Setiap orang mempunyai tujuan tertentu untuk memiliki kamera. Ada yang membeli kamera kerana suka merakam gambar sendiri, update di dalam sosial, untuk keperluan kerja, untuk iklan bilboard dan berbagai-bagai sebab. Sebagai contoh yang paling popular adalah merakam gambar dan terus update di laman sosial.

Untuk memuat naik gambar ke dalam laman sosial seperti Facebook, Instagram dan sebagainya, kecanggihan teknologi pada kamera handphone juga sudah memadai.

Untuk merakam gambar yang boleh di cetak bersaiz 4R, kamera handphone yang menggunakan 5 megapixel dan ke atas sudah amat cukup.

Semua gambar-gambar di bawah ini saya rakam menggunakan iPhone untuk cetakkan bersaiz 4R dan 8R.

Tips bagi memastikan gambar yang kita rakam dengan handphone/ smartphone boleh di cetak (print) dengan kualiti yang baik:

1. Pastikan kita ‘frame’ subjek yang hendak kita rakam sama seperti yang hendak kita cetak (print). Ini bagi menggurangkan atau mengelakkan kita memotong gambar semasa proses editing. Fahami tentang ‘megapixel’.

2. Pegang handphone dengan stabil. Kurangkan gegaran semasa gambar dirakam dan lebih baik menggunakan tripod untuk gambar yang lebih ‘tajam’.

3. Pilih aplikasi handphone yang sesuai untuk membuat editing secara terus daripada handphone. Pastikan aplikasi untuk editing yang digunakan tidak menggurangkan resolusi gambar akhir kita. Penggunaan aplikasi yang tidak sesuai akan memberi kesan pada gambar yang kita cetak (print) terutamanya pada saiz besar.

Jika kita faham tantang megapixel, gambar yang kita hasilkan daripada kamera handphone 8 megapixel juga boleh dicetak pada saiz 8R dengan sempurna :)

 

Pastikan kita tahu tujuan kita untuk memiliki kamera. Tak perlu ikut kawan. Baca tips memilih kamera digital di sini.  :)

Kamera pada smartphone hari ini, sudah memadai untuk kegunaan fotografi biasa kebanyakkan kita. Di harap tips rngkas ini memberi manfaat kepada kita yang baru. Kongsikan bersama :)

…GO!!! :)

Gambar-gambar lain menggunakan iPhone 4 (5 megapixel) dan iPhone 4s (8 megapixel) baca di sini.

Tips ‘crop’ gambar bersaiz 4R untuk dicetak baca di sini.

Cheap Camera
 

Apa itu JomKelas.com?

Tentu anda semua ingin tahu apa itu JomKelas.com.

JomKelas.com diwujudkan bertujuan untuk dijadikan sebagai satu hab untuk pelajar dan pengajar berkongsi pengetahuan tentang kemahiran masing-masing.

Di JomKelas.com, mereka yang ingin berkongsikan ilmu dapat menyampaikan informasi tentang kelas-kelas yang telah dan akan dianjurkan. Mereka yang ingin berkongsi ilmu juga boleh mencari tempat yang bersesuaian dengan jumlah pelajar, sama ada untuk tujuan seminar kecil, tutorial atau bilik studio.

JomKelas.com

Di sini, JomKelas.com memberikan informasi bagi memudahkan bakal pelajar/pelajar untuk mengetahui maklumat terkini kelas-kelas yang akan dianjurkan.

Untuk permulaan, JomKelas.com lebih tertumpu kepada kelas-kelas seperti fotografi, rekabentuk (Photoshop) dan rekabentuk laman web. Pada masa akan datang, JomKelas.com bakal mensasarkan kelas-kelas seperti “motivasi” , “pemasaran” , dan “perniagaan” bagi menarik lebih ramai pelajar dan pengunjung melayari JomKelas.com.

Sila sertai Facebook JomKelas.com (klik sini) untuk mendapatkan maklumat terperinci tentang kelas-kelas akan datang dan promosi yang ditawarkan oleh JomKelas.com.

Terima kasih semua…

…GO!!! :)

* Anda boleh kongsikan informasi ini kepada kawan-kawan yang lain. Terima kasih.

Cheap Camera
 

Sabtu lepas saya sempat bersama-sama adik-adik Sekolah Menengah Vokasional ERT Setapak dalam satu workshop fotografi ‘asas melihat’. Zaman saya sekolah menengah dulu, memang tak ada peluang nak ada kamera sendiri. Kamera filem; mahal. Tetapi zaman sekarang, boleh di katakan semua pelajar sudah ada kamera digital sendiri.

