cahaya, kita boleh menggunakan ’16 Rule’ ni.

Apa bendanya? Ini adalah panduan untuk kita tetapkan aperture, shutter speed dan ISO pada keadaan cahaya CERAH di siang hari. Ingat ya, pada siang hari yang CERAH sahaja kita boleh gunakan ‘Sunny 16 Rule’ ni. Mendung tak ngam nanti :)

Asas 16 rule ni senang saja.

Dalam keadaan cahaya yang cerah di siang hari, buka f16 aperture lens kita. Pemilihan shutter speed pula haruslah lebih kurang sama dengan ISO yang kita pilih ataupun atas sedikit dari ISO.

Contoh paling mudah; jika kita pilih ISO 100, tetapkan shutter speed pada 1/125. Biasanya, nombor shutter speed lebih tinggi sedikit dari nombor ISO. Untuk memudahkan kita ingat, gunakan formula ‘ISO sama dengan shutter speed’. Gambar anda pasti GO! :)

Apa jadi jika cuaca mendung pada waktu siang? Jawapannya, tukar bukaan aperture kepada lebih besar; contohnya ke f11. Tapi 16 Rule dah lari tajuk jadinya :)

Tip 16 Rule: Contoh yang kita gunakan untuk ‘Sunny 16 Rule ni adalah F16, ISO100 dan shutter speed 1/125.

Lepas ni boleh cuba di siang hari YANG CERAH ok :)

…GO!!! :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Cheap Camera
 

Beli Kamera Online

ShaShinKi.com - Malaysia's Online Camera Shop!

Fanpage Noorizam Sabran.

© 2010 Tips Asas Fotografi
Tempahan Fotografi Newborn sesi 2013 : RM1099 RM799 sahaja. Promosi Terhad . email kepada info@ishootnewborn.com . [ Facebook ]