Fotografi perkahwinan adalah salah satu cabang fotografi yang amat popular di dunia. Sebenarnya merakam gambar perkahwinan bukanlah perkara yang mudah. Bukan mudah untuk merakam gambar yang boleh membuatkan pelanggan suka.

Fotografi perkahwinan bukan sahaja merakam gambar potret semata-mata. Pelbagai aspek perlu diambil kira.  Ini termasuklah gambar terperinci, persekitaraan,keseluruhan acara dan disiplin diri kita. Di antara perkara-perkara penting yang ramai tidak mengambil berat di dalam fotografi perkahwinan adalah gambar ‘detail’ atau terperinci.

Mengapa gambar-gambar seperti ini penting? Ini kerana, pelanggan kita sudah memperuntukkan sejumlah wang untuk sesuatu benda itu. Jika kita merakamkan gambar-gambar ini, pastinya pelanggan kita akan rasa dihargai dan gembira. Apakah gambar-gambar terperinci? Di antaranya termasuklah gambar hantaran, cincin, cenderahati/bunga telur, pelamin,meja makan, makanan dan pelbagai aksesori lain.

Di bawah ini sedikit contoh-contoh gambar yang dirakam oleh saudara Ikram Ismail.

Di harap perkongsian ini dapat memberikan sedikit sebanyak pendedahan tentang pentingnya gambar terperinci di dalam fotografi perkahwinan.

Senyum selalu…GO!!! :)

Untuk sesi Rahsia Fotografi Perkahwinan Melayu, anda boleh klik di sini.

————————————————————————————————————————–

Rahsia Fotografi Perkahwinan Melayu, klik di sini.

Cheap Camera
 

Untuk sesi tambahan sila klik di sini.

Ini adalah kali pertama rahsia, teknik dan seni di dalam perniagaan fotografi perkahwinan Melayu akan dikongsikan kepada peserta dalam satu sesi perkongsian ilmu oleh saudara Ikram Ismail .

Perkongsian ilmu Fotografi Perkahwinan Melayu.

Pada: 14 Januari 2012 ( SUDAH PENUH).

Tempat: II Studio, Setapak, Kuala Lumpur (alamat dan GPS code akan diberikan)

Masa: 9 pagi-5 petang.

Peserta: 10 orang sahaja.

Harga pengenalan: RM688 RM488 untuk kali ini sahaja!

**T-shirt khas akan diberikan kepada peserta.

***Makan dan minum akan diberikan, sarapan pagi, makan tengah hari dan minum petang.

Di dalam sesi satu hari ini, banyak rahsia, cara, teknik, seni, langkah dan apa yang perlu dilakukan untuk terus kekal mendapat pelanggan yang membayar anda!

Pastinya anda mempunyai impian untuk menjadi jurugambar fotografi perkahwinan yang boleh menampung perbelanjaan dan kehidupan anda!

Saudara Ikram Ismail (Jurugambar Perkahwinan Melayu Selebriti dan VVIP) akan berkongsi ilmu, pengalaman dan rahsianya kepada peserta untuk konteks yang lebih jauh!

Mungkin juga anda tertanya-tanya sejauh mana industri ini boleh menyakinkan anda? Cara yang tidak merugikan dengan hanya menggunakan peralatan kamera DSLR yang asas dalam fotografi perkahwinan.

Diantara perkara- perkara yang akan dikongsikan di dalam workshop ini:

- Apa itu fotografi perkahwinan Melayu.

- Peralatan fotografi yang penting dan perlu ada; perlu yang mahal atau murah?

- Lensa dan aksesori fotografi yang perlu ada; jangan tersilap beli peralatan fotografi!

- Asas seni melihat di dalam fotografi perkahwinan yang membezakan anda dan pesaing anda?

- Rahsia menggunakan segala persekitaran dan ruang yang ada agar kelihatan menarik.

- Outdoor fotografi, masa, musliaht dan rahsianya untuk mendapat gambar menarik untuk pelanggan.

- Rahsia gambar yang wajib untuk fotografi perkahwinan Melayu; gambar kreatif dan bagaimana mendapatkannya?

- Rahsia bagaimana disiplin dalam merakam gambar hantaran yang ‘hidup’.

- Rahsia merakan gambar potret yang menarik minat pelanggan anda dengan teknik flash.

- Cara dan teknik cahaya mudah akan dikongsikan berdasarkan gambar contoh.

- Cenderahati, lokasi, tetamu VIP, gambar berkumpulan, dll. yang akan membuatkan pelanggan anda berasa dihargai!

- Disiplin penting dalam komunikasi untuk pergi lebih jauh.

- Cara dan idea untuk penggiraan harga; peserta akan didedahkan cara penggiraan kos mengikut keadaan semasa.

- Gunakan gambar sebagai ‘iklan promosi’ yang berkesan. Pastikan gambar ‘bercerita’ sendiri dan rahsia ini juga di dedahkan.

