Alhamdulillah telah selesai sesi pertama Perkongsian Ilmu Fotografi Perkahwinan Sabtu lepas. Terima kasih kami ucapkan kepada semua kawan-kawan baru yang memberikan sokongan. Anda semua memang GO!!!

Gambar-gambar anda akan dihantar melalui email ye :)

Di bawah ini adalah di antara testimonial yang diberikan oleh peserta sesi #1.

Testimonial Peserta:

“Assalamualaikum, ini merupakan sesi perkongsian kedua yang saya hadiri selepas sesi pertama yang diadakan di UIA tempoh hari. Melalui sesi kedua ini saya lebih banyak memahami dan mempelajari apa yang dimaksudkan dengan Fotografi Perkahwinan Melayu. Perkongsian ini lebih memfokuskan kepada pengantin yang terdiri dari golongan Melayu.

Saya banyak mencari bahan dan rujukan melalui bacaan majalah, buku atau pun panduan di dalam internet mahupun youtub, tapi apabila saya belajar dengan guru atau orang yang berpengalaman luas dalam Fotografi Perkahwinan Melayu ini, saya lebih memahami dengan mendalam berkenaan bidang ini. Sesi yang diadakan cuma 8 jam tetapi bagaikan terlalu cepat untuk saya menagih ilmu dari jurufoto berpengalaman, Ikram Ismail.

Sesi perkongsian ilmu bukan sahaja meliputi teori secara amnya, tetapi juga sesi praktikal bersama jurufoto, meliputi pelbagai contoh cara merakam gambar dan juga bagaimana memilih gambar yang telah dirakamkan.

Saya amat mengesyorkan sesi perkongsian ini kepada sesiapa yang berminat dan juga memfokuskan bidang Fotografi Perkahwinan Melayu supaya hadir ke sesi yang akan diadakan seterusnya. Sesi yang amat santai dan tidak terlalu ramai serta lebih berkualiti.

Terima kasih kepada Jurufoto Perkahwinan Melayu, saudara Ikram Ismail, Noorizam Sabran, Shidi dan Rosli kerana menganjurkan sesi yang amat baik bagi rakan-rakan jurufoto yang lain.  Saya akan terus memberikan sokongan dalam setiap acara yang diadakan”- Ibrahim Isa (Website)

Testimonial Peserta:

” It’s a very good exposure to those who want to get in this stream seriously..as for beginner like me, saya dapat satu ilmu yang paling berguna sekali iaitu ‘attitude’…attitude untuk disiplinkan diri sebagai wedding photographer..from appearance to the performance..performance consist of doing research, delivering task well n maintain a great repo with customer for a long term marketing investment purposed..tq for the knowledge shared yesterday..keep in touch..tq”- Shafiq Halim (Website)

Testimonial Peserta:

“Perkongsian ilmu yang menarik, tertarik, the best dan santai.. banyak teknik-teknik dan persiapan sebelum / ketika majlis dikupaskan.. begitu juga dgn topik yang tidak kurang pentingnya “story photo arrangement” yang dihuraikan bersama oleh Sifu Ijam & Sifu Ikram..
-
8 jam workshop terasa amat singkat.. kalau sebelum ni cuma tengok gambar-gambar perkahwinan menarik yang dirakamkan oleh Sifu Ikram.. dalam workshop ni baru tau rahsianya… kepada yang berminat untuk mendalami ilmu dalam “Photografi Perkahwinan”, ini adalah antara workshop yang sepatutnya dihadir” – Mohamad Tahir Mohamad Noh

Testimonial Peserta:

“Setelah mengikuti kursus ini, saya telah mempelajari pelbagai perkara penting untuk berjaya dalam Fotografi Perkahwinan. Peralatan kamera bukanlah segala-galanya, tetapi bagaimana untuk kita menggunakan peralatan tersebut secara maksimum.
-
Merakam gambar hanyalah 20% sahaja, 80% selebihnya adalah perancangan, komunikasi berkesan, pengkomersialan dan etika kerja.
-
Tips yang diberikan oleh abang Ikram Ismail amat berharga, tidak hanya pada kata-kata tetapi dibuktikan dengan perkongisan gambar yang dirakam oleh beliau. Sedikit demo teknik penggunaan flash juga ditunjukkan untuk memberi kefahaman dan idea kepada peserta.
-
Secara keseluruhannya, sesi perkongsian ilmu yang dijalankan secara santai ini telah memberikan saya semangat untuk berjaya dalam bidang ini, disamping mendapat kenalan baru serta layanan mesra dari pihak penganjur yang tidak putus-putus menjawab segala persoalan dari peserta.
-
Diharap kursus seperti ini dapat diadakan lagi pada masa hadapan. Perkongsian ilmu = BEST. Cikgu = BEST. Tempat = BEST. Makan = BEST” – Amir Othman (Website)

Testimonial Peserta.

Sesi Perkongsian Ilmu Fotografi Perkahwinan Melayu yang dianjur oleh abg Ijam banyak memberi pendedahan kepada saya secara lebih mendalam dalam menghasilkan karya seni Fotografi Perkahwinan Melayu, yang mana sebelum ini saya hanya melihat gambar-gambar yang dihasilkan oleh abg Ikram Ismail dan tertanya-tanya bagaimana moment sesuatu gambar itu dapat dihasilkan.
-
Dalam sesi perkongsian ini semuanya persoalan sudah terjawab, saya memang sangat minat dengan hasil karya Fotografi Perkahwinan Melayu abg Ikram Ismail dan sebab itulah saya mesti berada dalam sesi perkongsian ini supaya saya boleh secara terus bertanya segala persoalan yang saya tidak tahu.
-
Hasil dari sesi perkongsian ilmu perkahwinan Melayu ini akan saya gunakan dalam menghasilkan karya sendiri kerana abg Ijam dan abg Ikram adalah idola saya. Selain itu juga saya dapat berkenalan dengan lebih rapat bersama abg Ijam dan abg Ikram Ismail kerana sebelum ini saya hanya melihat dalam blog sahaja serta dapat kawan baru dari negeri lain… :)” – Adib Aini (Website).

Testimonial Peserta:

“Saya sgt berpuas hati dgn Bengkel Fotografi Perkahwinan Melayu anjuran sdr Ijam dan abg Ikram Ismail. Segala persoalan telah terjawab. Byk ilmu yg berguna dpt ditimba dari bengkel ini. Sistem pembelajaran yg bersantai dan enjoy. Harap sdr Ijam akan anjurkan bengkel praktikal pula selepas ini” – Mohd Khairul B. Ali Mahsen (Website)

Testimonial Peserta:

“Assalamualaikum. Kami berdua adalah peserta Workshop Rahsia Fotografi Perkahwinan Melayu sesi 14 Januari 2012 yang lalu. Alhamdulillah kerana kami diberi kesempatan untuk hadir workshop ini walaupun dalam keadaan isteri saya kurang sihat kerana alahan kehamilan yang teruk. Setinggi penghargaan buat Saudara Noorizam yang telah berusaha mengadakan workshop Rahsia Fotografi Perkahwinan Melayu ini dengan jayanya.
-
Walaupun jarak tempat workshop diadakan di Setapak dan kami dari Terengganu, setelah menyertainya, kami rasa gembira dan sangat berbaloi dengan sesi ini.
Selain berbesar hati dapat berkongsi tips dari Saudara Ikram Ismail dan teamnya, bengkel ini membuka mata pada mereka yang baru hendak menceburkan diri atau telah menjadi jurugambar fotografi perkahwinan bahawa selain dari ‘boleh buat duit’ dan mengetahui aspek teknikal, ada aspek lain yang lebih penting yang membantu seseorang jurugambar itu menjadi best of the best :)
-
Dengan hasil kerja yang dikongsikan oleh penganjur menjadikan peserta bersemangat dan yakin untuk menghasilkan gambar yang terbaik bagi memenuhi kehendak pelanggan, bukan sahaja untuk kepuasan diri sendiri.
Sesi yang diadakan membolehkan peserta dan penganjur berkomunikasi tanpa rasa segan atau rendah diri dan kami boleh bertanya pelbagai kemusykilan bukan sahaja di dalam workshop, malah ralit bertanya sehingga melayan pelbagai soalan kami di tempat makan :). Masa yang ditetapkan bermula 9 pagi hingga 5 petang bagaikan begitu cepat berlalu dan kami tak ingin terlepas setiap saat ilmu dikongsikan.
-
Terima kasih buat Ijam dan kami harap jika diizinkan Allah SWT, semoga kami diberi kesempatan menghadiri sesi outing atau bengkel mengambil gambar perkahwinan pula bersama anda, insyaAllah” – Abdul Hadi Abd Rani, Freelance Photographer (Website) dan Daing Siti Norbaity Abd Latif, Graphic Designer (Website).

