Ufo di Pulau Besar.

Walaupun cuaca jerebu, ‘User Friendly Outing’ (U.F.O) telah pun selamat dibuat di Pulau Besar Melaka.  Terima kasih tak terhingga saya ucapkan kepada semua kawan-kawan di Melaka yang turut serta. Suka saya dapat berjumpa kawan-kawan baru seperti anda semua :)

Walaupun di dalam cuaca yang tidak begitu cerah, kita boleh cuba dapatkan gambar yang sebaik mungkin. Di bawah ini antara gambar-gambar dalam jerebu yang saya rakam di Pulau Besar Melaka.

Saya juga suka gambar-gambar yang berunsurkan seni :)

#Tips merakam gambar luar (outdoor):

1. Sebaiknya bawa tripod, alat kawalan jauh untuk kamera dan filter jika perlu.

2. Jika kita merakam gambar di tempat yang berombak besar, jangan lupa bawa kain lap kamera atau balut kamera kita dengan plastik supaya risiko terkena air masin dapat dikurangkan.

3. Berhati-hati dengan keadaan sekeliling; serangga  yang berbisa, kaca tajam dan sebagainya.

Semoga bermanfaat. InsyaAllah lain masa kita jumpa lagi di Melaka lagi dalam edisi buat duit!

…GO! :)

 

Salam Isnin kepada semua. Mulakan hari kita dengan ceria dan senyum selalu :)

Sabtu lepas telah selesai satu lagi aktiviti J.O.M edisi santai bersama Ikram Ismail. Alhamdulillah. Saya amat menghargai di atas sokongan setiap anda semua yang hadir. Kepada rakan-rakan yang datang dari Sarawak, Kedah, Terengganu, Pahang, Johor, Pulau Pinang, Perlis,  saya doakan anda semua telah selamat sampai. Kami terharu dengan sokongan anda.

Ikram Ismail juga mengucapkan jutaan terima kasih di atas kesudian anda semua meluangkan masa untuk berjumpa beliau. Sebagai penghargaan kepada peserta yang hadir, anda akan diberikan 30% diskaun untuk ‘Workshop Perkahwinan Melayu bersama Ikram Ismail’.

Terlalu banyak ilmu dan rahsia-rahsia fotografi perkahwinan Melayu dikongsikan oleh Ikram Ismail. Anda sudah lihat dan mendengar sendiri jawapan-jawapan yang diberikan oleh Ikram Ismail. Setelah melihat sendiri gambar-gambar printing daripada Ikram Ismail, kita boleh menilai sendiri tahap pengetahuan yang kita ada.

Jangan lupa pesanan beliau tentang ‘peralatan kamera’, kit lens kita. Tak perlu terpengaruh dengan kamera mahal-mahal untuk permulaan.

Terima kasih sekali lagi kepada semua yang terlibat menjayakan J.O.M santai bersama Ikram Ismail.

Anda memang champion!

…GO!!! :)

 

Pengumuman: J.O.M santai bersama Ikram Ismail.

PEMGUMUMAN: Kepada rakan-rakan yang akan menyertai J.O.M santai bersama Ikram Ismail, anda boleh membawa ‘story album’ perkahwinan yang telah anda hasilkan dan meminta pandangan, nasihat daripada beliau.

Anda perlu merebut peluang keemasan mendapatkan nasihat ini secara percuma yang hanya ditawarkan di dalam siri J.O.M santai bersama Ikram Ismail ini.

Di atas permintaan ramai, tarikh tutup penyertaan telah dilanjutkan. Kepada anda yang berminat, boleh mendaftar dan maklumkan kepada saya terus melalui telefon.

Tempat: Auditorium A, Fakulti Kejuruteraan UIA, Gombak.

Tarikh: 26 Februari 2011.

Masa: 10 pagi- 3 petang.

Kepada anda yang mendaftar selepas 20 Februari 2011, t-shirt akan diberikan kemudian. 

Terima kasih di atas sokongan anda semua.