- Etika penting untuk kekal menjadi pilihan pelanggan, rakan-rakan, saudara-mara yang berterusan (promosi percuma).

- Fahami psikologi bakal pelanggan, ini amat penting dalam merancang jualan.

- Ketahui rahsia menjual dan jualan selepas jualan dan di sini keuntungan akan berganda dan pelanggan akan gembira!

- Rahsia ‘kekal‘ mendapatkan jualan daripada pelanggan sedia ada dan yang baru.

- Rahsia penyusunan gambar di dalam album; gambar apa yang perlu? Apa yang perlu di dahulukan.

- Album-album contoh akan ditunjukkan kepada semua peserta. Anda pegang, lihat sendiri kualitinya dan ketahui pembekal album yang berkualiti.

- Anda buat silap, pelanggan tidak akan memilih perkhidmatan anda; ada rahsianya.

Pelbagai tips Fotografi Perkahwinan Melayu…dan banyak lagi perkara penting yang akan dikongsikan di dalam sesi ini. Mengapa saya katakan begitu?

Sebabnya, sesi ini bukan seperti workshop biasa, ini lebih daripada itu di mana peserta akan di berikan pemahaman secara terus dan segala soalan dan rahsia fotografi perkahwinan akan dijawab secara jujur dan berdasarkan apa yang anda ingin tahu.

YA! Anda ingin tahu, anda tanya terus dan jawapan akan diberikan bagi memastikan anda pulang dengan ilmu yang anda akan ingat untuk membantu anda bekerja dengan lebih pantas!

Segala soalan berkaitan Fotografi Perkahwinan Melayu yang ada di dalam fikiran semua peserta akan dikongsikan di dalam workshop ini. Ini adalah rahsia besar.

Anda yang berminat perlu cepat merebut peluang ini! :)

Senyum selalu dan terima kasih semua! :) :) :)

Cheap Camera
 

Tanah, pokok, awan dan langit.

Exif asal gambar di atas: 1/200, f10, iso100 + photoshop; Nikon D3100+18mm-55mm kit len.

Fikirkan sejenak: Apa kata, kawan-kawan yang lahir pada tahun 2000 ke bawah, campurkan umur anda sekarang dengan tahun anda lahir.

Contohnya: Lahir tahun 1978, umur sekarang 33 tahun ( 1978+33= 2011). Semua yang lahir pada tahun 2000 ke bawah akan mendapat jawapan yag sama; 2011.

Lihatlah ‘kebesaran-NYA’.

Senyum selalu…GO!!! :)

————————————————————————————————————————

IKLAN:

Cheap Camera
 

Untuk mendapatkan gambar gubahan hantaran seperti yang kawan-kawan lihat di atas, bukanlah sukar. Gunakan cahaya yang datang dari arah tingkap. Jika tiada cahaya daripada tingkap, kita boleh gunakan cahaya tambahan seperti lampu LED, lampu suluh ataupun flash kamera.

Bagi gambar di atas, saya gunakan satu flash yang diletakkan di sebelah hadapan bakul buah-buahan tu.

#Tip: Flash saya letakkan di sebelah bakul seperti pada gambar yang saya tunjukkan di bawah ini. Tetapan flash saya pilih  yang paling rendah; 128. Boleh juga jika saya hanya menggunakan cahaya sedia ada (lampu bilik-cahayanya agak malap). Cuma kurang menarik kerana cahayanya agak mendatar.

Penggunaan cahaya tambahan dapat menghasilkan gambar seperti yang saya rakam di atas ini :)

Saya harap entry kali ini dapat memberikan sedikit idea kepada kita semua.

Senyum selalu…GO!!! )

Cheap Camera
 

‘Shadow’.

Tajuk: Shadow.

Kamera setting: Macro mode-preset, Leica compact D-lux 4.

Masa; Jam 10.30 pagi.

Ini hanya gambar seekor lalat yang higgap di atas sehelai daun. Gambar ini dikuatkan dengan adanya bayang yang jelas. Warna lalat yang lebih menonjol daripada warna daun dan persekitaran membuatkan subjek utama lebih terserlah.

Walaubagaimana pun, perkara yang paling kuat adalah elemen asas yang digunakan.

Tips merakam gambar serangga menggunakan kamera kompak:

1. Pilih setting ‘Macro’ pada kamera (biasanya logo bunga).

2. Pegang kamera dengan stabil (bernafas perlahan-lahan).

3. Tetapkan pilihan pada warna ‘vivid’ di dalam kamera.

Selamat berhari Isnin dan senyum selalu :)

————————————————————————————————————————

Iklan:

Cheap Camera
 

Studio fotografi untuk di sewa!

Anda ingin mencari studio fotografi untuk di sewa?

Ikram Ismail Photography menawarkan perkhidmatan menyewa studio dengan harga yang amat berpatutan.

Perkhidmatan menyewa studio ini ditawarkan kepada anda semua yang memerlukannya. Tidak kira anda ‘student’ sehinggalah kepada golongan profesional, anda boleh menggunakan perkhidmatan ini.