Ramai pelajar-pelajar yang sudah memiliki DSLR sendiri. Hebatkan?

Apa yang penting kita fahami dulu asas-asas dalam fotografi. Apa yang saya kongsikan di dalam workshop tempoh hari adalah ‘isi’ yang amat penting.

Ramai yang bertanya dan ingin tahu semasa sesi perkongsian gambar dalam workshop ini. Pastinya kita akan bersama lagi dalam siri user friendly outing nanti :)

Bersama kumpulan pelajar yang aktif di dalam fotografi.

Terima kasih semua. Terutamanya kepada Cikgu Yanti dan Cikgu Hafiz yang berusaha untuk menjayakan program ini. Siri akan datang kita buat dilokasi yang telah dipilih ok. Jangan lupa kita outing ramai-ramai dalam siri user friendly outing pula, ok :) :) :)

…senyum selalu dan GO!!! :)

Cheap Camera
 

UPDATE: J.O.M Batu Caves.

LOKASI berkumpul: Di bangunan kaca Sri Subramaniar (management office) masuk pintu gerbang, sebelah kiri.

Kepada anda yang sudah membuat pembayaran dan mendaftar, email anda sudah diterima. Tidak perlu menghantar 2 kali :)

(anda yang bayar menggunakan ATM sila bawa slip pada hari Sabtu 30 Oktober 2010).

*Design t-shirt adalah seperti di bawah.

Sila lihat di sini untuk lebih lanjut.

Terima kasih semua…GO!!! :)

Cheap Camera
 

Tips Shoot Potret Raya.

Ok…yang bawah ni potret malam raya. Malam raya biasanya kita sibuk buat persiapan. Pasang langsir, masak ketupat, lauk, potong ayam dan macam-macam lagilah. Nak shoot family potret pun boleh masa ni. Tak perlu pakai cantik-cantik. Boleh nampak ceritanya sudah cukup.

Jangan lupa ye, reaksi (expression) muka tu penting untuk timbulkan mood dan menunjukkan ceritanya :) . Gambar ni baru je saya shoot. Settingnya anda lihat di dalam gambar ini ye…

Sempena hari raya yang akan tiba esok, pasti ramai yang ingin mengabadikan potret hari raya bersama keluarga, saudara mara dan rakan-rakan. Pastinya ramai yang memiliki kamera digital sendiri, tak kiralah kompak atau DSLR.

Anda guna DSLR? Sepatutnya gambar yang anda rakam adalah lebih menarik jika menggunakan DSLR. Anda pengguna kamera kompak? Tak perlu risau, jika anda tahu menggunakan kamera anda, hasilnya tidak banyak beza dengan yang menggunakan kamera besar :)

Mari saya kongsikan tipsnya:

#1. Cari tempat yang cantik bagi anda. Contohnya di sudut rumah anda yang telah dihias dengan cantik sempena hari raya ni. Ataupun di halaman rumah anda yang cantik.

#2. Jika di dalam rumah yang kurang cahaya, cari bahagian yang berhampiran dengan sumber cahaya seperti tingkap yang besar. Ini untuk mendapatkan gambar potret yang lebih natural dan cantik. Jika menggunakan flash, kawal kekuatan cahayanya supaya gambar lebih natural.

#3. Gunakan aperture kecil jika potret keluarga anda melebihi 1 baris. Ini untuk memastikan semua potret subjek adalah sharp. Lupakan sahaja aperture besar buat masa ini. Ingat ‘depth of field’ ye :)

#4. Anda sebagai pengarah, susunkan dan arahkan subjek supaya gambar anda nanti seperti yang diharapkan. Beri arahan untuk senyum, pandang kamera atau free style. Ikut kemahuan anda.

#5. Gunakan tripod jika ada banyak kumpulan dan jika anda ingin masuk sekali di dalam frame. Untuk ini, gunakan ‘timer’ kamera anda.

#6. Untuk gambar outdoor (luar rumah) pastikan anda gunakan flash. Ada beza jika anda on flash dan off flash semasa shoot di luar rumah. Tak percaya, anda cuba :)

#7. Buat ‘framing’ seperti mana yang kita kehendaki. Frame seawal dari viewfinder atau lcd skrin kamera kita sebelum anda tekan butang shutter kamera.

#8. Untuk gambar yang lebih cantik, pastikan anda dan keluarga memakai pakaian yang cantik-cantik. Hasilnya juga akan cantik :)

#9. Anda baru beli kamera dan tak sempat belajar? Nasihat saya gunakaan setting Auto pada kamera. Ataupun pilih setting potret, biasanya setting pada kamera yang berlabel ‘orang memakai topi’.