Senyum selalu dan …GO!!! :)

 

Ikram Ismail adalah seorang Jurugambar Perkahwinan Profesional VVIP dan Selebriti di Malaysia. Beliau mempunyai pengalaman yang luas di dalam bidang fotografi hampir 20 tahun. Antara selebriti terkenal yang menjadi pelanggan beliau untuk fotografi perkawinan seperti Dato Siti Nurhaliza, Erra Fazira, Nora Danish, VVIP kenamaan dan ramai lagi.

Terbaru, Ikram Ismail menjadi jurugambar rasmi untuk majlis perkahwinan pelakon  Ayu Raudhah dengan pemain bola sepak negara Zaquan Adha, di Kedah pada 21 Januari lepas.

Gambar-gambar eksklusif ini khas untuk tatapan anda daripada Ikram Ismail. Gambar perkahwinan Ayu Raudhah dan Zaquan Adha oleh Ikram Ismail.

Tentu anda berminat untuk mengetahui bagaimana Ikram Ismail merakam gambar-gambar perkahwinan yang menarik ini!

Seperti yang telah saya beritahu bulan lepas, Ikram Ismail telah sudi melapangkan masa dan akan bersama-sama kita dalam siri J.O.M edisi khas pada 26 Februari 2011 ini.

Kali ini, Ikram Ismail akan berkongsikan pengalaman dan ilmu asas penting fotografi perkawninan kepada semua peserta.

Antara tajuk-tajuk yang akan beliau kongsikan:

*Apa itu fotografi perkahwinan Melayu.

*Slide gambar-gambar Perkahwinan Melayu oleh Ikram Ismail.

*Ikram Ismail akan berkongsikan peralatan-peralatan fotografi perlu ada untuk fotografi perkahwinan.

*Rahsia mendapat gaya-gaya pose yang menarik, tidak kaku dan profesional.

*Rahsia penyusunan ‘story album perkahwinan eksklusif’ yang bercerita.

*Ikram Ismail akan tunjukkan kepada peserta contoh-contoh ‘story album perkahwinan’ yang menjadi pilihan pelanggan VVIP dan selebriti.

*…rahsia untuk terus mendapatkan pelanggan yang berkualiti, apa gambar yang perlu dirakam dan banyak lagi akan dikongsikan oleh beliau nanti.

*Eksklusif; soalan-soalan peserta akan dijawab terus oleh Ikram Ismail dalam sesi soal jawab selama lebih kurang 1 jam.

Sesi perkongsian ilmu ini dibuat secara santai supaya anda tidak segan untuk bertanya dan seterusnya mendapat manfaat daripada apa yang anda ingin ketahui.

Bayaran: RM100 seorang (termasuk makan+minum, bilik berhawa dingin, t-shirt edisi khas 100% cotton)

Tarikh : Sabtu 26 Februari 2011.

Masa : 10 pagi – 3 petang. (pandaftaran bermula jam 9.30 pagi)

Lokasi: Auditorium A, Fakulti Kejuruteraan UIA, Gombak (jika ada perubahan akan diberitahu)

*Peserta adalah terhad bagi memastikan keselesaan peserta.

Cara-cara ntuk mendaftar:

1. Bank in RM100 ke akaun Maybank UFO Ent. Nombor akaun 507134240756

**Tarikh tutup pendaftaran 20 Februari 2011.


Anda perlu rebut peluang yang sukar diperolehi ini. Anda perlu cepat kerana tempat adalah terhad!

Terima kasih semua.

…GO!!! :)

 

Pengalaman best di TLDM Lumut.

Terima kasih kepada semua peserta J.O.M Edisi Tentera Laut. Saya pasti ini antara pengalaman yang sungguh menarik buat kita semua. Ada rezeki kita jumpa di ATM dan TUDM!

Saya kongsikan sedikit gambar-gambar yang sempat saya shoot dengan handphone saya.

Cuba teka apa da dalam kotak cap sauh ni…

Semua tak sabar nak masuk ke pengkalan TLDM. Bas yang champion!

Nasib baik ada uncle ni punya bas, kalau tak naik lori la kita :)

Abang pilot beri penerangan sebelum masuk ke parking helikopter.

Yang ni pulak tempat beli cenderahati TLDM kena serbu sampai habis stok.

Semua berdiri di kawasan khas sebelum kebenaran untuk melepasi garisan kuning diberikan.

Helikopter ni ada 4 tempat duduk di belakang.

