Idea menarik fotografi pemainan (toys).

Tentu ramai di antara kawan-kawan yang meminati permainan watak-watak kartun, model kereta, motosikal, robot dan sebagainya. Di sini saya kongsikan beberapa gambar permainan yang di rakam dari sudut yang membuatkan ianya menjadi menarik :)

Askar Robot

Hantu kaktus

Kepala Stormtrooper

Makcik belon

Penjual kayu

Tukang besi

Arnab sedih

Ceti kejar

Orang kelawar

Hantu gigi

Encik terbang

Beruk sedih

Penunggu bukit

Penagih rokok

Lelabah ajaib

Banyak lagi idea menarik fotografi permainan yang boleh kita lihat.

Jika idea-idea ini sesuai dikongsikan dengan kawan-kawan yang lain, sila klik button ’share’ di bawah.

Senyum selalu :)

ShaShinKi.com - Malaysia's Online Camera Shop!

 

Ramai yang telah membuat dah telah terbukti dengan fotografi perkahwinan adalah satu cara paling cepat dan mudah untuk mendapatkan ‘cash’!. Tetapi masih ramai yang tidak mengetahui cara untuk mendapatkan ‘cash’ yang berganda-ganda di dalam sesuatu pakej fotografi. Semua telah tahu teknik ‘jualan selepas jualan’ memang akan menggandakan keuntungan. Mungkin ramai juga yang belum tahu bagaimana untuk melaksanakan teknik ini di dalam fotografi perkahwinan :)

Workshop Fotografi Perkahwinan Melayu mendedahkan caranya kepada semua peserta. Pengiraan kos juga diberikan agar peserta mudah memahami sama ada perniagaan kita untung atau rugi. Ini adalah satu perkara penting di dalam perniagaan!

Workshop bersama saudara Ikram Ismail, jurugambar perkahwinan VVIP ini banyak berkongsikan rahsia-rahsia perniagaan fotografi perkahwinan dan rahsia merakam gambar-gambar yang cantik dan menarik dengan peralatan asas yang kita miliki.

*’Tahukah anda, tanpa mengetahui tentang pengiraan kos asas, sebenarnya anda rugi di dalam membuat fotografi perkahwinan!’

Gambar-gambar di hotel-hotel mewah yang kita rakam selalunya tidaklah seindah apa yang kita lihat. Jika kita tidak tahu tekniknya, hasilnya adalah biasa sahaja seperti gambar di bawah ini.

Di dalam Workshop Rahsia Fotografi Perkahwinan Melayu, anda akan dikongsikan dengan cara dan teknik untuk mendapatkan gambar seperti di bawah ini! :)

Di antara perkara-perkara penting yang akan dikongsikan di dalam Workshop Fotografi Perkahwinan Melayu:

- Rahsia merakan gambar potret yang menarik minat pelanggan anda dengan teknik flash mudah.

- Rahsia penyusunan gambar di dalam album; gambar apa yang perlu? Apa yang perlu di dahulukan.

- Rahsia gambar yang wajib untuk fotografi perkahwinan Melayu; gambar kreatif dan gambar bagaimana yang boleh diterima oleh pelanggan.

- Cara dan idea untuk penggiraan harga kos mengikut keadaan semasa, di sini untung dan rugi akan diketahui!

…dan banyak lagi perkara-perkara penting yang akan dikongsikan untuk kekal menjadi pilihan pelanggan di Malaysia.

(Klik di sini untuk butiran terperinci)

Harga Biasa RM699 RM488

*Harga istimewa untuk anda yang mendaftar berdua dan berkumpulan.

*Komisen akan diberikan jika anda cadangkan workshop ini kepada kawan-kawan anda!

Untuk pertanyaan lanjut sila hubungi 016-701 1616.

———————————————————————————————————————————

Untuk gambar-gambar dan testimonial yang lepas, anda boleh baca di sini (klik di sini).

Terima kasih semua :)


 

Warna; satu elemen seni yang menarik.