Terima kasih sekali lagi kami ucapkan kepada anda semua :)

Untuk sertai Sesi Perkongsian Ilmu Rahsia Fotografi Perkahwinan Melayu pada 25 Februari 2012, anda boleh email ke info@ufo.my untuk tempahan tempat.

Hanya 10 tempat dibuka!

———————————————————————————————————————————–

Like Facebook Page NOORIZAM SABRAN ;klik poster di bawah ini:

Cheap Camera
 

INFO=INformasi FOtografi untuk anda semua!

Gabungan perkataan INformasi dan FOtografi, akan diterbitkan sebuah e-book bertajuk ‘INFO’ yang akan diedarkan secara PERCUMA kepada kawan-kawan semua tidak lama lagi :)

Database untuk memuat turun e-book fotografi PERCUMA ini sedang dibangunkan dan masih di dalam proses untuk menyiapkannya.

Tujuan utama e-book ‘INFO’ diterbitkan adalah untuk berkongsikan informasi-informasi ‘X’ tentang fotografi secara umum yang sesuai kepada kawan-kawan pembaca semua.

Informasi tentang gambar, jurugambar, peralatan fotografi dan sebagainya yang berkaitan dengan fotografi akan dikongsikan mengikut kesesuaian.

Jika kawan-kawan mempunyai cadangan atau idea untuk dimuatkan di dalam e-book ‘INFO’ ini, anda bolehlah email cadangan anda ke info@ufo.my dengan tajuk ‘INFO’. Mungkin idea-idea anda akan banyak membantu kita semua. Betul tak? :)

Nantikan ketibaan e-book fotografi ‘INFO’ secara PERCUMA ini ye :)

Terima kasih semua di atas sokongan yang telah kawan-kawan berikan!

Anda semua memang GO!!! :)

——————————————————————————————————————————–

IKLAN: E-book Pokok Oh Pokok!

Cheap Camera
 
Ini adalah E-book 10 Langkah MUDAH Photoshop ‘Menghidupkan’ Gambar Potret’. E-book ini berkenaan dengan cara mudah yang saya gunakan untuk menambah baikkan gambar potret menggunakan Photoshop. Saya bukukan di dalam bentuk e-book yang amat mudah difahami di dalam Bahasa Malaysia. Khusus untuk anda yang baru.
Apa yang dikongsikan di dalam e-book ini:
- Cara mudah menaikkan subjek potret di gambar .
- Cara mengawal dan melaras warna gambar potret.
- Cara menajamkan gambar potretuntuk kelihatan menarik.
Di bawah ini adalah gambar sebelum dan selepas ditambah baik subjek potret. Kesimpulannya, e-book ini menunjukkan cara seperti yang dapat dilihat pada gambar di bawah ini.
Hanya dengan 1o langkah MUDAH sahaja! :)
E-book ini dijual pada harga RM20 sahaja.
Jumlah E-book adalah terhad dan mempunyai password unik dan hanya boleh dibaca dengan menggunakan kata laluan yang unik.
E-book akan dihantar di dalam file .exe dan bukan format PDF untuk melindungi hakcipta.
-
NOTA PENTING sebelum anda membeli:
*E-book ini hanya boleh dihantar kepada pembeli ke akaun email YAHOO sahaja. Pembeli perlu ada akaun email YAHOO.
**E-book hanya untuk pengguna WINDOWS sahaja, tidak boleh digunakan dengan MAC.
Cara pembelian E-book 10 Langkah Mudah Photoshop ‘Menghidupkan’ Gambar Potret:

1. Bank in ke akaun di bawah.

Maybank UFO Nombor akaun 507134240756

2. Setelah membuat pembayaran; sila email dengan tajuk ’10 langkah’ ke ijamp@yahoo.com butiran berikut:

– Nama penuh anda

- Nombor telefon

-Ref. number.

*E-book akan dihantar ke email YAHOO anda dalam tempoh 24 jam selepas pembayaran diterima.

Terima kasih semua di atas sokongan.
…GO!!! :)
Cheap Camera
 

Template memudahkan Penghasilan Custom Album.

Untuk menghasilkan Custom Album buat pelanggan memerlukan banyak pengetahuan terutamanya dalam ilmu Photoshop. Tetapi dengan adanya kemudahan seperti template, ia membantu mempercepat proses penghasilan rekabentuk Custom Album.

Dengan menggunakan template anda
– Menjimatkan masa penghasilan Custom Album
– Memudahkan kerja anda
– Tidak perlu ‘Skill’ photoshop yang tinggi
– Template Kemas dan ‘Simple’
– Terdapat banyak pilihan template

Dibawah ialah tutorial(video), cara menggunakan template bagi menghasilkan Custom Album.

Video Demo Pantas
Video Tutorial Penuh



Mudah kan? Sekirnya anda ingin mencuba boleh klik link di bawah untuk download template yang :)PERCUMA.

http://www.customalbum.net/2011/09/free-psd-templates-promo/

Promosi dari CustomAlbum.net

*Untuk pakej RM 30 untuk 20 Set Template, promosi hanya sah sehingga 8 Januari 2012 . Dapatkan PROMOSI segera! Selepas 8 Januari , Pakej RM 30 akan mendapat 15 Set Template Sahaja.. Rebut Promosi 20 Set, sebelum 8 Januari…!

Video tutorial cara membuat Pesanan Template CustomAlbum.net


Diharap informasi ini dapat membantu anda dengan banyak supaya dapat menghasilkan Custom Album, buat pelanggan anda.

Ok… GO!!! dan Senyum Selalu :)

*Menarik.. ? kongsi dengan kawan² dengan klik butang Share. Terima kasih semua.. :)

Cheap Camera
 

Ramai yang sudah mengetahui tentang Majalah Exposure ini. Saya percaya masih ramai juga yang mungkin tidak tahu. Saya kongsikan kepada kawan-kawan semua kerana ianya menggunakan bahasa yang tidak terlalu sukar untuk kita fahami walaupun ianya dari negara jiran kita.

Mungkin banyak yang boleh kita pelajari daripada isi kandungan majalah ini. Untuk edisi PDF, kita boleh muat turun secara percuma :)

Salah satu cara untuk kita belajar adalah dengan melihat gambar-gambar yang menarik. Tidak kira daripada internet, majalah, tv dan sebagainya. Jika anda berminat untuk muat turun majalah PERCUMA ini yang dikeluarkan setiap bulan, sila klik di sini.

Isi yang sesuai kita jadikan pelajaran, jika tidak sesuai kita jadikan sempadan. Saya harap perkongsian ini akan memberikan kita sedikit informasi yang berguna.

GO!!! Dan senyum selalu! :)

*Jika anda rasa informasi ini berguna, sila like page saya di SINI :)

 

Cheap Camera
 

Selamat tahun baru 2012 kepada semua pembaca blog NoorizamSabran.com. :)

Ini adalah e-book pertama saya untuk tahun 2012! E-book POP!!! (Pokok Oh Pokok)

Saya bukukan di dalam bentuk e-book yang amat mudah difahami di dalam Bahasa Malaysia. Khusus untuk anda yang baru.