Helikopter yang ini ada warna…

Masa naik helikopter sempat lagi nak pose :)

Abang kapten kapal ni beritahu dalam tong ni ada meggi, biskut marie dan macm-macam makanan. Tong ni akan terbuka kalau kapal karam. Stok makanan ni boleh tahan untuk 2 minggu di atas laut jika tiada bantuan.

Ni la antenna kapal untuk menerima siaran.

Narcosis chamber, untuk divers yang ada masalah selepas menyelam dalam laut.

Meriam kapal! Boleh tembak 8 batu…

Dalam ni la meriam punya peluru. Letupan! Letupan!

Gambar-gambar kenangan bersama abang pilot dan krew.

Di atas kapal penangkis periuk api!

Terima kasih kepada semua yang terlibat dan menjayakan J.O.M edisi Tentera Laut. Ini adalah antara outing yang pastinya meninggalkan kenangan yang best!

Anda semua memang best! Jangan lupa kita aplikasikan asas fotografi yang dipelajari.

…GO!!! :)

 

Satu hari bersama Ikram Ismail.

Penyertaan sudah DITUTUP:
Kepada anda yang meminati fotografi khusus Perkahwinan Melayu, mungkin ramai yang sudah mengenali atau mendengar nama Ikram Ismail. Ikram Ismail adalah antara nama yang menjadi pilihan dikalangan VVIP dan selebriti untuk perkhidmatan fotografi perkahwinan Melayu yang eksklusif.

Tentu ada sebabnya Ikram Ismail menjadi pilihan golongan pelanggan elit. Pasti anda semua yang meminati fotografi perkahwinan, ingin tahu rahsianya daripada Ikram Ismail sendiri.

InsyaAllah, Ikram Ismail akan bersama dalam Siri J.O.M edisi khas pada 26 Februari 2011, Sabtu. Banyak perkongsian ilmu yang akan diberikan oleh beliau. Antaranya hasil kerja fotografi perkahwinan beliau, contoh-contoh album eksklusif, rahsia untuk terus mendapatkan pelanggan yang berkualiti, cara penyusunan ‘story album’ perkahwinan, apa gambar yang perlu dirakam dan terlalu banyak lagi akan dikongsikan oleh beliau nanti.

Semua ini akan disampaikan secara santai dan terus bersama anda! Segala pertanyaan anda tentang fotografi perkahwinan akan dijawab secara terus oleh Ikram Ismail sendiri.

Seminar secara santai ini akan diadakaan di kawasan tertutup. Ini untuk memastikan kita semua selesa dan dapat berkomunikasi dengan baik bersama Ikram Ismail. Apa yang penting, kita dapat perolehi ilmu yang ingin disampaikan oleh Ikram Ismail nanti :)

Kali ini, Ikram Ismail akan berkongsikan pengalaman dan ilmu asas penting fotografi perkawninan kepada semua peserta.

Antara perkara yang akan Ikram Ismail kongsikan:

*Apa itu fotografi perkahwinan Melayu.

*Slide gambar-gambar Perkahwinan Melayu oleh Ikram Ismail.

*Ikram Ismail akan berkongsikan peralatan-peralatan fotografi perlu ada untuk fotografi perkahwinan.

*Rahsia mendapat gaya-gaya pose yang menarik, tidak kaku dan profesional.

*Rahsia penyusunan ‘story album perkahwinan eksklusif’ yang bercerita.

*Ikram Ismail akan tunjukkan kepada peserta contoh-contoh ‘story album perkahwinan’ yang menjadi pilihan pelanggan VVIP dan selebriti.

*…rahsia untuk terus mendapatkan pelanggan yang berkualiti, apa gambar yang perlu dirakam dan banyak lagi akan dikongsikan oleh beliau nanti.

*Eksklusif; soalan-soalan peserta akan dijawab terus oleh Ikram Ismail dalam sesi soal jawab selama lebih kurang 1 jam.

Sesi perkongsian ilmu ini dibuat secara santai supaya anda tidak segan untuk bertanya dan seterusnya mendapat manfaat daripada apa yang anda ingin ketahui.


Anda perlu rebut peluang yang sukar diperolehi ini. Anda perlu cepat kerana tempat adalah terhad!