Di dalam fotografi, warna juga kadang-kala memainkan peranan penting untuk menjadikan sesuatu gambar itu menarik. Gambar-gambar kobis di bawah ini bukan sahaja menarik disebabkan warna. Elemen lain seperti elemen jalinan, pengulangan dan garisan juga memainkan peranan penting bagi membuatkan gambar-gambar ini menjadi menarik.

Gambar di bawah dikuatkan dengan elemen jalinan/corak (pattern) dan beberapa tona warna hijau dalam prinsip seni (hue of color).

Jika kita faham tentang komposisi dan faham tentang ‘art of seeing’, adalah lebih mudah untuk kita merakam gambar-gambar yang menarik. Terlalu banyak subjek di sekeliling kita yang pada zahirnya biasa, dengan memahami teknik melihat, kita dapat merakam sesuatu subjek itu menjadi lebih menarik.

Cuba bayangkan jika kita tidak dapat melihat! ‘Bersyukur kita dengan nikmat melihat dari-NYA’!

Senyum selalu! :)

 

Terima kasih kami ucapkan kepada semua kawan-kawan yang menyertai sesi Workshop Rahsia Fotografi Perkahwinan Melayu. Anda yang datang dari Johor, Penang, Terengganu dan Lembah Klang di harap anda dapt mempelajari sesuatu yang baru, bermanfaat dan aplikasikan perkara-perkara yang perlu.

Saya kongsikan sedikit gambar-gambar semasa workshop.

KLIK DI SINI untuk menyertai Workshop Rahsia Fotografi Perkaahwinan Melayu pada 25 Februari 2012.

Di bawah ini adalah testimonial tentang sesi Workshop Rahsia Fotografi Perkahwinan Melayu #2 pada Sabtu (21 Januari 2012) lepas:

daripada: Zainorazwani Muhammad Zaini.

daripada: Mohd Affiq Haiqal Naim.

daripada: Amran Abdullah.

daripada: Mohd Azam.

daripada: Azam Yahya.

daripada: Muhamad Nor Haqim Zaini.

daripada: Muhammad Nazmin Zaharudin.

daripada: Ahmad Rafiqi Ismail.

daripada: Shahromnizam Saleh.

daripada: Mohamed Zaini Ismail.

Terima Kasih semua di atas sokongan yang diberikan. InsyaAllah kita bertemu di episod akan datang ye :)

Klik Di sini untuk tempahan tempat!

Kepada anda yang ingin menyertai Workshop Rahsia Fotografi Perkahwinan Melayu (#3) ini, tempat dibuka untuk sesi 25 Februari 2012. Hanya 10 tempat sahaja dibuka. Cepat buat tempahan sebelum terlepas peluang kali ini!

Cara-cara untuk membuat tempahan tempat:

1. Bank in ke akaun Maybank atas nama Ufo Nombor akaun 507134240756

2. Setelah membuat pembayaran deposit (RM100); sila email ke info@ufo.my butiran berikut:

- Nama penuh anda:

- Nombor telefon:

- Saiz baju:

-Ref. number:

Untuk membaca informasi tentang Workshop Rahsia Fotografi Perkahwinan Melayu pada 25 Februari 2012 ini, sila KLIK di sini!.

Tinggal 10 6 tempat kosong sahaja!


 

Fotografi baby bukan mudah

Merakam gambar bayi yang masih kecil bukanlah perkara yang mudah. Anda yang  biasa melakukannya pasti tahu cabaran yang akan dihadapi.

Diantara cabaran utama seperti baby tak mahu duduk diam, sentiasa menangis, ‘nature call’ dan 101 lagi cabarannya. Macam memancing ikan ke laut, kadang-kala ada hasil tangkapan yang banyak, selalu juga tidak mendapat hasil seperti yang diimpikan.

Walaubagaimanapun, apa cabaran pun, gambar tetap perlu dihasilkan. Kali ni 1 gambar sahaja saya kongsikan :)

Lain kali kita cuba lagi ok :)

…GO!!! :)

—————————————————————————————————————————

 

Fotografi bersama Ustaz Azhar Idrus.