NOTA PENTING sebelum anda membeli:
*E-book ini hanya boleh dihantar kepada pembeli ke akaun email YAHOO sahaja. Pembeli perlu ada akaun email YAHOO.
**E-book hanya untuk pengguna WINDOWS sahaja, tidak boleh digunakan dengan MAC.

Harga e-book ini hanya RM30.

Saya kongsikan cara mencantikkan lagi gambar digital lanskap yang telah dirakam, menggunakan perisian Photoshop.

Ya! Cara yang mudah difahami!

– Cara menaikkan lagi warna biru langit dan awan seperti yang dapat dilihat pada gambar di bawah.

– Cara memadam subjek yang menganggu subjek utama.

– Cara melaraskan warna pada gambar.

Gambar yang anda dapat lihat di bawah ini adalah gambar sebelum dan selepas ditambah baik.

Cara pembelian E-book Pokok Oh Pokok (POP):

1. Bank in ke akaun di bawah.

Maybank UFO Nombor akaun 507134240756

2. Setelah membuat pembayaran; sila email dengan tajuk ‘POP’ ke ijamp@yahoo.com butiran berikut:

– Nama penuh anda

- Nombor telefon

-Ref. number.

*E-book akan dihantar ke email YAHOO anda dalam tempoh 24 jam selepas pembayaran diterima.

Terima kasih sekali lagi.
Semoga tahun 2012 ini kita semua bersama-sama bertambah meningkat maju! :)

GO!!! :)

* Untuk pengguna Windows sahaja, tidak boleh digunakan untuk Mac.

Cheap Camera
 

Hampir 4 hari blog saya tidak dapat dilayari kerana masalah server. Alhamdulillah sekarang sudah pulih walaupun beberapa entry yang lepas telah hilang. Hari ni saya kongsikan tips penting untuk keselamatan kad memori kita jika tercicir.

Gambar di atas dan di bawah ini sebagai contoh :)

Pastinya kad memori kamera kita amatlah penting. Lagi-lagi jika terkandung gambar-gambar untuk pelanggan kita. Tips ini mungkin berguna untuk keselamatan kad memori kamera kita jika hilang atau tercicir.

Masalah kad memori kamera tercicir dan hilang kerap juga terjadi. Ada antara kita yang menulis nama dan nombor telefon pada memori kad.

Selain daripada itu, kita boleh juga simpan satu file dalam format JPG. di dalam memori kad kamera kita. Bagaimana?

Pastikan maklumat seperti Nama, nombor telefon atau nota penting kita tuliskan pada gambar tersebut. Save dalam format JPG. dan simpan di dalam kad memori kamera kita seperti gambar di atas.

Secara logiknya, sesiapa sahaja yang terjumpa kad memori kamera akan melihat apa isi di dalamnya. Manalah tahu ada gambar-gambar yang boleh dijual! :)

Jika kita menyimpan gambar yang mempunyai informasi seperti di atas, sekurang-kurangnya sesiapa yang telah menjumpai dan melihat nota JPG. yang ada di dalam kad memori kita, mereka tahu pemiliknya  dan cara untuk menghubungi kita.

Manalah tahu, orang yang terjumpa kad memori penting kita ada niat yang baik untuk memulaangkan semuala kepada kita! Betul tak?

Saya harap tips ini dapat membantu kita semua :)

Salam hujung minggu …

…GO!!! :) :) :)

*Untuk tempahan T-shirt faktor ‘X’, sila klik di SINI.

Cheap Camera
 

Kawan-kawan pembaca semua,

…setiap diri kita dianugerahkan dengan kekuatan dan kelebihan masing-masing. Ramai antara kita yang tidak perasan. Diri sendirilah yang perlu mencari dan keluarkan kekuatan itu.

Percayalah pada diri sendiri!… Jadi diri sendiri!

Kita semua ada sesuatu yang telah dianugerahkan untuk menjadi hebat dalam kepakaran masing-masing.