Gambar di dalam studio.

Di antara peralatan studio fotografi yang disediakan.

Ruang yang selesa untuk ‘make up’ dan persiapan juga disediakan.
Ruang perbincangan dan ruang untuk rehat.
Ruang bersantai.
Studio dan ruang perbincangan.
Peralatan studio yang disediakan.
Studio dilengkapi dengan:
- 2 x 1250 watt strobe
- Manfrotto camera tripod
- 5 coloured Backdrops
- Full Air-Conditioned
- Wireless Trigger
- Changing Room & Make-up Area
- 2′X3′ Softbox

Harga sewa:

Normal-   RM 250 (untuk 4 jam)
Student-    RM 200 (untuk 5 jam)
MASA: ISNIN-JUMAAT; JAM 9 PAGI-12 MALAM.

*Lokasi : No.36-2, 2nd Floor, Jalan 8/23E, Taman Danau Kota, Setapak, Kuala Lumpur.

Anda yang berminat untuk menyewa studio ini boleh menghubungi Ikram Ismail Photogaphy di talian 013-3311119.
————————————————————————————————————————-
Terima kasih di atas sokongan anda semua.
Sila kongsikan informasi ini kepada rakan-rakan FB yang lain dengan menekan button share di bawah ini.
Cheap Camera
 
 

Tips dan gambar pertunangan.

Untuk majlis pertunangan, mungkin ada yang kurang pasti gambar apa yang perlu dirakam. Kebiasaannya, saya akan merakam gambar potret perempuan (tunang), gambar keluarga, gambar cincin atau gelang pertunangan, gambar-gambar hantaran jika ada, suasana majlis meminang antara pihak lelaki dan perempuan dan beberapa keping gambar-gambar kreatif.

Walaubagaimana pun, yang paling penting adalah ikut apa kehendak pelanggan anda.

Tips penting: Elakkan daripada merakam gambar ikut suka hati kita atau merakam gambar untuk tujuan ‘experimen’ sendiri terutamanya gambar-gambar ‘kreatif’ tak bertempat.

Untuk gambar-gambar ini, semuanya saya rakam menggunakan satu lensa ‘prime’ sahaja.

Selamat menjalin ikatan pertunangan kepada A Fun Dee+Syiera :)
…GO!!! :)

Cheap Camera
 

Macam tasik.

Gambar di bawah ini macam gambar di tepi tasik. Sebenarnya gambar ini adalah gambar reflek daripada cermin tingkap.

Inilah cermin tingkapnya :)

Di bawah ini pula gambar penuh yang difokus pada pokok hijau. Sebab itulah, cermin tingkap menjadi kabur.

Imej pokok hijau dan rumah terpantul pada cermin dan hasinya macam gambar di tepi tasik.

Aperture yang saya gunakan untuk gambar ini; f5.6, ISO400 dan shutter speed 1/500;60mm.

Sekadar berkongsi suka-suka :)

Cheap Camera
 

Tips membeli lensa terpakai.

Gambar ini saya rakam menggunakan lensa 35mm f1.8 yang dibeli ‘second hand’ bagi menggantikan lensa kit 18mm-55mm saya yang hilang dicuri.

Kelabihan membeli lensa terpakai ianya jauh lebih murah daripada harga yang baru. Perlu pandai memilih lensa yang masih berfungsi dengan baik. Dengan cara ini, banyak penjimatan yang boleh kita buat :)

#Tips membeli lensa terpakai:

1. Pastikan kita mencuba dahulu lensa yang ingin kita beli. Pastikan motornya berfungsi dengan lancar (jika lensa autofokus). Setelah berpuas hati, barulah kita beli.

2. Elakkan dari membeli lensa secara online daripada penjual perseorangan yang meragukan. Penipuan secara online sudah terlalu banyak berlaku. Jadi kita perlu sentiasa berhati-hati dan elakkan membayar dahulu sebelum melihat lensa tersebut.

3. Pastikan juga lensa terpakai yang kita beli didatangkan dengan resit pembelian dan mempunyai kad jaminan. Ini bagi memudahkan kita untuk membuat tututan jaminan daripada pihak pengeluar/ kedai jika berlaku masalah teknikal pada lensa. Selain itu, ini juga langkah bagi menggelakkan kita terbeli lensa yang dicuri.

4. Periksa bahagian kanta lensa dan pastikan tiada calar, retak atau fungus.

Sila kongsikan dengan kawan-kawan yang lain. Diharap sedikit membantu.

Senyum selalu…GO!!! :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Cheap Camera
 

Beli Kamera Online

ShaShinKi.com - Malaysia's Online Camera Shop!

Fanpage Noorizam Sabran.

© 2010 Tips Asas Fotografi
Tempahan Fotografi Newborn sesi 2013 : RM1099 RM799 sahaja. Promosi Terhad . email kepada info@ishootnewborn.com . [ Facebook ]