Tentu ramai kenal dengan nama Ustaz Azhar Idrus. Ustaz Azhar Idrus merupakan seorang ustaz yang mendapat ‘ranking’ paling tinggi dicarian internet. Beliau juga merupakan peminat fotografi dan kamera.

Satu sesi outing fotografi bersama Ustaz Azhar Idrus akan dibuat di Pulau Pangkor pada 19 Februari 2012 ini.
Kepada semua kawan-kawan pembaca yang berminat, anda boleh turut serta dalam aktiviti ini.

Jika kawan-kawan ada sebarang pertanyaan dan ingin membuat tempahan tentang outing fotografi bersama Ustaz Azhar, anda dialu-alukan untuk menghubungi JKK Sutun Celup Tepong:
Haji Keon (013-932 1480), Roshairi (013-594 0963), ShahRrizan (012-526 5354) ataupun Haji Fawi (012-506 1416).

Mari kita naik feri ke Pulau Pangkor outing fotografi bersama bersama Ustaz Azhar Idrus! :)

…GO!!! :)

———————————————————————————————————————–

IKLAN:

 
Ini adalah E-book 10 Langkah MUDAH Photoshop ‘Menghidupkan’ Gambar Potret’. E-book ini berkenaan dengan cara mudah yang saya gunakan untuk menambah baikkan gambar potret menggunakan Photoshop. Saya bukukan di dalam bentuk e-book yang amat mudah difahami di dalam Bahasa Malaysia. Khusus untuk anda yang baru.
Apa yang dikongsikan di dalam e-book ini:
- Cara mudah menaikkan subjek potret di gambar .
- Cara mengawal dan melaras warna gambar potret.
- Cara menajamkan gambar potretuntuk kelihatan menarik.
Di bawah ini adalah gambar sebelum dan selepas ditambah baik subjek potret. Kesimpulannya, e-book ini menunjukkan cara seperti yang dapat dilihat pada gambar di bawah ini.
Hanya dengan 1o langkah MUDAH sahaja! :)
E-book ini dijual pada harga RM20 sahaja.
Jumlah E-book adalah terhad dan mempunyai password unik dan hanya boleh dibaca dengan menggunakan kata laluan yang unik.
E-book akan dihantar di dalam file .exe dan bukan format PDF untuk melindungi hakcipta.
-
NOTA PENTING sebelum anda membeli:
*E-book ini hanya boleh dihantar kepada pembeli ke akaun email YAHOO sahaja. Pembeli perlu ada akaun email YAHOO.
**E-book hanya untuk pengguna WINDOWS sahaja, tidak boleh digunakan dengan MAC.
Cara pembelian E-book 10 Langkah Mudah Photoshop ‘Menghidupkan’ Gambar Potret:

1. Bank in ke akaun di bawah.

Maybank UFO Nombor akaun 507134240756

2. Setelah membuat pembayaran; sila email dengan tajuk ‘10 langkah’ ke ijamp@yahoo.com butiran berikut:

Nama penuh anda

- Nombor telefon

-Ref. number.

*E-book akan dihantar ke email YAHOO anda dalam tempoh 24 jam selepas pembayaran diterima.

Terima kasih semua di atas sokongan.
…GO!!! :)
 

Ramai yang sudah mengetahui tentang Majalah Exposure ini. Saya percaya masih ramai juga yang mungkin tidak tahu. Saya kongsikan kepada kawan-kawan semua kerana ianya menggunakan bahasa yang tidak terlalu sukar untuk kita fahami walaupun ianya dari negara jiran kita.

Mungkin banyak yang boleh kita pelajari daripada isi kandungan majalah ini. Untuk edisi PDF, kita boleh muat turun secara percuma :)

Salah satu cara untuk kita belajar adalah dengan melihat gambar-gambar yang menarik. Tidak kira daripada internet, majalah, tv dan sebagainya. Jika anda berminat untuk muat turun majalah PERCUMA ini setiap bulan, sila klik di sini.

Isi yang sesuai kita jadikan pelajaran, jika tidak sesuai kita jadikan sempadan. Saya harap perkongsian ini akan memberikan kita sedikit informasi yang berguna.