Faktor ‘X’ adalah sesuatu yang paling kuat berada dalam diri kita semua. Kelebihan yang orang lain tiada tetapi kita miliki. Ia amat unik dan berbeza dengan kawan-kawan kita yang lain.

Faktor ‘X’ juga mempunyai nilai-nilai yang positif dan boleh memotivasikan kita untuk terus berjaya.

Di antara contoh-contoh faktor ‘X':

– Bijak mencari peluang.

– Sentiasa positif untuk berjaya.

– Bekerja dengan bijak dan bersemangat.

– Tidak mudah mengalah.

– Berusaha sehingga tercapai impian.

– Kreatif di dalam melakukan kerja.

– Bercakap benar menggunakan fakta dan logik.

– Bekerja dengan produktif dan banyak lagi nilai-nilai posotif lain.

Jika kita berjaya menggabungkan faktor ‘X’ yang ada di dalam diri kita dengan kepakaran, minat, kelebihan dan kekuatan kita insyaAllah kejayaan akan kita miliki :)
Faktor ‘X’! Ada di dalam diri kita!

GO!!! :)

 

Cheap Camera
 

I love fotografi edisi ke-2.

TEMPAHAN SUDAH DITUTUP!

Ini adalah t-shirt ‘ i love fotografi’ edisi kedua untuk anda! :)

Kali ini saya hanya keluarkan dalam warna PUTIH dan HITAM SAHAJA dan seperti biasa kain jenis cotton 100%; high grade.

Harga sehelai t-shirt termasuk penghantaran POS LAJU: RM30.

Saiz: XS,S,M,L,XL,XXL dan XXXL sahaja.

* Penghantaran akan di buat pada 28 Disember 2011.

**Penghantaran ke Sabah dan Sarawak dikenakan tambahan RM5.


Terima kasih semua :)

Cheap Camera
 

Kamera Nikon D4 sudah berada di pasaran!

Contoh video yang dirakam menggunakan Nikon D4

Kemunculan kamera Nikon DSLR terbaru pastinya telah dinantikan sekian lama. Telah banyak khabar angin tersebar di internet tentang model kamera DSLR terbaru dari Nikon; Nikon D4. Model ni bakal menggantikan model Nikon D3s yang dilancarkan pada Oktober 2009.

Harganya dalam lingkungan RM20,000 :)

 

Antara spesifikasi yang di khabar anginkan tentang Nikon D4:

  • 16.2 MP
  • 11 fps
  • 100-102,400 native ISO range, boleh laras ke 50 dan 204,800
  • Boleh guna CF dan XQD memory card ( kad memori baru)
  • Face detection (macam kamera digital kompak dan handphone)
  • Full HD video katanya (1080p/30/25/24)
  • Auto fokus terkini- 51 AF points
  • AF serendah EV-2.0 (D3s hanya EV -1)…dan macam-macam lagi fungsi tambahan.

Model Nikon D4 pastinya dibuat bagi bersaing dengan model daripada Canon; EOS 1Dx.  Ada pihak yang menjangkakan Nikon D4 akan diumumkan di PMA Show di Las Vegas (Januari 10-13, 2012).

Satu lagi kamera ‘gergasi’ bakal berada di pasar pasaran!

Jika kawan-kawan berminat nak dapatkan Nikon D4 lebih awal daripada pengguna yang lain, tempahan boleh dibuat di ShaShinKi.com – Malaysia’s Online Camera Shop!

Untuk pembelian kamera dan aksesori cara online yang selamat, saya cadangkan kawan-kawan beli di sini:
ShaShinKi.com - Malaysia's Online Camera Shop!

Untuk membaca tentang Nikon D800, baca di SINI.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Cheap Camera
 

Beli Kamera Online

ShaShinKi.com - Malaysia's Online Camera Shop!

Fanpage Noorizam Sabran.

© 2010 Tips Asas Fotografi
Tempahan Fotografi Newborn sesi 2013 : RM1099 RM799 sahaja. Promosi Terhad . email kepada info@ishootnewborn.com . [ Facebook ]