Terima kasih semua.

…GO!!! :)

**Sila kongsikan bersama rakan-rakan anda yang lain di Facebook dengan menekan butang ‘Share’ yang bewarna biru di atas. Terima kasih semua :)

‘Lock’ kalendar anda pada 26 Februari 2011!  :)

…GO!!! :)


 

J.O.M: Edisi tentera laut!

Penyertaan sudah di tutup!

Update terbaru dari pihak TLDM:

** Pakaian mestilah kemas. TIDAK BOLEH MEMAKAI baju T-Shirt kolar bulat.

Senang cerita kita pakai baju berkolar la… kepada peserta perempuan TIDAK BOLEH MEMAKAI PAKAIAN YANG MENJOLOK MATA.

Aktiviti pertama J.O.M tahun 2011 ini saya mula di TLDM Lumut. Seperti tahun sebelumnya, Jom Outing Malaysia tahun ini dimulakan dengan J.O.M edisi khas di atas kapal armada, Lumut Perak.

Peserta yang dibenarkan masuk hanya 40 orang menggunakan visa khas.

Bayaran: RM40 seorang.

Tarikh : 29 Januari 2011.

Masa : 9 pagi (Marina Island).

Untuk outing kali ini, memang special sikit. Tidak semua orang dibenarkan memasuk kapal ini kecuali mereka yang mendapat visa khas. Jika anda meminati ingin melihat lebih dekat, inilah peluangnya :)

Kita akan buat aktiviti fotografi dan saya akan berkongsi tips cara merakam gambar menarik! Cara melihat komposisi juga kan saya kongsikan di dalam outing ini. Saya akan update detailnya di sini jika ada informasi terbaru.

J.O.M kali ini memang dihadkan kepada 40 orang sahaja di atas kebenaran dari pihak berkuasa.

Siapa cepat dia dapat masuk.

…GO!!! :)

 

Anda Adalah Pengarah (Director).

Harini baru sempat update blog dengan gambar-gambar J.O.M Wedding Portrait Sabtu lalu. Sibuk dengan ‘assignment’ di luar.

Anda adalah pengarah! Ya, sebagai orang yang merakam gambar, kita mestilah menjadi pengarah kepada subjek yang hendak kita rakam.

Arahan yang baik akan dapat membantu kita mendapatkan gambar yang menarik. Suara mesti jelas semasa memberikan arahan.

Ini adalah antara contoh-contoh gambar semasa saya memberikan arahan kepada subjek semasa J.O.M: Wedding Portrait Sabtu lepas :)

Gambar ni kalau tak angkat pengantin panjat meja, memang tak dapat ‘angle’ macam ni :)

Gambar kreatif dari celah tiang-tiang batu.

Rule of third dalam gambar.

Gunakan elemen senibina yang ada di lokasi kita.

Elemen seni, pattern.

Arahkan subjek supaya kita mendapat pelbagai gambar.

Bercakap dengan bunga pun kadang-kala menjadi satu gambar yang beremosi :)

Ingat ya, bagaimana tips untuk merakam gambar berkumpulan yang ramai dan berbaris-baris ke belakang. Arahan suara yang kuat amat penting untuk ini.

Terima kasih kepada anda semua yang menyertai J.O.M kali ini. Sokongan anda semua amat saya hargai. Diharap anda dapat pelajari sesuatu dalam J.O.M kali ini :)

Jumpa nanti dalam siri workshop yang akan bermula tidak lama lagi!

Senyum dan GO!!! :)

 

Potret Anak-Anak Yatim.

Saya amat berima kasih kepada semua kawan-kawan yang turut serta menjayakan program bersama Anak-Anak Yatim AL-Wadi di Kupang Kedah. Ada yang sanggup datang dari jauh untuk turut bersama berjumpa anak-anak di sini. Semoga jasa dan bantuan anda semua dirahmati oleh-NYA.

Terima kasih juga kepada kawan-kawan pembaca blog di serata Malaysia yang telah mengirimkan sumbangan, semuanya sudah saya sampaikan kepada wakil Rumah Yakin AL-Wadi ini. Mereka mengucapkan terima kasih tak terhingga dengan pemberian yang telah anda sumbangkan.