GO!!! Dan senyum selalu! :)

*Jika anda rasa informasi ini berguna, sila like page saya di SINI :)

 

Selamat tahun baru 2012 kepada semua pembaca blog NoorizamSabran.com. :)

Ini adalah e-book pertama saya untuk tahun 2012! E-book POP!!! (Pokok Oh Pokok)

Saya bukukan di dalam bentuk e-book yang amat mudah difahami di dalam Bahasa Malaysia. Khusus untuk anda yang baru.

NOTA PENTING sebelum anda membeli:
*E-book ini hanya boleh dihantar kepada pembeli ke akaun email YAHOO sahaja. Pembeli perlu ada akaun email YAHOO.
**E-book hanya untuk pengguna WINDOWS sahaja, tidak boleh digunakan dengan MAC.

Harga e-book ini hanya RM30.

Saya kongsikan cara mencantikkan lagi gambar digital lanskap yang telah dirakam, menggunakan perisian Photoshop.

Ya! Cara yang mudah difahami!

- Cara menaikkan lagi warna biru langit dan awan seperti yang dapat dilihat pada gambar di bawah.

- Cara memadam subjek yang menganggu subjek utama.

- Cara melaraskan warna pada gambar.

Gambar yang anda dapat lihat di bawah ini adalah gambar sebelum dan selepas ditambah baik.

Cara pembelian E-book Pokok Oh Pokok (POP):

1. Bank in ke akaun di bawah.

Maybank UFO Nombor akaun 507134240756

2. Setelah membuat pembayaran; sila email dengan tajuk ‘POP’ ke ijamp@yahoo.com butiran berikut:

Nama penuh anda

- Nombor telefon

-Ref. number.

*E-book akan dihantar ke email YAHOO anda dalam tempoh 24 jam selepas pembayaran diterima.

Terima kasih sekali lagi.
Semoga tahun 2012 ini kita semua bersama-sama bertambah meningkat maju! :)

GO!!! :)

* Untuk pengguna Windows sahaja, tidak boleh digunakan untuk Mac.

 

Hampir 4 hari blog saya tidak dapat dilayari kerana masalah server. Alhamdulillah sekarang sudah pulih walaupun beberapa entry yang lepas telah hilang. Hari ni saya kongsikan tips penting untuk keselamatan kad memori kita jika tercicir.

Gambar di atas dan di bawah ini sebagai contoh :)

Pastinya kad memori kamera kita amatlah penting. Lagi-lagi jika terkandung gambar-gambar untuk pelanggan kita. Tips ini mungkin berguna untuk keselamatan kad memori kamera kita jika hilang atau tercicir.

Masalah kad memori kamera tercicir dan hilang kerap juga terjadi. Ada antara kita yang menulis nama dan nombor telefon pada memori kad.

Selain daripada itu, kita boleh juga simpan satu file dalam format JPG. di dalam memori kad kamera kita. Bagaimana?

Pastikan maklumat seperti Nama, nombor telefon atau nota penting kita tuliskan pada gambar tersebut. Save dalam format JPG. dan simpan di dalam kad memori kamera kita seperti gambar di atas.

Secara logiknya, sesiapa sahaja yang terjumpa kad memori kamera akan melihat apa isi di dalamnya. Manalah tahu ada gambar-gambar yang boleh dijual! :)

Jika kita menyimpan gambar yang mempunyai informasi seperti di atas, sekurang-kurangnya sesiapa yang telah menjumpai dan melihat nota JPG. yang ada di dalam kad memori kita, mereka tahu pemiliknya  dan cara untuk menghubungi kita.

Manalah tahu, orang yang terjumpa kad memori penting kita ada niat yang baik untuk memulaangkan semuala kepada kita! Betul tak?

Saya harap tips ini dapat membantu kita semua :)

Salam hujung minggu …

…GO!!! :) :) :)

*Untuk tempahan T-shirt faktor ‘X’, sila klik di SINI.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Kedai kamera online

ShaShinKi.com - Malaysia's Online Camera Shop!

Beli domain dan hosting?

Fanpage Noorizam Sabran.

© 2010 Tips Asas Fotografi