#10. Ini penting, shoot lebih dari 3 keping gambar. Lebih banyak lebih baik. Mungkin gambar pertama tidak sharp atau kabur ataupun ada antara subjek anda yang belum bersedia. Lebih banyak anda shoot, lebih selamat untuk anda.

Ok, selamat memcuba…pastinya semua sedang sibuk membuat persiapan untuk esok :)

Selamat Hari raya Aidilfitri :)

…GO!!! :)

Cheap Camera
 

J.O.M Ipoh!

Seperti biasa…sekali lagi!!! Jom Outing Malaysia untuk anda!

J.O.M KL dan J.O.M PENANG sudah,  giliran saya nak jumpa kawan-kawan yang berada di Perak pula kali ini :)

Kali ini lokasi yang dipilih adalah di Tempat Rekreasi Gunung Lang, Ipoh.  Saya pilih Ipoh kerana lokasinya yang dekat dengan tempat saya menginap dan mudah untuk dituju.

Memandangkan masa yang singkat, saya akan cuba buat sesantai yang mungkin untuk sesi kali ini.

Kawan-kawan yang ada kelapangan dan berada di kawasan berhampiran dijemput hadir. Kita berjumpa, berkongsi ilmu dan berkenal-kenalan.

Lokasi  : Gunung Lang Ipoh, Perak.(jika ada perubahan saya akan update)

Masa     : Jam 8-11pagi (kita hanya ada masa yang terhad).

Tarikh  : 15 Mei 2010 (Sabtu).

Matlamatnya: Saya akan berjumpa dan berkongsi ‘asas untuk merakam gambar menarik’ kepada kawan-kawan pembaca blog saya semua yang banyak memberi sokongan selama ini. Kita berkenalan. Selalu jumpa dalam blog je, kali ini kita jumpa depan mata :)

Kawan-kawan yang sudah menyertai J.O.M yang lepas (KL dan Penang) sudah tahu apa yang mereka dapat dalam program J.O.M ini. :)

Cara saya belajar merakam gambar mungkin ada bezanya dengan yang lain. Sesi perkongsian saya tidak terlalu teknikal kerana saya banyak mengaplikasikan elemen-elemen seni dalam gambar yang saya rakam.

Seperti sebelumnya, dalam outing di Ipoh ini kita akan aplikasikan elemen-elemen asas seni dalam fotografi.

Apa yang penting anda minat untuk belajar tidak kira anda menggunakan DSLR atau kamera digital biasa (compact/point and shot).

‘Jangan malu untuk belajar’.

Untuk belajar merakam gambar menarik, kita tak perlu risau tentang kamera murah atau mahal. Apa yang perlu kita risaukan adalah tentang cahaya, asas fotografi dan ’seninya’.Kamera yang canggih dan mahal hanya membantu memudahkan kerja kita.

Seperti biasa, anda yang ingin turut serta sila sms saya di 012-609 6616 untuk nota ringkas yang perlu saya sediakan.

J.O.M Sabtu ni kita jumpa!… Jaga keselamatan diri masing-masing!

…GO!!! :)

*Jangan lupa, sarapan dulu sebelum datang, bawa air untuk minum :)

Gambar-gambar J.O.M yang telah lepas:

J.O.M KL dan J.O.M PENANG

Cheap Camera
 

J.O.M: Penang!

Sekali lagi!!! Jom Outing Malaysia!

J.O.M KL sudah,  giliran saya nak jumpa kawan-kawan yang berada di Utara pula kali ini. Yang berada di Penang, Kedah,Perlis…dan seterusnya :)

Di Penang bangunanya cantik-cantik. Yang penting jaraknya tidak begitu jauh antara satu tempat ke satu tempat yang lain. Banyak perkara yang boleh diaplikasikan di sini.

Ada bangunan-bangunan lama, tugu tinggalan zaman jajahan, tempat Francis Light dan macam-macam-macam lagi. Anda yang pernah sampai ke Penang pasti tahu. Tidak hairanlah Penang di iktiraf sebagai salah satu ‘Tapak Warisan Dunia’.

Kawan-kawan yang silent reader dan jurugambar-jurugambar berpengalaman pun dijemput hadir jika ada kelapangan. Kita berkenal-kenalan.

Sabtu ini saya akan berada di Penang, Pulau Mutiara.

Lokasi  : Padang Kota Lama, Penang-Esplanade. (jika ada perubahan saya akan update)

Masa     : Jam 8-11pagi (disiplin perlu tinggi untuk merakam gambar).

Tarikh  : 8 Mei 2010 (Sabtu).

Jom kita outing (di KL haritu tak sempat nak outing banyak tempat, sebab terlalu ramai)! Bawa kamera anda ya.