Di sini saya sertakan gambar-gambar yang sempat saya rakamkan :)

Adik Arissa adalah peserta paling muda yang menyertai J.O.M ini. Ini adalah kali kedua adik Arissa menyertai program J.O.M! :)

Sumbangan-sumbangan daripada anda semua telah banyak membantu untuk penambah baikkan rumah AL-Wadi. Dulu kita lihat hanya berumah dan kayu (gambar-gambar lama boleh lihat di SINI ).

Dengan sumbangan sedikit demi sedikit daripada anda, mereka telah membina bangunan baru yang lebih selesa untuk anak-anak yatim dan miskin di sini. Untuk pengetahuan anda semua, Rumah Yakin AL-Wadi membangun tanpa menggunakan wang peruntukan badan kerajaan. Semuanya adalah hasil sumbangan orang ramai.

Ini adalah antara hasil sumbangan orang ramai (termasuk sumbangan anda sebelum ini).

Rumah awal mereka.

Sedikit demi sedikit mereka membina sendiri rumah-ini.

Kepada anda yang ingin memberikan sumbangan kepada Rumah Yakin Al-Wadi ini,

bolehlah telefon di nombor ini 04-4724895 ataupun bercakap terus dengan Pak Daud (013-4001001).

Di bawah ini adalah nombor akaun rumah ini :

Akaun Bank Islam: 02048 010013676 (RUMAH YAKIN ANAK ANAK YATIM/ MISKIN AL-WADI)

Akaun BSN: 02100 4100000162 2 (RUMAH YAKIN AL-WADI)

*Gambar-gambar lepas sebelum pembinaan baru ada di SINI.

 

Ini adalah aktiviti J.O.M yang ke-10. Satu aktiviti santai perkongsian ilmu fotografi daripada saya yang berkonsepkan ‘i learn basic’.

Sama seperti J.O.M siri-siri yang lepas, cuma J.O.M kali ini dibuat khusus untuk Potret Fotografi Perkahwinan. Kepada anda yang terlepas dengan aktivit J.O.M: Wedding Portrait 13 November lalu, boleh turut serta pada 4 Disember ini.

Tarikh: 4 Disember 2010

Lokasi: Fakulti Kejuruteraan UIA (Universiti Islam Antarabangsa )

Masa: 8.30 pagi – 2 petang (pendaftaran bermula jam 8.30 pagi)

Yuran: RM60 (termasuk makanan dan minum, t-shirt, bilik berhawa dingin, model pengantin perempuan)



Aktivi J.O.M kali ini adalah untuk anda yang suka dan minat dalam fotografi perkahwinan secara sambilan di ‘hujung minggu’.

Apa yang akan saya kongsikan?

1. Tips untuk untung dengan hanya menggunakan peralatan kamera DSLR yang asas.

2. Kamera, lensa dan peralatan yang sesuai dan ‘mesti’ ada untuk fotografi perkahwinan hujung minggu.

3. Cara melihat subjek, persekitaran yang ada dan kombinasikan untuk mendapatkan gambar yang disukai pelanggan.

4. Rahsia merakam potret yang menarik menggunakan cahaya yang ada, flash, softbox dan reflektor.

5. Cara meletakkan harga servis anda menggikut harga pasaran supaya anda untung.

Dan banyak lagi tips yang saya gunakan akan saya kongsikan untuk  anda. Makan dan minum serta tempat berhawa dingin juga disediakan. Baju t-shirt hitam cotton 100% juga akan diberikan. Hanya RM60.

Kepada anda yang berminat boleh mendaftar secepat mungkin. Terima kasih semua.

…GO!!! :)
*Gambar-gambar aktiviti Jom Outing Malaysia sebelum ini boleh di lihat di sini.

J.O.M KL.

J.O.M Penang.

J.O.M Johor.

J.O.M Ipoh.

J.O.M Putrajaya.

J.O.M edisi  U.F.O

J.O.M: Wedding Portrait

________________________________________________________

*CD Rahsia Mencantikkan Gambar Dengan Photoshop.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Kedai kamera online

ShaShinKi.com - Malaysia's Online Camera Shop!

Fanpage Noorizam Sabran.

© 2010 Tips Asas Fotografi