Matlamatnya: Saya ingin berjumpa dan berkongsi ‘asas untuk merakam gambar menarik’ kepada kawan-kawan pembaca semua yang banyak memberi sokongan selama ini. Kita berkenalan. Selalu jumpa dalam blog je, kali ini kita jumpa depan mata :)

Cara saya belajar merakam gambar mungkin ada bezanya dengan yang lain. Apa yang sama antara kita adalah kita mahukan gambar yang menarik. Dalam outing di Penang ini kita akan aplikasikan elemen-elemen seni dalam fotografi.

Apa yang penting anda minat untuk belajar tidak kira anda menggunakan DSLR atau kamera digital biasa (compact/point and shot). ‘Jangan malu untuk belajar’. Saya juga masih gunakan lensa kit saya 18mm-55mm f3.5-5.6.

Untuk belajar merakam gambar menarik, kita tak perlu risau tentang kamera murah atau mahal. Apa yang perlu kita risaukan adalah tentang cahaya, asas fotografi dan ‘seninya’. Kamera yang canggih dan mahal hanya membantu memudahkan kerja kita.

Kawan-kawan dah bersedia? Anda yang ingin turut serta sila sms saya di 012-609 6616 untuk nota ringkas yang perlu saya sediakan.

J.O.M Sabtu ni kita jumpa!… GO!!! :)

*Jangan lupa, sarapan dulu sebelum datang, bawa air masak,mineral :)

**Untuk melihat gambar kawan-kawan kita semasa J.O.M di KL boleh lihat DI SINI.

Cheap Camera
 

Satu hari rasa macam satu jam. Bermula jam 9.30 pagi, saya mula bercakap tentang ‘merakam gambar menarik’. Sedar tak sedar dan sampai masa untuk makan tengah hari. Cepat sungguh rasanya.

Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada Encik Zulkifilee Yazid (Penolong Pengarah Kanan) Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang sudi menjemput saya. Tidak lupa kepada Encik Kamal yang banyak membantu dalam menjayakan sesi kali ini.

Kepada tuan-tuan dan puan-puan yang menyertai bengkel ini, saya harap anda semua mudah memahami apa yang saya sampaikan. Apa yang penting, kita praktikkan apa yang kita pelajari.

Kepada yang meminta ebook ‘Rahsia Merakam Gambar Menarik’, anda boleh muat turun di sebelah kanan blog ini. Cuma masukkan email dan nama anda dan click  ’muat turun di sini’.

Jika anda semua ada kemuskilan, boleh hubungi saya secara terus.

Saya pasti anda semua enjoy dengan outing kali ini. Semuanya bersemangat dan memberikan kerjasama yang baik untuk belajar. Lihat saja gambar-gambar ini :)

Maklumlah dah lepas makan tengah hari, semuanya cergas.

Melihat semua gambar-gambar ini anda pasti ingat elemen-elemen asas yang kita pelajari.

Terima kasih sekali lagi kepada semua yang terlibat. Lain kali kita jumpa lagi. Anda semua memang champion! Tidak kira kamera kecil ataupun besar yang penting kita tahu ilmunya, betul tak?

GO!!! :)

*Anda boleh berikan testimonial diruangan komen. Jika anda ada website atau blog boleh link sekali :)

Cheap Camera
 

Saya pasti ramai yang pernah dengar nama Din Arshad, salah seorang jurugambar profesional di Malaysia yang telah berjaya di tahap antarabangsa. Bukan main-main, beliau memang telah berjaya membuktikan fotografi sebagai satu bidang yang begitu profesional. Ini bukan sahaja bermaksud mengambil gambar di luar negara, ini lebih bermaksud mengambil gambar yang diminta oleh pelanggan dan dibayar dengan lumayan dengan kerja yang amat profesional. Wah! Bagus bunyinya.

Kepada rakan-rakan yang belum tahu tentang Din Arshad, beliau adalah seorang jurugambar yang amat berpengalaman di dunia fotografi…Ya!Fotografi. Bidang yang rakan-rakan pembaca juga minati.

Mempunyai pengalaman dalam bidang fotografi selama lebih 30tahun, adalah sesuatu yang amat beharga. Lebih penting lagi Din Arshad telah berjaya hidup selesa dengan dunia fotografi. Segala hasil kerja berbayar beliau anda boleh lihat sendiri di sini.

Ya, saya amat pasti, ramai antara rakan-rakan meminati fotografi dan meminati fotografi untuk kehidupan yang lebih baik. Dalam erti kata lain, meminati fotografi untuk ‘mencari duit’. Sudah pasti, ‘profesionalism’ amat penting di sini…Dan “rahsianya” ialah belajar dari seseorang yang telah bejaya membuktikannya, Din Arshad.

Ada berita baik untuk rakan-rakan pembaca blog noorizamsabran.com, Din Arshad bersetuju untuk berkongsikan ilmu fotografi beliau kepada anda semua yang berminat. Ilmu yang telah membawa Din Arshad ke tahap beliau berada sekarang.

Ya, belajar fotografi bersama Jurugambar Profesional Malaysia yang telah berjaya bukan sahaja di dalam negara. Pada tahap yang dicapai sekarang, ini adalah satu peluang yang terlalu baik untuk kita belajar ilmu fotografi dengan beliau.

Din Arshad memberikan fokus kepada peminat fotografi yang berada di bahagian Utara Semenanjung Malaysia. Rakan-rakan yang berada di Penang, Ipoh, Kedah dan Perlis inilah masanya untuk belajar fotografi dari seorang jurugambar yang telah jauh berjaya di dalam bidang ini. Fotografi bertaraf profesional!

Kepada rakan-rakan yang berminat untuk belajar secara eksklusif bersama Din Arshad, anda boleh menghantar email kepada saya di ijamp@yahoo.com atau hubungi saya di 012-6096616.

Workshop Bersama Din Arshad ini adalah terhad. Ianya adalah eksklusif untuk anda. Jangan lepaskan peluang keemasan ini. Hubungi saya jika anda berminat untuk berjaya di dalam bidang fotografi secara profesional.

Untuk melihat pesanan Din Arshad kepada peminat fotografi yang baru, anda boleh click di sini.

Terima kasih kepada Cik Din Arshad :)

Nota dari saya:

Terlalu ramai dikalangan kita yang amat risaukan ‘kamera apa yang sesuai untuk dibeli’. Sebenarnya, kita tak perlu risaukan kamera apa yang patut dibeli. Untuk merakam gambar yang cantik atau mahu menjadikan fotografi sebagai sumber pendapatan, utamakan untuk belajar ilmu fotografi terlebih dahulu. Terlalu banyak yang perlu kita pelajari.

Ya! Kita perlu letakkan ‘belajar ilmu fotografi‘ di atas sekali. Maknanya dalam senarai nombor satu dari atas, bukan dari bawah. Percayalah rakan-rakan, jika anda merasakan kamera canggih atau mahal perlu di miliki dahulu untuk mendapatkan gambar-gambar yang cantik, itu adalah kesilapan besar dan merugikan kita.

Sebabnya, kamera yang anda miliki sekarang ini, yang ada di dalam beg anda itulah kamera yang terbaik untuk anda mendapatkan gambar-gambar yang baik. Kamera canggih dan berteknologi terkini hanya membantu kita membuat kerja lebih senang dan cepat…dan kamera ini akan menjadi tak berguna pada kita jika kita tidak faham tentang asas-asas fotografi.

*Nota ini adalah untuk rakan-rakan yang serius untuk belajar ilmu fotografi. :)

Terima kasih semua.

GO!!! :)

Cheap Camera
 

Cuba Teka???

Siapa boleh teka apakah subjek  sebenar untuk gambar-gambar di bawah ini. Macam ada garisan panjang-panjang. Mmm…apa ye??? Mari lihat dan fikirkan apa subjek sebenarnya.

Lihat betul-betul… :)

Cari jawapannya…

1

Yang ini pula macam butang baju. Betul ke butang? Hehehe…tapi tak ada pulak tempat yang dijahit!

3

Ini pulak macam pasir…batu karang?kulit kerang???…Hehehe…bukan…bukan…

5

Ini best, siapa boleh teka apa dia. Ada bulat-bulat, lubang sikit, macam apa ya???Mungkin ramai antara rakan-rakan yang tidak tahu apa subjeknya.

7

Sekali tengok macam kipas mainan kanak-kanak…eh bukanlah…katun siput??? Eh bukan siput nih, panjang sangat telingga dia…

9

Hah! Ini mesti ramai yang tahu…. :)

11

Ini pasti sukar diramal! Ada bulu-bulu sikit…macam tali guni! Apa ya?

15

ijamp

Alamak boss dah warning!!!

Tak sempat nak kongsi jawapan nih! Teka dulu ok!

Ok, GO!!! :) :) :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Cheap Camera
 

Beli Domain dan Hosting

Fanpage Noorizam Sabran.

© 2010 Tips Asas Fotografi
Tempahan Fotografi Newborn sesi 2013 : RM1099 RM799 sahaja. Promosi Terhad . email kepada info@ishootnewborn.com . [ Facebook ]